Senarai Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0
Disini kami kongsikan semua Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0.
Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM126.86 juta untuk pemberian sekali beri (one-off) bagi rakyat negeri ini yang terjejas dengan pandemik Covid-19 termasuk golongan M40 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 yang diumumkan pada Khamis, 10 Jun 2021.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, PRE Ihsan Johor 3.0 akan menggunakan pendekatan secara sektoral di semua sektor masyarakat dan modal insan atau sektor pelancongan serta sektor perusahaan kecil dan sederhana yang akan mendapat manfaat.
Sumber Berita Harian
Baca Juga: Senarai Bantuan Pakej Kita Selangor 2.0
Isi Kandungan
Senarai Bantuan Pakej PRE Ihsan Johor 3.0
Bantuan RM500 Untuk Pengusaha Kantin Sekolah, Pengusaha Salon / Kedai Gunting Rambut, Pemandu Bas / Van Sekolah
Bantuan RM500 kepada PKS yang berdaftar dengan PBT seperti penyewa premis milik PBT, peniaga pasar malam, pasar tani dan penjaja.
Bantuan RM500 Untuk Penerima e-Kasih, Imam Bilal & Noja
Bantuan RM500 Untuk Golongan Yang Hilang Pendapatan
Baucar Barangan RM200 Untuk B40
Bantuan Bakul Makanan RM100
Bantuan Untuk Sektor Pelancongan
- RM2000 – kepada pengusaha hotel bajet yang berdaftar
- RM1000 – kepada pengusaha homestay, pemandu pelancong dan agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.
Program Gerobok Makanan & Baucar KFC RM20 Untuk Mahasiswa, Anak Yatim, Warga Emas dll
Bantuan Sumbangan Peranti
Elaun Khas Southern Volunteers RM50 Sehari
Bantuan Untuk Penggiat Seni
Bantuan RM500 Untuk Pengamal Media & Penggerak Info On Wheels
Bantuan Kaunseling & Ujian Psikologi Dalam Talian
Penerima Bantuan Wajib Mendaftar Vaksin
Semua penerima inisiatif PRE Ihsan Johor wajib membuat pendaftaran program vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera atau mana-mana saluran yang disediakan oleh KKM bagi menyokong program vaksinasi negeri Johor.