Senarai Barangan MyKasih Bagi Program SARA 2024
Program SARA 2024 telah bermula pada 22 Januari baru-baru ini. Jadi, apakah senarai barangan MyKasih yang boleh dibeli menggunakan bantuan tersebut?
Berikut dikongsikan info terkini mengenai senarai barangan MyKasih untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.
Isi Kandungan
Senarai Barangan MyKasih
Penerima SARA 2024 boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Tidak perlu risau, kesemua barangan keperluan asas yang terlibat dengan Program SARA 2024 akan dilabel pada rak di pasar raya atau kedai runcit terpilih untuk rujukan penerima.
Contoh senarai barangan MyKasih yang terlibat dan mengikut kategori beserta jenama adalah seperti berikut:
Kategori | Jenama |
---|---|
Beras | 1. Jasmine 2. Jati 3. Saga 4. Bernas 5. Faiza 6. Ketupat 7. ROYAL UMBRELLA |
Roti | 1. Gardenia 2. Massimo 3. Mighty White |
Telur | 1. NutriPlus 2. CP Brand 3. QL Eggs |
Minyak | 1. Saji 2. Alif 3. Daisy 4. Buruh 5. Seri Murni 6. Vesawit 7. Knife |
Tepung | 1. Faiza 2. Blue Key 3. MFM Cap Ros 4. Tepung Gandum Cap Wau 5. Tepung Cap Lili |
Biskut | 1. Munchy’s 2. Tiger 3. Julie’s 4. KERK 5. Kraft Foods 6. Chips More 7. JACOBS 8. HWA TAI 9. HUB SENG |
Mee Segera | 1. MAMEE 2. Maggi 3. Indo Mie 4. Mi Sedaap 5. Cintan 6. EKA |
Minuman | 1. BOH 2. Fernleaf 3. Horlicks 4. QUAKER 5. Vico 6. MARIGOLD 7. F&N 8. MILO 9. DUTCH LADY 10. NESCAFE |
Makanan Dalam Tin | 1. Adabi 2. TC BOY 3. AYAM BRAND 4. Yeo’s 5. Kimball 6. KING CUP |
Bahan Perasa | 1. Kimball 2. Life 3. Maggi 4. Jalen 5. Faiza 6. Tamin 7. Planta 8. HABHAL’S 9. Puteri 10. CSR |
Produk Kecantikan | 1. Colgate 2. Kotex 3. Dettol |
Ubat-Ubatan | 1. PROSPAN 2. HURIX’S 3. STERIMAR 4. Panadol 5. Difflam |
Barangan Sekolah | 1. STABILO 2. FABER CASTELL 3. STAEDTLER 4. Bata 5. Canggih |
Senarai Pasar Raya & Kedai Runcit
Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai pasar raya atau kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas.
MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Untuk menyemak kelayakan SARA 2024 anda serta melihat senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat, anda boleh semak pada pautan berikut:
>>>Semakan Status Kelayakan SARA 2024<<<
Kaedah Pembelian Barang Keperluan
Kaedah pembelian barangan keperluan pula adalah seperti berikut:
Pilih Barangan Keperluan
Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Imbas Kod Barangan
Bayar Menggunakan MyKad
Simpan Resit Untuk Semakan
Kaedah Semakan Baki SARA Dalam Akaun MyKad Penerima
Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
- Semakan pada portal rasmi MyKasih:
>>>Semakan Baki SARA Dalam Akaun MyKad Penerima Disini<<<
- Semakan baki pada resit pembelian:
Adakah Penerima Perlu Bayar Lebihan Amaun Sekiranya Amaun Pembelian Melebihi Baki Semasa SARA Dalam MyKad Penerima?
Ya.
Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja.
Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.
Penerima Tidak Menghabiskan Baki Elaun Tersebut Pada Bulan Semasa, Adakah Baki Elaun Tersebut Boleh Dibawa Ke Bulan-Bulan Seterusnya?
Ya.
Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.
Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat!