Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERKESO Kuatkuasa Had Siling Gaji Baharu Mulai 1 Oktober 2024

Berikut dikongsikan mengenai penguatkuasaan had siling gaji baharu yang telah diumumkan oleh PERKESO untuk makluman semua rakyat Malaysia diluar sana.

Isi Kandungan

Pindaan Had Maksimum Siling Gaji

Mulai 1 Oktober 2024, semua pekerja yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan hendaklah didaftar dan dicarumkan kepada PERKESO tertakluk kepada had siling berasaskan gaji pekerja sebanyak RM6,000 sebulan bagi

  • Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4); dan
  • Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

Pindaan had maksimum siling gaji ini dilaksanakan bagi maksud caruman adalah daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan.

Pindaan ini akan melibatkan peningkatan kadar bayaran faedah sedia ada sehingga 20.2%.

Peningkatan siling gaji untuk caruman PERKESO ini akan menambah baik liputan Keselamatan Sosial untuk para pencarum kerana ia mengambil kira Kos Sara Hidup, Unjuran Inflasi dan Had Pendapatan Garis Kemiskinan.

PERKESO Kuatkuasa Had Siling Gaji Baharu Mulai 1 Oktober 2024 1

Kenaikan Faedah Tunai

Kadar faedah akan meningkat selaras dengan peningkatan had siling gaji baharu ini.

Pindaan Akta 4 dan Akta 800 ini akan melibatkan kenaikan faedah tunai seperti berikut:

AktaFaedah
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4)– Hilang Upaya Sementara (HUS) – Kadar Harian.
– Hilang Upaya Kekal (HUK) – Kadar Bulanan.
– Faedah Orang Tanggungan (FOT) – Kadar Bulanan.
– Pencen Ilat & Pencen Penakat – Kadar Bulanan.
Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800)– Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).
– Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB).
– Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA).
PERKESO Kuatkuasa Had Siling Gaji Baharu Mulai 1 Oktober 2024 2
PERKESO Kuatkuasa Had Siling Gaji Baharu Mulai 1 Oktober 2024 3
PERKESO Kuatkuasa Had Siling Gaji Baharu Mulai 1 Oktober 2024 4

Tempoh Peralihan

Tempoh peralihan majikan untuk mematuhi kadar caruman yang baharu adalah selama enam (6) bulan mulai dari 1 Oktober 2024 hingga 31 Mac 2025.

Majikan tidak akan dikenakan penalti (FCLB) di dalam tempoh peralihan.

Majikan wajib mematuhi kadar siling gaji baharu kerana ianya merupakan keperluan mandatori dari segi undang-undang.

Majikan boleh membuat pembayaran caruman melalui kaedah-kaedah berikut:

  • Pembayaran melalui Online Portal (FPX); atau
  • Perbankan Internet; atau
  • Direct Debit Authorisation (DDA); atau
  • Kaunter Bank yang dilantik sebagai Ejen Pemungut (Maybank Berhad, Public Bank Berhad & RHB Bank Berhad).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai had siling gaji ini, sila hubungi Careline PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau layari Portal PERKESO atau e-mel kepada [email protected].

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More