SJKP 2024: Syarat Kelayakan & Proses Permohonan
Tahukah anda, seseorang yang tidak mempunyai pendapatan tetap masih boleh memiliki rumah sendiri melalui sebuah insiatif Kerajaan yang dipanggil sebagai SJKP?
Melalui pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan peruntukkan untuk SJKP sebanyak RM 5 bilion dengan had pembiayaan yang lebih tinggi, iaitu sehingga RM 500,000 untuk terus membantu bakal pembeli rumah kali pertama yang mempunyai kemampuan kewangan membayar ansuran secara bulanan.
Isi Kandungan
Apa Itu SJKP?
Bagi memudahkan pemilikan rumah kediaman khususnya untuk anak muda yang baru sahaja ingin memulakan kehidupan selepas berumah tangga, Kerajaan ada menyediakan jaminan kepada bank melalui SJKP, iaitu Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan
- pekerja ekonomi gig dan bebas; atau
- pemilik perniagaan; atau
- peniaga; atau
- usahawan kecil
yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap dan skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Dengan adanya SJKP ini adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Jenis-Jenis SJKP
Kini, terdapat 2 jenis Skim Jaminan Kredit Perumahan yang telah disediakan oleh Kerajaan, iaitu
Perbezaan antara 2 jenis tersebut adalah seperti berikut:
Skim SJKP | Skim SJKP – MADANI | |
---|---|---|
Tujuan Pembiayaan | Pembiayaan Gadai Janji. | Pembiayaan Gadai Janji. |
Had Pembiayaan | Sehingga RM 500,000 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA* / MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian). | Sehingga RM 360,000 (termasuk sehingga 100% daripada harga rumah, MRTA* / MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot). |
Jenis Pembiayaan | Pinjaman / pembiayan bertempoh-i. | Pinjaman / Pembiayaan Bertempoh Sahaja. |
Tempoh Pembiayaan | Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan). | Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan). |
Jaminan Pembiayaan | *Jaminan pembiayaan melebihi 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, **MRTA / MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian). | Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi: 1. Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan 2. Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA* / MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot. |
Kadar Faedah / Keuntungan | Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat. | Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat. |
Kriteria Kelayakan Permohonan
Kriteria-kriteria kelayakan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan.
- Kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri; atau
- Kategori berpendapatan tetap.
- Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami.
- Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan.
- Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan.
- Tiada rekod tertunggak Central Credit Reference Information System (CCRIS) melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
- Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan.
Proses Permohonan
Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan ini mestilah dibuat di mana-mana Cawangan Institusi-Institusi Kewangan (IKP) yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP.
Sila rujuk infografik dibawah untuk mengetahui proses-proses permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen-dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan adalah seperti berikut:
Perjanjian asal Jual Beli / borang tempahan / resit bayaran muka. |
Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada). |
Cukai Pendapatan / Penyata KWSP terkini. |
Surat pengesahan pekerjaan. |
Salinan Kad Pengenalan pemohon. |
Surat pengesahan majikan (jika ada). |
Lesen perniagaan / kad pendaftaran Nelayan / permit teksi (yang mana berkenaan). |
Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu / Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank. |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai SJKP 2024 ini, sila rujuk laman web rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!