Permohonan Bantuan Skim Agihan Awal IPT 2024
Berikut kami kongsikan berkaitan permohonan bantuan Skim Agihan Awal IPT bagi tahun 2024.
Isi Kandungan
Makluman Permohonan Skim Agihan Awal IPT Bagi Tahun 2024
Skim Agihan Awal IPT merupakan bantuan sekaligus (one off) yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki Tahun Pertama Pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Dalam dan di Luar Negara.
Agihan ini tidak termasuk pelajar yang menyambung pengajian di peringkat
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dan
- pusat pengajian yang bertaraf sekolah.
Agihan ini adalah dibawah Asnaf (Asnaf Fisabilillah) dimana sumber kewangan adalah hasil kutipan Zakat Negeri Kedah Darul Aman dan diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang layak mengikut syarak.
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar di Negeri Kedah yang telah berjaya menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke IPT bagi tahun 2024.
Justeru, LZNK ingin menawarkan Skim Agihan Awal IPT Dalam dan Luar Negara secara sekaligus sepanjang tempoh pengajian (one off) bagi kemasukan ke pengajian Semester Pertama untuk tahun 2024.
Untuk makluman, permohonan bagi Agihan Awal IPT ini kini dibuka sehingga 31 Disember 2024.
Syarat Kelayakan Permohonan Skim Agihan Awal IPT
Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat kelayakan untuk menerima bantuan Agihan Awal IPT ini seperti berikut:
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
- Pemohon menerima surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil / Asasi / Matrikulasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa bermula tahun 2024 sahaja dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak Universiti.
- Program pengajian bagi peringkat Pasca-Siswazah atau Separuh Masa adalah tidak layak untuk membuat permohonan.
- Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya 3 bulan pengajian.
- Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.
- Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam Negara.
- Agihan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
- LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas mengikut prosedur yang ditetapkan.
Cara Permohonan Skim Agihan Awal IPT
Permohonan Agihan Awal IPT ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
Langkah 1 | Layari laman web Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman atau terus klik pautan berikut: >>>Skim Agihan Awal IPT<<< |
Langkah 2 | Klik Menu ‘Aplikasi Atas Talian’. |
Langkah 3 | Klik ‘Agihan Awal IPT’. |
Langkah 4 | Pilih ‘Dalam / Luar Negara’. |
Langkah 5 | Isi semua maklumat yang diperlukan. |
Langkah 6 | Muat naik dokumen-dokumen yang diperlukan. |
Dokumen Yang Diperlukan
Sila isikan setiap butiran yang diperlukan dengan lengkap dan jelas serta muat naik (upload) dokumen lampiran pada ruangan yang telah disediakan.
Senarai dokumen-dokumen yang perlu dimuat naik (upload) adalah seperti ketetapan berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Pelajar).
- Salinan Kad Pengenalan Waris / Penjaga.
- Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
- Salinan Slip Bank / Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Akuan pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT.
- Salinan Akaun Bank yang tertera nama Pemohon (Pelajar).
- Lain-lain dokumen khusus yang perlu disertakan bersama permohonan seperti Surat Bermastautin / Surat Rayuan Permohonan / Resit Zakat (bagi yang berkaitan sahaja).
LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Skim Agihan Awal IPT ini, sila layari laman web Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!