Skim Cakna Suri, Mohon RM200 Sekarang!
Skim Cakna Suri yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 200 merupakan satu skim istimewa sempena Sambutan 3 Dekad Membangun Bersama Islam.
Ia khusus diwujudkan untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2020. Sumbangan ini terhad untuk 150 orang suri di setiap DUN.
Menyedari bahawa suri rumah merupakan satu profesion yang sangat penting dan perlu dihormati dalam membentuk keluarga Mawaddah yang selari dengan Dasar Keluarga Mawaddah, maka pelbagai program cakna Suri termasuk Suri Cakna ini diperkenalkan.
Isi Kandungan
Dulu RM100 Kini Naik RM200
Menurut perkongsian menerusi hantaran di laman facebook rasmi Urus Setia Kebajikan, Pembanguna Keluarga dan Wanita Kelantan, wang tunai secara 1 kali atau one off akan diberikan kepada suri rumah yang layak sebanyak RM200 ringgit.
Jika lihat perkongsian Yb Senator, Dato Hjh Mumtaz Mohd Nawi, sebelum pada tahun 2020 sebanyak RM100 sahaja diberikan pada suri rumah. Namun tahun ini, nilai dinaikkan lagi RM100 menjadikan jumlah keseluruhan RM200.
Syarat Permohonan Skim Cakna Suri 2023
Antara syarat kelayakan menerima Skim Cakna Suri adalah :
- Suri rumah sepenuh masa
- Berumur 54 tahun dan ke bawah
- Mempunyai 3 orang anak atau lebih di bawah tanggungan
- Menetap di negeri Kelantan
- Pendapatan Isi Rumah RM2000 dan ke bawah
- Pemohon bukan penerima Skim Cakna Suri 2022
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh untuk isi borang Skim Cakna Suri 2023 bermula 23 Januari 2023 (Isnin) dan tamat pada 31 Januari 2023 (Selasa).
Tarikh tutup permohonan untuk Skim Cakna Suri tahun 2023 adalah pada:
- 31 Januari 2023
Jika ingin memohon, boleh buat demikian sekarang sebelum permohonan ditutup.
Cara Permohonan
Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang yang disediakan.
Dapatkan borang permohonan di SINI.
Atau boleh refer borang di bawah terlebih dahulu sebelum mengisinya. Borang itu perlu dihantar ke alamat berikut:
Pusat Pembangunan Keluarga Mawadda Kelantan (Mawaddah Centre),
Stesen Bas Kota Bharu,
Lot 259, Seksyen 11, Jalan Pendek,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Dokumen Sokongan
Semasa menhantar borang, pemohon perlu sertakan bersama beberapa dokumen sokongan. Dokumen itu adalah seperti berikut:
- Kad Pengenalan
- Pengesahan No Akaun Pemohon (Jika gunakan akaun suami atau anak, sila sertakan bersama salinan kad pengenalan pemilik akaun)
Penutup
Sebarang pertanyaan dan soalan boleh diajukan terus pada Jabatan Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Kelantan. Selain itu, boleh juga hubungi ADUN masing-masing kerana dikatakan peruntukkan setiap dun adalah sebanyak 150 permohonan.
Antara nombor yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:
- Hotline Mawaddah Centre: 09-7430497
- Unit Pembanguna Keluarga : 0139836915
- Unit Kaunseling : 0139835912
Manakala bagi warga emas negeri Selangor, kalian juga berpeluang mendapat RM150 wang tunai dengan mohon Baucer Beli Belah Warga Emas yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Selangor. Segala info berkaitan Baucer itu boleh rujuk di SINI.