Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO Telah Diperkenalkan Pada Disember 2022

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO telah berkuat kuasa pada 1 Disember 2022 dan diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Skim ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

Seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau separuh masa termasuk isteri, ibu, janda, balu atau ibu tunggal adalah dipanggil sebagai suri rumah.

Isi Kandungan

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bertujuan untuk menjaga kebajikan dan melindungi golongan suri rumah apabila berlaku bencana domestik serta apa-apa penyakit yang menjejaskan keupayaan suri rumah dalam menguruskan rumah tangganya.

  • SKSSR memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga.
  • SKSSR juga memberi perlindungan keilatan kepada suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran.

Justeru, faedah perlindungan bagi skim ini adalah seperti yang berikut:

Faedah Perlindungan Bencana Domestik

Faedah Perlindungan Keilatan

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani Atau Dialisis
  • Pencen Penakat
  • Elaun Keuzuran
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani Atau Dialisis
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Pencen Penakat

Syarat-syarat kelayakan SKSSR adalah seperti yang berikut:

  1. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap
  2. Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun atau belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum SKSSR
  3. Suri rumah yang melakukan aktiviti berkaitan pengurusan rumah tangga
  4. Membayar caruman untuk tempoh 12 bulan, yang dibayar terlebih dahulu

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO

Berapakah Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO?

Jumlah caruman skim ini adalah seperti yang dinyatakan berikut:

  • Caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut perlu dibayar terlebih dahulu.
  • Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.
  • Prinsip ‘once in, always in’ akan terpakai bagi suami yang memilih untuk membuat caruman bagi isterinya.

Macam Mana Mahu Daftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO?

Bagi situasi di mana suami tidak memilih untuk membayar caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah untuk isteri atau suri rumah yang tidak mempunyai suami, caruman berkenaan boleh dibayar sendiri oleh isteri atau suri rumah tersebut atau pihak ketiga kepada Perkeso.

Melalui skim itu, suami boleh mencarum untuk isteri secara sukarela dan tiada tindakan untuk mereka yang gagal melaksanakannya. Bagaimanapun, jika pasangan berkenaan bercerai atau suami terbabit tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmennya untuk membayar caruman adalah terbatal.

Disini admin ingin kongsikan cara daftar dan membuat caruman skim ini kepada anda semua.

Cara Daftar Dan Membuat Caruman

  • Pendaftaran dan Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO boleh dilakukan secara atas talian (online) – Daftar Sekarang Disini

ATAU

  • Pendaftaran dan Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO juga boleh dibuat di kaunter PERKESO berdekatan

SUMBER DARIPADA: YOUTUBE Astro AWANI

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari

Untuk maklumat lanjut berkaitan skim ini, anda juga boleh terus ke Portal Rasmi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan anda juga boleh membaca tentang wang tunai one off yang diberikan kepada suri rumah yang layak pada Skim Cakna Suri sebanyak RM200 ringgit.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email protected]

Apa Pandangan Anda Tentang Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO Ini?

Melalui Akta dan Peraturan, PERKESO memberi jaminan rawatan perubatan percuma, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional serta faedah kewangan kepada pekerja sekiranya mereka mengalami hilang upaya akibat dari kemalangan ataupun mengidap penyakit yang menyebabkan mereka kekurangan upaya untuk bekerja ataupun tidak upaya langsung untuk bekerja lagi. Sekiranya pekerja meninggal dunia, orang tanggungan mereka diberi jaminan kewangan dengan menerima pencen bulanan bagi meneruskan kehidupan. Skim ini sebenarnya sangat penting kepada semua wanita kerana skim ini akan memberi perlindungan kepada golongan wanita sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa daripada bencana domestik dan keilatan. Justeru, kepada wanita yang belum mendaftar, jom membuat pendaftaran dan caruman sekarang!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More