Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Skim Khairat Kematian 2023

Skim Khairat Kematian 2023 diperkenalkan oleh Kerajaan untuk warganegara Malaysa yang meninggal dunia.

Ramai yang tidak tahu, waris pemohon / pasangan yang lulus STR yang telah meninggal dunia boleh memohon bantuan di bawah Skim Khairat Kematian (SKK) bagi tahun 2023.

Isi Kandungan

Skim Khairat Kematian 2023

Skim Khairat Kematian (SKK) adalah satu skim bantuan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) berbentuk bantuan kewangan secara tunai yang diberikan bagi pemohon / pasangan yang LULUS STR tetapi telah meninggal dunia pada tahun semasa.

Skim Khairat Kematian 2023 layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2023 berstatus LULUS bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.

Tuntutan SKK berjumlah RM1,000 untuk setiap individu yang layak boleh dibuat bermula pada 17 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023.

Bagi pelaksanaan STR 2023, kelayakan SKK adalah bergantung kepada ketetapan seperti berikut:

Kategori

Individu Meninggal Dunia

Kelulusan STR 2023

Tarikh Kematian

Kelayakan SKK

Kahwin (bukan warga emas)

Pemohon / Pasangan (warganegara)

  • Lulus
    Permohonan
    STR

01 Januari 2023 – 31 Disember
2023

Layak

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (bukan warga emas) yang mempunyai anak

Pemohon

  • Lulus
    Permohonan
    STR

01 Januari 2023 – 31 Disember
2023

Layak

Warga Emas Isi Rumah / Bujang / Tiada Pasangan

Pemohon / Pasangan (warganegara)
  • Lulus
    Permohonan
    STR
  • Tidak Lulus
    Permohonan
    STR tetapi
    menerima
    bayaran
    STR Fasa 1
    dan / atau
    Fasa 2

01 Januari 2023 – 31 Disember
2023

Layak

Skim Khairat Kematian 2023

Skim Khairat Kematian 2023

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Khairat Kematian 2023

Tuntutan SKK boleh dibuat jika memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan di bawah.

  • Kategori Bujang bukan Warga Emas (berumur 59 tahun dan ke bawah) adalah TIDAK LAYAK bagi permohonan SKK.
  • Jika kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang SKK, waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan.
  • Semua penerima STR (berstatus LULUS) digalakkan untuk mengemukan dan mendaftar maklumat waris kepada pihak LHDN bagi tujuan berikut:
  1. Urusan penunaian STR terhad sekiranya pemohon / pasangan berdaftar tidak dapat hadir atas alasan munasabah; dan / atau
  2. Urusan tuntutan SKK.
  • Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walau bagaimanapun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu di bawa selain hadir bagi pengesahan cap jari / tandatangan individu di mana-mana kaunter BSN.
  • Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:
  1. Pasangan
  2. Ibu
  3. Bapa
  4. Anak (Kandung / Tiri / Angkat)
  5. Adik-beradik
  6. Cucu

Cara Membuat Permohonan Skim Khairat Kematian 2023

  • Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.
  • Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK di BSN ialah:
  1. Sijil Kematian Pemohon / Pasangan;
  2. Kad Pengenalan asal Waris; dan
  3. Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN (Rujuk Soalan 19 (iii)).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Skim Khairat Kematian 2023 ini, anda boleh layari portal rasmi Skim Khairat Kematian (SKK) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau terus hubungi talian 1-800-88-2747 atau [email protected].

Diharapkan info terkini tentang Skim Khairat Kematian 2023 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More