Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tawaran Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Dan Skim Pinjaman Boleh Ubah 2023

Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Dan Skim Pinjaman Boleh Ubah adalah biasiswa dan pinjaman pendidikan di bawah Yayasan Terengganu.

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Terengganu kini menawarkan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Dan Skim Pinjaman Boleh Ubah bagi pelajar negeri Terengganu yang berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA) dalam negara bagi kemasukan sesi 2023/2024.

Isi Kandungan

Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Dan Skim Pinjaman Boleh Ubah

Yayasan Terengganu mempelawa pelajar rakyat negeri Terengganu Darul Iman untuk memohon Biasiswa dan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Terengganu Peringkat Ijazah Pertama Tahun 2023.

Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Dan Skim Pinjaman Boleh Ubah yang ditawarkan adalah sebagaimana berikut:

  • Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu.
  • Biasiswa YT-TI Young Talent Scholarship Programme.
  • Bagi Skim Pinjaman Boleh Ubah ia terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
  1. Skim Pinjaman Boleh Ubah Kategori Pelajar Cemerlang.
  2. Skim Pinjaman Boleh Ubah Bagi Program Khas.

Tawaran Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Dan Skim Pinjaman Boleh Ubah ini adalah bagi lepasan Asasi / Matrikulasi / Diploma / STPM / STAM yang cemerlang dan layak.

Skim Pelajar Cemerlang Dan Skim Pinjaman Boleh Ubah

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu

Syarat-syarat umum permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  2. Pemohon dan / atau ibu / bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  3. Ibu / bapa dan / atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih / pengundi di Negeri Terengganu.
  4. Berumur tidak melebihi 25 tahun semasa memohon dan bujang / belum berkahwin.
  5. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

Syarat khusus permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu pula adalah:

  1. Telah mendapat tawaran / tempat mengikuti pengajian di UA dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  2. Lepasan Program Persediaan (Asasi / Matrikulasi / Diploma atau Setaraf) – Telah lulus dengan cemerlang (CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan program persediaan (Asasi / Matrikulasi / Diploma atau setaraf) DAN lulus SPM dengan mendapat Gred B+ dalam lapan (8) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta minimum Band 3 dalam peperiksaan MUET.
  3. Lepasan STPM / STAM – Lulus cemerlang dalam Peperiksaan STPM / STAM (CGPA 3.75 ke atas @ Mumtaz) dan sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris peringkat peperiksaan SPM serta sekurang kurangnya Band 3 dalam MUET.
  4. Pelbagai bidang / kursus boleh memohon. Keutamaan diberi kepada mereka yang mengikuti bidang / kursus ikhtisas dan kritikal.

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa YT-TI Young Talent Scholarship Programme

Syarat-syarat umum permohonan Biasiswa YT-TI Young Talent Scholarship Programme adalah:

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  2. Pemohon dan / atau ibu / bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  3. Ibu / bapa dan / atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih / pengundi di Negeri Terengganu.
  4. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
  5. Keutamaan calon yang mempunyai rekod pencapaian ko-kurikulum yang baik sekurangkurangnya di peringkat negeri / kebangsaan.

Syarat khusus permohonan pula adalah seperti berikut:

  1. Telah mendapat tawaran / tempat mengikuti pengajian di UA dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  2. Lepasan Program Persediaan (Asasi / Matrikulasi atau Setaraf) – Telah lulus dengan cemerlang (CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan program persediaan (Asasi / Matrikulasi atau setaraf) DAN lulus SPM dengan mendapat Gred B+ dalam lapan (8) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta minimum Band 3 dalam peperiksaan MUET.
  3. Lepasan STPM / STAM – Lulus dengan cemerlang (CGPA 4.00 / Mumtaz) dalam peperiksaan STPM / STAM dan memperolehi Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM serta minimum Band 3 dalam MUET.
  4. Bidang pengajian yang boleh memohon adalah:
  • Kepintaran Buatan (AI)
  • Sains Data (Big Data)
  • Undang-Undang
  • Muamalat
  • Pentadbiran Korporat
  • Sains Kesihatan (Fisioterapi)
  • Perladangan
  • Sains Perhutanan

Cara Membuat Permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Dan Skim Pinjaman Boleh Ubah

  • Permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Dan Skim Pinjaman Boleh Ubah ini perlu dikemukakan secara atas talian (online) bermula 11 September 2023 hingga 21 September 2023 (12.00 tengahari) menerusi pautan berikut

>>>Permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Dan Skim Pinjaman Boleh Ubah<<<

  • Permohonan mesti dilengkapkan dengan memuatnaik (upload) semua dokumen yang diperlukan.
  • Pemohon mestilah mendapat tawaran di Universiti Awam dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebelum membuat permohonan.
  • Hanya calon-calon yang layak disenarai pendek akan dipanggil menduduki Ujian Bertulis & Temuduga yang dikendalikan oleh Yayasan Terengganu.
  • Penawaran biasiswa kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit, temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut atau bantuan berkaitan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Dan Skim Pinjaman Boleh Ubah ini, sila layari Portal Rasmi Yayasan Terengganu kerana semua maklumat lanjut permohonan adalah melalui portal rasmi itu sahaja.

Semoga anda berjaya dan terpilih untuk mendapatkan tawaran Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Dan Skim Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Terengganu 2023 ini!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More