Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Skim Pencen 2024: Cara Tukar Kaedah Pembayaran Skim B ke Skim A

Berikut adalah sedikit info terkini mengenai skim pencen yang terdapat di Malaysia untuk makluman semua rakyat di luar sana.

Isi Kandungan

Apa Itu Skim Pencen?

Skim pencen adalah skim persaraan yang disediakan oleh Kerajaan atau majikan untuk memberi manfaat kewangan kepada pekerja apabila mereka sudah bersara.

Terdapat dua (2) jenis skim pencen yang biasanya ditawarkan oleh Kerajaan atau institusi tertentu, iaitu

  • Skim Pencen A.
  • Skim Pencen B.
Skim Pencen 2024: Cara Tukar Kaedah Pembayaran Skim B ke Skim A 1

Kaedah Pembayaran Skim Pencen

Terdapat dua (2) kaedah pembayaran pencen melalui pindahan dana elektronik (EFT) iaitu Skim A dan Skim B. Berikut adalah kaedah pembayarannya, iaitu

Skim ABayaran akan dikreditkan setiap bulan terus ke akaun bank pesara / penerima dan pesara / penerima boleh terus membuat pengeluaran pencen di mesin ATM.
Skim BPesara / penerima perlu hadir ke kaunter bank setiap bulan bagi proses pengesahan sebelum bayaran dikreditkan ke akaun bank.

Kelebihan Pembayaran Melalui Skim A

Antara kelebihan pembayaran menggunakan Skim A adalah seperti berikut:

  • Lebih cekap dan mudah.
  • Pesara / penerima tidak perlu hadir ke kaunter bank setiap bulan untuk pengesahan.
  • Mengelakkan kes-kes pencen luput sekiranya pesara / penerima tidak hadir ke bank bagi tempoh tiga (3) bulan berturut-turut.

Cara Tukar Kaedah Pembayaran Dari Skim B Ke Skim A

Pesara dan penerima pencen di bawah Skim B boleh memohon untuk dibayar di bawah Skim A dengan syarat pesara dan penerima pencen bersetuju untuk melantik seorang wakil.

Tanggungjawab utama wakil adalah untuk memaklumkan kepada Bahagian Pencen dengan segera apabila pesara atau penerima pencen meninggal dunia atau hilang kelayakan di bawah undang-undang pencen.

Permohonan pelantikan wakil Skim A boleh dibuat dengan mengisi Borang JPA.BP.SKP.B08 dan pembayaran pencen bulan berikutnya akan dilakukan melalui Skim A sehingga wakil tersebut hilang kelayakan atau meninggal dunia.

Pesara / penerima pencen hanya perlu mengemukakan perkara-perkara berikut:

  • Borang Permohonan Pelantikan Wakil Skim A (JPA.BP.SKP.B08).
  • Salinan Kad Pengenalan Wakil.

Borang Permohonan Pelantikan Wakil Skim A boleh dimuat turun pada puatan berikut:

>>>Borang Permohonan Pelantikan Wakil Skim A<<<

Skim Pencen 2024: Cara Tukar Kaedah Pembayaran Skim B ke Skim A 2

Bank Yang Terlibat Dengan Sistem Pembayaran Pencen

Untuk makluman semua pesara / penerima pencen, berikut adalah bank-bank yang terlibat dengan sistem pembayaran pencen di Malaysia, iaitu

Bank Muamalat (M) Berhad
Malayan Banking Berhad (Maybank)
Bank Simpanan Nasional
Affin Bank Berhad
CIMB Bank Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Public Bank Berhad
Alliance Bank Berhad
RHB Bank Berhad
HSBC Bank Malaysia Berhad
Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
Hong Leong Bank Berhad
Agro Bank Berhad

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan Skim Pencen ini, sila hubungi 03 – 8887 8777.

Skim Pencen 2024: Cara Tukar Kaedah Pembayaran Skim B ke Skim A 3

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More