Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatan Percuma Untuk Usahawan B40
Isi Kandungan
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memperluaskan menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatan (SPPP) kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.
Melalui skim baru ini, kategori yang LAYAK dan MEMENUHI SYARAT untuk mendaftar SSM Percuma melalui SPPP adalah dari kalangan belia dan ibu tunggal B40 serta pelajar sahaja.
SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP)
Pemohon yang layak akan mendapat manfaat pengecualian fi seperti berikut:
- Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan (Pengecualian FI: RM30)
- Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred (Pengecualian FI: RM60)
- Cetakan maklumat (Pengecualian FI: RM10)
KATEGORI YANG LAYAK UNTUK MENDAPAT SPPP
Perincian kategori yang layak untuk memohon SPPP adalah seperti berikut:
Usahawan Golongan B40
- Pemegang MyKad/MyPR
- Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan
- Mempunyai maklumat dalam pangkalan data Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM
Semakan boleh dibuat disini.
Pelajar IPTA/IPTS
- Pemegang Mykad/MyPR
- Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan
- Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana – mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institusi Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara Malaysia
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM
Pemohon yang layak boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui Portal EzBiz Online.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000
atau emel ke [email protected]
SEMAKAN STATUS PROGRAM TUNAS 2021
Sebarang borang dan dokumen bagi permohonan ini akan diproses mengikut modus operandi seperti dalam infografik di bawah:
MAKLUMAT LANJUT
Alamat: