Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Skim Pinjaman Komputer Riba Pelajar IPMA 2021

Isi Kandungan

Pengenalan

Pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan satu insentif terbaru kepada pelajar – pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA. Insentif ini adalah Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) Institusi Pendidikan MARA.

Matlamat

Skim Pinjaman Komputer Pelajar diwujudkan agar meringankan beban para pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) untuk memiliki komputer untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dalam keadaan sekarang.

Permohonan SKIP dibuka secara online mulai 1 Februari sehingga 31 Mac 2021.

Institusi Pendidikan MARA Yang Terlibat

Pelajar Institusi Pendidikan MARA yang layak untuk memohon SKIP adalah seperti dibawah:

  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej MARA (KM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • Kolej Universiti Poly – Tech MARA (KUPTM)
  • Kolej Poly – Tech MARA (KPTM)
  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • MARA Japan Industrial Institute
  • German Malaysian Institute

skim pinjaman

Syarat Kelayakan

Pelajar yang layak untuk memohon SKIP adalah seperti berikut:

  • Skim ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat pengajian seperti:
    • Persediaan / Pra – Universiti
    • Sijil
    • Diploma
    • Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda)
  • Had umur pelajar yang layak memohon SKIP adalah seperti berikut:
    • Persediaan / Pra – Universiti (20 tahun)
    • Sijil / Diploma (30 tahun)
    • Ijazah Sarjana Muda (45 tahun)
  • Pelajar berkenaan mesti pelajar yang baru masuk atau sedia ada yang mempunyai baki pengajian tidak kurang dari satu tahun.
  • Pelajar layak memohon sekali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian dan pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan untuk pinjaman seterusnya.
  • Pelajar tersebut mestilah tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer daripada badan penaja / pihak lain.

Jumlah Pinjaman

  • Jumlah pinjaman komputer riba terhad kepada sebanyak RM3,000.
  • Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar dan tidak boleh melebih jumlah maksimum yang ditetapkan.
  • Tiada sebarang faedah akan dikenakan bagi skim pinjaman ini.

Jaminan

  • Penjamin adalah diperlukan bagi pembiayaan skim pinjaman ini
  • Syarat – syarat penjamin telah ditetapkan adalah seperti berikut:
    • Penjamin mestilah warganegara Malaysia
    • Penjamin berumur 21 tahun dan ke atas
    • Penjamin merupakan Ibu / Bapa / Penjaga / Ahli Keluarga.
    • Pendapatan kasar penjamin sekurang – kurangnya RM500 sebulan.

Cara Memohon

Pelajar yang berminat dan ingin membuat permohonan SKIP, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Layari laman web aplikasi.mara.gov.my/skip
  • Tekan butang ‘Permohonan Online.’
  • Isi maklumat yang dikehendaki pada 6 halaman dan tekan butang ‘Next.’
  • Siap isi kesemua maklumat, tekan butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Kelulusan bagi permohonan ini adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Pengurusan Pinjaman Pelajaran (JK3P).

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai SKIP, anda boleh layari laman web MARA iaitu https://www.mara.gov.my/.

Artikel lain :  Skim Bantuan TUNAS, Skim Pendaftaran Perniagaan 2021,Skim Bantuan Kanak, KWSP 8 Mac, Program IEP, Program MHexplorer

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More