Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KOLEKSI SOALAN LATIH TUBI BAHASA MELAYU TAHUN 1

Soalan Latih Tubi Bahasa Melayu  ini adalah himpunan contoh soalan Bahasa Melayu tahun 1 untuk rujukan dan latihan para pelajar dan guru. Koleksi soalan ini akan memudahkan ibu bapa dan guru untuk memberi latihan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran serta ilmu dalam subjek Bahasa Melayu

Untuk mendapatkan Soalan Latih Tubi Bahasa Melayu tahun 1 anda boleh memuat turun seperti dibawah:

Isi Kandungan

Dapatkan “Soalan Latih Tubi Bahasa Melayu” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Koleksi Soalan

Modul

Set 1

Set 2

Set 3

Set 4

Set 5

  Nota Bahasa Melayu Tahun 1 !

Ingin mendapatkan Nota Bahasa Melayu Tahun 1, anda boleh download link dibawah:

  1. NOTA-KOLEKSI SAMA MAKSUD
  2. NOTA-PENJODOH BILANGAN

Teknik Cemerlan Bahasa Melayu UPSR!

1.Kuasai Kosa Kata

Kemahiran ini sangat penting untuk menjawab soalan Bahagian A, Kertas Pemahaman. Aspek ini diuji secara langsung dalam soalan penggunaan kata seperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Dalam Kertas Penulisan, kosa kata yang luas amat dititikberatkan untuk mendapat markah yang lebih baik. Calon mestilah memiliki perbendaharaan kata yang tinggi dan mencakupi banyak bidang kerana soalan yang berkaitan dengan kosa kata dan penggunaan kosa kata yang luas tidak berkaitan dengan memperbanyakkan latihan seperti menjawab Soalan Latih Tubi Bahasa Melayu.

Oleh sebab itu, calon mestilah banyak membaca pelbagai bahan bacaan yang sesuai seperti majalah, akhbar, dan buku cerita. Kamus hendaklah dijadikan rujukan penting untuk memahami perkataan yang sukar dan mempelajari perkataan yang lebih menarik, khususnya dalam penulisan karangan. Karangan yang berkesan memiliki jumlah kosa kata yang luas dan menarik apabila dibaca. Kosa kata yang luas akan memudahkan calon menjawab soalan penggunaan kata, kata hampir sama makna dan menentukan ayat yang betul. Biasanya, kosa kata yang berkaitan dengan kata kerja dan kata adjektif yang banyak dikemukakan dalam Bahagian A, Kertas Pemahaman.

2.Kuasai Tatabahasa

Tatabahasa merupakan aspek yang agak sukar bagi kebanyakan calon. Hal ini dikatakan demikian kerana tatabahasa merupakan sistem bahasa yang ada rumus dan hukumnya. Soalan tentang tatabahasa lazimnya dikemukakan dalam Bahagian A, Kertas Pemahaman (Soalan 15 & 16 – Pilih ayat yang betul). Antara kesalahan umum tatabahasa yang kerap dikemukakan termasuklah kesalahan kata sendi nama, kata hubung, kata nafi, kata perintah, kata bilangan, kata tanya dan kata pemeri. Calon perlu menguasai pembentukan ayat pasif, ayat perintah, ayat tanya dan struktur ayat yang tepat. Dalam Kertas Penulisan, aspek tatabahasa menjadi keutamaan dalam pemberian markah selain markah isi dan huraiannya. Sekiranya calon gagal menggunakan bahasa dengan baiknya dalam penulisan karangan, calon sukar untuk mendapat markah cemerlang walaupun ada isi dan huraian yang relevan.

Untuk memahami dan menguasai tatabahasa dengan cemerlangnya, calon dinasihati agar sentiasa merujuk guru sekiranya berhadapan dengan masalah ini. Calon perlu menjawab soalan-soalan yang pernah dikemukakan seperti Soalan Latih Tubi Bahasa Melayu atau soalan UPSR sebelum ini kerana kebanyakan isu yang dikemukakan lazimnya akan disoal kembali dalam ayat yang berbeza. Sumber: GPS Bestari

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Soalan Latih Tubi Bahasa Melayu ini membantu anda.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More