KOLEKSI SOALAN LATIHAN BAHASA TAMIL SPM + SKEMA JAWAPAN
Soalan Latihan Bahasa Tamil ini adalah himpunan contoh soalan subjek Bahasa Tamil untuk rujukan dan latihan para pelajar dan guru. Koleksi soalan latihan ini disediakan bersama skema jawapan yang lengkap bagi memudahlan para pelajar atau guru membuat rujukan.
Untuk mendapatkan Soalan Latihan Bahasa Tamil anda boleh memuat turun seperti dibawah:
Isi Kandungan
Dapatkan “Soalan Latihan Bahasa Tamil” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Koleksi Soalan |
Modul |
Set 1 | |
Set 2 | |
Set 3 | |
Set 4 | |
Set 5 | |
Set 6 | |
Set 7 |
Mencari Kertas Soalan Percubaan SPM Terkini!
Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi Soalan Percubaan SPM terkini , anda boleh memuat turun di link Koleksi Kertas Soalan Percubaan SPM 2019
Guru bahasa Melayu, Cina, Tamil saling tukar pandangan cari cara inovatif pupuk cinta bahasa
Buat julung-julung kalinya, para guru ketiga-tiga bahasa ibunda berhimpun untuk saling mempelajari amalan terbaik terutama dalam mengajar secara inovatif bahasa ibunda.
Bertempat di Institut Pendidikan Nasional (NIE), hampir 500 guru berpeluang bertukar-tukar pandangan dan meraih idea-idea berharga untuk diterapkan dalam pengajaran bahasa ibunda kepada pelajar masing-masing.
Antara kandungan Simposium hari ini (8 Mac), yang merangsang pemikiran, adalah sesi perkongsian daripada wakil-wakil pengajaran bahasa Mandarin, Tamil dan Melayu.
Dalam kalangan mereka termasuk Profesor Madya Mohd Mukhlis Abu Bakar, yang membuat kajian dalam pembelajaran dwi-bahasa dan tri-bahasa, berkongsi keprihatinannya apabila golongan muda tidak melihat pentingnya pembelajaran bahasa ibunda mahupun pentingnya ia membentuk kita sebagai individu.
Seorang lagi penceramah ialah Encik Yatiman Yusof yang berkongsi pengalaman peribadinya belajar bahasa ibunda sewaktu di sekolah sambil mengimbas 62 tahun sistem dwi-bahasa di Singapura.
Panel yang dipengerusikan oleh Ketua, Kumpulan Akademik Bahasa-Bahasa Asia dan Budaya NIE, Profesor Madya Hadijah Rahmat, juga memaparkan dua penceramah bahasa Mandarin dan dua penceramah bahasa Tamil.
Tetamu Kehormat Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dalam ucapannya menekankan betapa kritikal penganjuran simposium sulung tersebut, terutama untuk belajar daripada satu sama lain dan perkongsian profesional antara pendidik ketiga-tiga bahasa ibunda.
Sekitar 50 kertas kajian disampaikan para akademik, guru dan pelajar pos-siswazah. Ia termasuk pedadogi baru, kajian inovatif ke atas strategi-strategi ‘ganguan’ selain menyingkap beberapa pendekatan dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa ibunda.
Sumber:BERITAMediacorp
Penutup
Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Soalan Latihan Bahasa Tamil ini membantu anda.