Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Soalan Lazim PKPB Kementerian Wilayah Persekutuan

Isi Kandungan

SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT ( PKPB ) KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Soalan Lazim PKPB Kementerian Wilayah Persekutuan 1
PKPB PKPB PKPB PKPB PKPB PKPB PKPB PKPB PKPB

A. SEKTOR MAKANAN: KLUSTER PERNIAGAAN BERPREMIS

1. Apakah jenis premis makanan bagi kluster perniagaan berpremis yang dibenarkan oleh Kerajaan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020?
▪ Restoran
▪ Medan Selera / Pusat Penjaja
▪ Gerai Makan Tepi Jalan (Berbumbung) / Kiosk

Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat, melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang. Kesemua sektor perniagaan makanan berpremis dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

2. Apakah waktu operasi yang dibenarkan bagi perniagaan makanan berpremis di Wilayah Persekutuan ini semasa PKPB? Pelanggan boleh hadir mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja pada setiap hari. Walau bagaimanapun, pengusaha perniagaan makanan berpremis di Wilayah
Persekutuan dibenarkan hadir mulai jam 5.00 pagi hingga 12.00 tengah malam bagi kerja-kerja pembersihan.

3. Apakah arahan yang wajib dipatuhi oleh setiap peniaga / penjaja berpremis semasa menjalankan perniagaan semasa PKPB? Peniaga perlu memastikan keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi serta kebersihan premis. Ini termasuk keperluan merekod kehadiran pekerja dengan mengambil kira butiran nama penuh, no kad pengenalan, nombor telefon serta suhu badan pekerja dan pelanggan pada setiap hari mereka menjalankan perniagaan.

Selain daripada itu perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dan penekanan:
▪ Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja;
▪ Menyusun meja dengan jarak 2 meter antara meja bagi membolehkan penjarakan sosial sekurang-kurang 1 meter;
▪ Setiap meja dimuatkan tidak melebihi empat orang semeja
▪ Premis/Peniaga perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial;
▪ Mewajibkan penggunaan hand sanitizer berasas alkohol atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun;
▪ Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai buang;
dan
▪ Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM.

4. Adakah perniagaan makanan berpremis di zon merah dan zon kuning boleh beroperasi di Wilayah Persekutuan mulai 4 Mei 2020? Semua perniagaan makanan berpremis di zon merah dan zon kuning dalam Wilayah Persekutuan sememangnya beroperasi secara take away. Perkhidmatan dine in adalah TIDAK DIGALAKKAN dan tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1 meter.

B. SEKTOR MAKANAN: KLUSTER PERNIAGAAN / PENJAJAAN TANPA PREMIS

5. Apakah jenis premis makanan bagi kluster perniagaan / penjajaan tanpa premis yang dibenarkan oleh Kerajaan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020?
▪ Kenderaan Saji (Food Truck)
▪ Penjaja Beredar
▪ Penjaja Tepi Jalan (sementara)

Di WP Kuala Lumpur, aktiviti pasar malam, pasar terbuka dan bazaria TIDAK dibenarkan beroperasi. Tamu Labuan Walk, pasar malam, penjaja statik dan karnival jualan juga TIDAK dibenarkan beroperasi di WP Labuan. Pasar malam di WP Putrajaya TIDAK dibenarkan beroperasi sehingga Putrajaya menjadi Zon Hijau Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat, melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang. Kesemua sektor makanan bagi kluster perniagaan / penjajaan tanpa premis dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

6. Apakah waktu operasi yang dibenarkan bagi perniagaan / penjajaan makanan tanpa premis di Wilayah Persekutuan ini? Pelanggan boleh hadir mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja pada setiap hari. Walau bagaimanapun, pengusaha perniagaan/ penjajaan makanan tanpa premis di Wilayah Persekutuan dibenarkan hadir mulai jam 5.00 pagi hingga 12.00 malam bagi kerja-kerja pembersihan.

7. Apakah arahan yang wajib dipatuhi oleh setiap peniaga / penjaja tanpa premis ini semasa menjalankan perniagaan? Peniaga perlu memastikan keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi serta kebersihan premis. Ini termasuk keperluan merekod kehadiran serta suhu badan pekerja pada setiap hari. Mereka juga perlu menghadkan bilangan pelanggan di kawasan perniagaan pada satu-satu masa supaya tidak berkumpul dan bersesak-sesak. Selain daripada itu perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dan penekanan:
▪ Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja;
▪ Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian;
▪ Mewajibkan penggunaan hand sanitizer berasas alkohol;
▪ Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai buang; dan
▪ Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM.

8. Adakah perniagaan / penjajaan makanan tanpa premis di zon merah dan zon kuning boleh beroperasi di Wilayah Persekutuan mulai 4 Mei 2020? Semua perniagaan / penjajaan makanan tanpa premis di kawasan Peritah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) TIDAK BOLEH beroperasi di Wilayah Persekutuan.

C. SEKTOR MAKANAN: KLUSTER PASAR BERBANGUNAN

9. Apakah jenis perniagaan bagi kluster pasar berbangunan yang dibenarkan oleh Kerajaan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020?
▪ Pasar Awam Berbangunan
▪ Pasar Borong (Kuala Lumpur sahaja)

Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat, melainkan sektor sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang. Kesemua sektor makanan bagi kluster pasar berbangunan dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

10.Apakah waktu operasi yang dibenarkan bagi perniagaan pasar berbangunan di Wilayah Persekutuan ini? Pelanggan boleh hadir mulai jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja pada setiap hari. Walau bagaimanapun, pengusaha perniagaan pasar berbangunan di Wilayah
Persekutuan dibenarkan hadir mulai jam 5.00 pagi hingga 7.00 malam bagi kerjakerja pembersihan.
11.Apakah arahan yang wajib dipatuhi oleh setiap peniaga pasar berbangunan ini semasa menjalankan perniagaan? Peniaga perlu merekod kehadiran serta suhu badan pekerja pada setiap hari. Mereka juga perlu menghadkan bilangan pelanggan dalam pasar pada satu-satu masa dan membuat disinfeksi bangunan setiap hari selepas beroperasi. Selain daripada itu perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dan penekanan:
▪ Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja;
▪ Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian;
▪ Mewajibkan penggunaan hand sanitizer berasas alkohol atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun;
▪ Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM; dan
▪ Membuat saringan kesihatan (suhu badan, simptom dan riwayat kontak dengan pesakit COVID-19) kepada semua pekerja warga tempatan dan asing yang memegang permit kerja (Pasar Borong).
12.Adakah perniagaan pasar berbangunan di zon merah dan zon kuning boleh beroperasi di Wilayah Persekutuan mulai 4 Mei 2020? Semua perniagaan pasar berbangunan di zon merah dan zon kuning BOLEH beroperasi di Wilayah Persekutuan seperti Pasar Borong Kuala Lumpur. Kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

D. SEKTOR MAKANAN: KLUSTER PASAR TANPA PREMIS (LOKASI TETAP)

13.Apakah jenis perniagaan pasar tanpa premis yang dibenarkan oleh Kerajaan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020?
▪ Pasar Segar Terkawal (pasar tani sahaja) yang mempunyai lokasi tetap. Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat, melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang. Kesemua sektor makanan bagi perniagaan pasar segar terkawal dibenarkan untuk dibuka semula iaitu pasar-pasar tani yang mempunyai lokasi tetap sahaja dan beroperasi berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
14.Apakah waktu operasi yang dibenarkan bagi perniagaan pasar tanpa premis di Wilayah Persekutuan ini? Pelanggan boleh hadir mulai jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi sahaja pada setiap hari. Walau bagaimanapun, pengusaha perniagaan pasar tani tanpa premis di Wilayah Persekutuan dibenarkan hadir mulai jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bagi kerja-kerja pembersihan.
15.Apakah arahan yang wajib dipatuhi oleh setiap penjaja pasar tanpa premis ini semasa menjalankan perniagaan? Peniaga perlu memastikan keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan dan kesihatan peribadi. Perlu membuat penggiliran penjaja mengikut hari. Proses disinfeksi perlu dibuat setiap kali selepas beroperasi. Selain daripada itu perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dan penekanan:
▪ Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja;
▪ Memastikan jarak antara meja / gerai adalah 2 meter;
▪ Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian;
▪ Mewajibkan penggunaan hand sanitizer berasas alkohol; dan
▪ Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM.
16.Adakah perniagaan pasar tanpa premis di zon merah dan zon kuning boleh beroperasi di Wilayah Persekutuan mulai 4 Mei 2020? Semua perniagaan pasar tanpa premis di zon merah dan zon kuning BOLEH beroperasi di Wilayah Persekutuan. Kecuali di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

E. SEKTOR MAKANAN: KLUSTER PERUNCITAN / SERBANEKA MAKANAN DAN MINUMAN:

17.Apakah jenis premis bagi kluster peruncitan / serbaneka makanan dan minuman yang dibenarkan oleh Kerajaan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020?
▪ Pasar Raya Mini
▪ Kedai Runcit
▪ Kedai Serbaneka
Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat, melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang. Kesemua sektor makanan bagi kluster peruncitan / serbaneka makanan dan minuman dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
18.Apakah waktu operasi yang dibenarkan bagi perniagaan peruncitan / serbaneka makanan dan minuman di Wilayah Persekutuan ini? Pelanggan boleh hadir mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja pada setiap hari. Walau bagaimanapun, pengusaha perniagaan peruncitan/ serbaneka makanan dan minuman di Wilayah Persekutuan dibenarkan hadir mulai jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam bagi kerja-kerja pembersihan.
19.Apakah arahan yang wajib dipatuhi oleh setiap peniaga peruncitan / serbaneka makanan dan minuman ini semasa menjalankan perniagaan? Peniaga perlu menghadkan bilangan pelanggan dalam premis pada satu-satu masa serta membuat pembersihan dan aktiviti sanitasi berterusan dengan kerap. Semua pekerja diwajibkan memakai face mask. Selain daripada itu perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dan penekanan:
▪ Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja;
▪ Memastikan kawalan bilangan pelanggan dan penjarakkan sosial;
▪ Mewajibkan penggunaan hand sanitizer berasas alkohol;
▪ Membuat pembersihan secara kerap menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM; dan
▪ Menggalakkan pembayaran tanpa wang tunai atau cashless (e-wallet, kad credit
dan lain-lain).

20.Adakah perniagaan peruncitan / serbaneka makanan dan minuman di zon merah dan zon kuning boleh beroperasi di Wilayah Persekutuan mulai 4 Mei 2020? Semua perniagaan peruncitan / serbaneka makanan dan minuman di zon merah dan zon kuning BOLEH beroperasi seperti sedia ada samada secara take away atau dine in di Wilayah Persekutuan tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan. Kecuali di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Catatan:
1) Adalah menjadi tanggungjawab bersama semua pihak untuk memahami dan mematuhi semua arahan semasa pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga SOP Pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk sama-sama mengurangkan risiko dan membendung penularan pandemik Covid-19 ini.
2) Sebarang perubahan terkini sejajar dengan arahan terbaru pihak MKN dan KKM akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
5 MEI 2020

Sumber

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More