SOP Total Lockdown 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021
Kerajaan Melalui ATM Telah Membuka Hospital-Hospital Medan Akibat Peningkatan Kes Mendadak. Langkah ini (Total Lockdown) Adalah Pengorbanan Kita Semua Untuk Melandaikan Lengkuk Jangkitan Wabak COVID-19 ini. Berikut Merupakan SOP bagi Total Lockdown yang akan kita alami pada 1 Jun sehingga 14 Jun 2021 ini:
Isi Kandungan
Semua Aktiviti Ekonomi tidak Dibenarkan kecuali:
- Makanan Dan Minuman
- Air
- Tenaga
- Keselamatan
- Pengurusan Sisa Pepejal
- Pengangkutan Darat Air Udara
- Perkhidmatan Pelabuhan, Kargo, Penyimpanan dan Pemukalan Komodoti.
- Komunikasi, Media, Courier, Pos.
- Perbankan
- Kredit Komuniti (Pajak Gadai)
- E dagang
- Bahan Api dan Pelincir
- Hotel & Penginapan hanya untuk Kuarantin.
- Pembaikan Kritikal.
- Perhutanan (Penguakuasaan)
- Logistik (Perkhidmatan Perlu)
- Pertanian, Perikanan, dan Penternakan
Hanya 12 Sektor Perkilangan (essential services) yang dibenarkan buka sepanjang 2 minggu ini dan 60% pekerja sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Kerja – kerja pembinaan dengan kemudahan penginapan pekerja yang lengkap ditapak bina dibenarkan.
Kedai Yang Boleh Beroperasi:
Semua shopping mall seluruh negara adalah tidak dibenarkan beroperasi. Akan tetapi, pasaraya dan hypermarket adalah dibenarkan dan terhad kepada keperluan asas sahaja.
Gerai Makan DIBENARKAN buka, dan hanya untuk BUNGKUS SAHAJA. Pelanggan tidak dibenarkan dine-in.
Ada 10 Item dibawah Perdagangan Dan Pengedaran dibenarkan beroperasi termasuk kedai cermin mata dan hardware dibenarkan.
Kesemua perniagaan beroperasi sehingga 8 malam sahaja.
Rakyat Malaysia dibenarkan keluar rumah untuk membeli barangan keperluan sahaja dalam lingkungan 10km dan terhad pada dua orang satu rumah.
12 Sektor Perkilangan Dibenarkan Beroperasi:-
- Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul – MRO)
- Makanan dan minuman
- Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan
- Barang-barang penjagaan diri dan bahan pencuci
- Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan
- Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran
- Komponen bagi peranti perubatan
- Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)
- Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
- Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja
- Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
- Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
SOP Bekerja
Surat Bekerja Majikan adalah tidak Terpakai untuk Merentas Negeri/Daerah.
Untuk Rentas Negeri & Daerah:
- Surat Kementerian.
- Borang Kebenaran Rentas Negeri PDRM.
Dato Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa lebih 90% dari PKP 1.0 yang lepas adalah sama dengan yang kita akan laksanakan.
Sumber Bernama
Artikel lain: Vietnam temui varian hibrid baharu Covid-19