SPLKPM LOGIN SISTEM PENGURUSAN LATIHAN (CARA LOGIN, ISI DAN KEMASKINI)
SPLKPM LOGIN SISTEM PENGURUSAN LATIHAN merupakan satu Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terkini. Sistem Pengurusan Latihan Guru dibangunkan bagi merekod kursus yang dihadiri oleh guru dan kakitangan pendidikan
Menerusi aplikasi ini diharapkan proses pengumpulan data dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, tepat dan efisien.
Beberapa fungsi boleh didapati yang ada dalam sistem SPLKPM ini. Antara fungsi yang terkandung didalam sistem ini adalah seperti senarai kursus, senarai webinar, latihan dalam perkhidmatan, Profesional Learning Walk(PLC) dan pelbagai aplikasi lain turut disediakan dalam SPLKPM 2021 ini.
Ianya merupakan sebuah laman portal yang dibangunkan oleh KPM untuk mempermudahkan serta melancarkan lagi proses pengurusan latihan, kursus, bengkel, pangkalan data dan seminar bagi para pendidik di bawah KPM. (dahulu dikenali sebagai SPLG KPM). Sistem ini juga akan menyenaraikan maklumat kursus yang telah disertai oleh seseorang guru menerusi login di Modul Individu. Cara login e portal ini akan diterangkan lebih lanjut di bawah.
Isi Kandungan
Link Login “SISTEM PENGURUSAN LATIHAN (SPLKPM)” di sini
Di sini admin nak kongsikan link tersebut. Sila rujuk cara login dan mengakses portal ini didalam perkongsian selanjutnya.
Link : https://splkpm.moe.gov.my/
Nota : Sila ambil maklum, tidak ada pautan untuk pendaftaran baru di laman web SPLKPM. Jadi, bagaimana mahu mendaftar? Sila hubungi admin SPLKPM di sekolah anda untuk maklumat lanjut.
Para guru juga boleh melihat sama ada jumlah kursus yang telah disertai sudah mencukupi untuk jam kredit yang ditetapkan bagi tahun tersebut ataupun belum. Guru-guru perlu mencapai sasaran sekurang-kurangnya 5 hari latihan dalam tempoh masa setahun. Cara pengiraannya adalah 6 jam bersamaan dengan 1 hari latihan. Terdapat pelbagai jenis latihan yang boleh disertai termasuklah latihan bersemuka/konvensional, pembelajaran kendiri dan sesi pembelajaran PPB yang lainnya.
DIsenaraikan secara ringkasnya fungsi yang banyak diguna pakai oleh guru-guru didalam aplikasi ini antaranya:
- Mendaftarkan kursus atau latihan dalam tempoh perkhidmatan
- Menyemak pelaporan bilangan hari bagi LADAP
- Menyemak pelaporan markah CPD
Adalah dimaklumkan sistem ini semestinya sama sekali berbeza dengan sistem maklumat guru iaitu e-operasi. Laman ini iaitu Sistem Latihan Perkhidmatan KPM ini atau nama ringkasnya SPLKPM lebih menumpukan kepada latihan/ kursus yang diterima atau latihan yang diperlukan oleh guru sekolah seperti ulasan buku, kajian tindakan atau penyelidikan, kolokium, lawatan kerja, bengkel, seminar, portal e-guru dan sebagainya.
Cara Login SPLKPM Individu
Jika anda sebagai guru dan telah mengambil kursus, anda perlu login ke SPLKPM untuk mendaftarkan dan mengemaskini latihan atau pembelajaran yang telah disertai. Di bawah ini kami kongsikan bagaimana cara untuk anda masuk ke SPLKPM modul individu :
- Layari laman web rasmi SPLKPM di sini: https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/
- Pastikan ada paparan Log Masuk Modul Individu
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan lengkap tanpa sempang (-) atau dash
- Masukkan Kata Laluan
- Jika anda terlupa, Kata Laluan asal ialah 4 digit yang di belakang Nombor Kad Pengenalan anda
- Tekan Hantar
- Akan terpapar mesej berikut:
Selamat Datang,
No Kad Pengenalan dan Kata laluan diberi kebenaran untuk Akses Sistem+ Sila Tukar Kata Laluan sekiranya masih belum berbuat demikian bagi mengelakkan data dan maklumat diceroboh oleh pihak yang tidak berkepentingan. - Klik Close
- Anda kini berada di dalam sistem SPLKPM Modul Individu
Panduan Semak Senarai Kursus LDP Terkini
Untuk membuat semakan Senarai Kursus LDP terkini, berikut ialah langkah dan cara semakan tersebut :
1. Sila masuk ke portal rasmi splkpm di https://splkpm.moe.gov.my/
2. Dekat bahagian atas site ada “Senarai Kursus“, klik di situ.
3. Kemudian, senarai kursus LDP terkini yang ditawarkan dalam talian akan anda lihat.
Senarai Kursus SPLKPM Webinar 2021
Sebenarnya selain kursus epsa, ada banyak lagi senarai kursus dan webinar tahun 2021 terutamanya waktu pkp pkpb semasa covid 19 yang boleh anda kemaskini di splkpm. Antaranya ialah:
Kursus SPLKPM AKPK
- Kursus AKPK KPM : Hemah Bicara Hemat Belanja merupakan suatu pendedahan tentang bagaimana untuk menguruskan wang yang diperoleh secara bijak dan berhemah. Kursus ini akan membuka minda anda tentang bagaimana membuat perancangan dan bajet untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan.
Kursus Google Education
Google Malaysia ada menawarkan kursus yang boleh anda belajar sesuatu baru berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam industri, https://teachercenter.withgoogle.com/?hl=ms .Kursus ini disediakan secara dwibahasa. Berikut merupakan pautan untuk bahasa melayu https://edu.google.com/ Melalui pautan ini anda dapat dibawa ke platform interaktif percuma dalam talian dengan kurikulum yang dihasilkan oleh pendidik untuk pendidik. Nah, ini lah peluang bagi pendidik yang mahu mempelajari teknik yang akan memudahkan urusan pdpr mereka kerana terdapat juga kursus dalam penggunaan paling asas sebagai guru iaitu google classroom.
Daftar Join Webinar di Portal SPLKPM 2021
Boleh join webinar untuk sesi e-pembelajaran di channel Youtube, Cikgootube
Kursus Rumahku – AKPK
Kursus ini sesuai untuk semua pembeli rumah di Malaysia terutamanya mereka yang layak menerima Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia. Merupakan satu kelebihan bagi mereka yang belum memiliki rumah pertama dan bercadang untuk membelinya kerana dengan kursus ini dapat membantu mereka menguruskan dan membuat keputusan kewangan dengan lebih bijak.
Didalam kursus ini, peserta akan diberi pendedahan tentang hak pemilikan rumah di Malaysia serta segala perkara berkaitan pinjaman perumahan bermula dengan cara dan syarat permohonan pinjaman perumahan dan selanjutnya.
PERKARA |
LINK PAUTAN |
Melalui modul khas secara atas talian ini, anda boleh belajar cara buat perancangan dan pengurusan kewangan bagi membantu anda sebagai pembeli untuk membeli rumah pertama. |
Kursus COVID 19 – MBRU
Merupakan suatu kursus mengenai koronavirus. Ini membolehkan guru-guru memahami jangkitan koronavirus, bagaimana ia merebak serta memaparkan langkah-langkah untuk mencegah penularan penyakit tersebut. Sijil juga ada disediakan buat peserta yang menyertai. Peserta boleh memberikan sijil online ini kepada admin SPLKPM sekolah masing-masing sebagai bukti telah menghadiri kursus online ini untuk pengesahan sijil. Sila join melalui link pautan ini, https://learn.mbru.ac.ae/courses/covid19
Daftar Hadir Kursus Microsoft Education
Ada banyak yang boleh anda mendaftar aktiviti dan program untuk tujuan menambah mata kredit dan markah di SPLKPM anda iaitu melalui senarai webinar yang ditawarkan oleh Microsoft Education dimana turut disediakan sijil bagi setiap penyertaan. Sila daftar hadir secara online di sini, https://education.microsoft.com/en-us
Kursus Digital Classcroom
Didalam kursus ini akan membantu para guru mempelajari teknik pembelajaran dan pemudahcaraan secara digital yang dapat dipraktikkan didalam kelas. Dengan kaedah pdp bertaraf dunia ini diharap dapat membantu guru membudayakan pedagogi dua hala secara maya antara murid dan guru. Melalui channel youtube Digital Classroom Malaysia, ada banyak kursus webinar live streaming online untuk anda hadir dan pelajari yang boleh daftar di skplgkpm
Kursus eDidik Malaysia
eDidik Malaysia sentiasa mempromosikan bengkel / kursus percuma yang sering mereka warwar di channel telegram mereka, https://t.me/eDIDIKMalaysia. Disini juga anda boleh mempelajari banyak cara untuk memudahkan dan menjadikan proses pdpr anda lebih menarik dan interaktif.
LDP Terbuka
Dibahagian menu ini, anda boleh mendapatkan senarai Latihan Dalam Perkhidamatan secara terbuka. Ini bermaksud semua guru boleh mengakses latihan yang akan diadakan mengikut tarikh yang telah ditentukan oleh pihak berkenaan. Pastikan guru-guru tidak terlepas untuk mendaftar mengikut tarikh tawaran yang ditetapkan dan mengikuti latihan yang akan diadakan pada tarikh LDP. LDP terbuka ini dibuat secara bersemuka dan juga secara atas talian. Oleh itu, guru boleh memilih mengikut kesesuaian tempat atau cara LDP diadakan.
Disamping itu juga jika terdapat sumbangan guru berbentuk ilmiah juga boleh direkodkan di dalam sistem ini dibahagian senarai aktiviti PPB. Antara contoh aktiviti PPB adalah seperti penulisan dan pengkaryaan, program sangkutan, peningkatan akademik, inovasi dan sebagainya yang terkandung dibahagian menu tersebut. Namun diingatkan untuk mendaftar masuk terlebih dahulu ke dalam SPLKPM bagi modul individu untuk mendaftar program/kursus/sumbangan yang telah anda sertai.
Lupa Kata Laluan Login SPLKPM
Sekiranya anda terlupa kata laluan untuk log masuk, terdapat dua kaedah untuk dibuat dan pengguna boleh memilih salah satu daripada cara berikut:
Kaedah |
Tindakan |
Kaedah Pertama |
Pengguna boleh log masuk menggunakan Single Sign On (SSO) KPM |
Kaedah Kedua |
Pengguna boleh klik ‘Lupa Kata Laluan’ dan seterusnya maklumkan kepada SULDP sekolah masing-masing bagi tindakan selanjutnya |
Maklumat Lanjut Berkenaan SPLKPM
Sebarang pertanyaan atau rujukan anda boleh hubungi Penyelaras SPLKPM Negeri seperti di bawah :
Senarai JPN Mengikut Negeri |
No Untuk Dihubungi |
ADMIN JPN JOHOR |
07-2311402 |
ADMIN JPN KEDAH |
04-7404209 |
ADMIN JPN KELANTAN |
09-7418377 |
ADMIN JPN MELAKA |
06-2327179 |
ADMIN JPN NEGERI SEMBILAN |
06-7653201 |
ADMIN JPN PAHANG |
09-5715700 |
ADMIN JPN PERAK |
05-5015026 |
ADMIN JPN PERLIS |
04-9737663 |
ADMIN JPN PULAU PINANG |
04-5757640 |
ADMIN JPN SABAH |
08-8537010 |
ADMIN JPN SARAWAK |
08-2473410 |
ADMIN JPN SELANGOR |
03-55121958 |
ADMIN JPN TERENGGANU |
09-6213329 |
ADMIN JPN WP KUALA LUMPUR |
03-62036287 |
ADMIN JPN WP LABUAN |
087-583351 |
ADMIN JPN WP PUTRAJAYA |
03-88903070 |
Maklumat Lanjut
Bagi mereka yang mempunyai pertanyaan lanjut atau sebarang masalah mengenai sistem KPM ini, boleh hubungi talian penyelaras SPL KPM atau rujuk pautan seperti di bawah, terima kasih:
Panduan Manual Pengguna SPLKPM
Terdapat 2 modul dalam manual pengguna splkpm yang boleh anda jadikan panduan iaitu modul individu dan juga modul SULDP. Anda boleh rujuk manual disini untuk rujukan lebih lanjut.
Diharapkan perkongsian cara daftar dan splkpm login modul individu membantu anda menambah dan memaksimakan mata kredit terkumpul dalam sistem, sekaligus menambah ilmu di waktu pkp covid 19 ini.