SPMU 2024: Tarikh & Jadual Peperiksaan Rasmi
Berikut adalah tarikh dan jadual peperiksaan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan, SPMU 2024 untuk makluman semua calon-calon yang terlibat, guru-guru dan ibu bapa.
Isi Kandungan
Tarikh Peperiksaan SPMU 2024
Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi Tahun 2024 adalah pada 20, 21 dan 22 Ogos 2024 dan mata pelajaran yang terlibat dalam peperiksaan ini adalah:
- Bahasa Melayu.
- Sejarah.
- Matematik.
Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2024
Berikut adalah jadual waktu peperiksaan SPMU 2024 yang rasmi telah dikeluarkan dan diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tarikh | Waktu Peperiksaan | Kod Kertas | Nama Kertas |
---|---|---|---|
20 Ogos 2024 (Selasa) | 9.00 Pagi – 9.30 Pagi (30 Minit) | 1103/4 | Bahasa Melayu Kertas 4 – Ujian Mendengar |
20 Ogos 2024 (Selasa) | 10.30 Pagi – 12.30 Tengah Hari (2 Jam) | 1103/1 | Bahasa Melayu Kertas 1 |
20 Ogos 2024 (Selasa) | 2.15 Petang – 4.45 Petang (2 Jam 30 Minit) | 1103/2 | Bahasa Melayu Kertas 2 |
21 Ogos 2024 (Rabu) | 8.00 Pagi – 9.00 Pagi (1 Jam) | 1249/1 | Sejarah (Aneka Pilihan) Kertas 1 |
21 Ogos 2024 (Rabu) | 10.00 Pagi – 12.30 Tengah Hari (2 Jam 30 Minit) | 1249/2 | Sejarah Kertas 2 |
21 Ogos 2024 (Rabu) | Rujuk Jadual Sidang Ujian Bertutur dibawah kerana ia adalah berdasarkan sidang dan masa yang telah ditetapkan oleh SPP, JPN | 1103/3 | Bahasa Melayu Kertas 3 – Ujian Bertutur |
22 Ogos 2024 (Khamis) | 8.00 Pagi – 9.30 Pagi (1 Jam 30 Minit) | 1449/1 | Matematik (Aneka Pilihan) Kertas 1 |
22 Ogos 2024 (Khamis) | 10.30 Pagi – 1.00 Tengah Hari (2 Jam 30 Minit) | 1449/2 | Matematik Kertas 2 |
22 Ogos 2024 (Khamis) | Rujuk Jadual Sidang Ujian Bertutur dibawah kerana ia adalah berdasarkan sidang dan masa yang telah ditetapkan oleh SPP, JPN | 1103/3 | Bahasa Melayu Kertas 3 – Ujian Bertutur |
Jadual Sidang Ujian Bertutur
Bahasa Melayu Kertas 3 – Ujian Bertutur SPMU 2024 akan diadakan selama 2 hari, iaitu pada 21 Ogos 2024 (Rabu) & 22 Ogos 2024 (Khamis) dengan dibahagikan kepada 3 Sidang seperti jadual dibawah.
Semua calon dikehendaki hadir 10 minit lebih awal untuk lapor diri dan pengesahan kehadiran oleh pengawas di Bilik Menunggu.
Aktiviti Calon / Petugas (Tempat) | Sidang 1 | Sidang 2 | Sidang 3 |
---|---|---|---|
Taklimat Ringkas oleh Ketua Pentaksir Pusat Ujian (Bilik Menunggu) | 7.50 Pagi – 7.55 Pagi | 10.50 Pagi – 10.55 Pagi | 2.20 Petang – 2.25 Petang |
Ujian Mula – Ujian Bertutur Individu (Calon 1 – 4) (Bilik Ujian) | 8.00 Pagi – 8.20 Pagi | 11.00 Pagi – 11.20 Pagi | 2.30 Petang – 2.50 Petang |
Persediaan Bagi Ujian Bertutur Kumpulan (Calon 1 – 4) (Bilik Kuarantin) | 8.20 Pagi – 8.30 Pagi | 11.20 Pagi – 11.30 Pagi | 2.50 Petang – 3.00 Petang |
Ujian Mula – Ujian Bertutur Kumpulan (Calon 1 – 4)* (Bilik Ujian) | 8.35 Pagi – 8.50 Pagi* | 11.35 Pagi – 11.50 Pagi* | 3.05 Petang – 3.20 Petang* |
Ujian Mula – Ujian Bertutur Individu (Calon 5 – 8) (Bilik Ujian) | 8.50 Pagi – 9.10 Pagi | 11.50 Pagi – 12.10 Tengah Hari | 3.20 Petang – 3.40 Petang |
Persediaan Bagi Ujian Bertutur Kumpulan (Calon 5 – 8) (Bilik Kuarantin) | 9.10 Pagi – 9.20 Pagi | 12.10 Tengah Hari – 12.20 Tengah Hari | 3.40 Petang – 3.50 Petang |
Ujian Mula – Ujian Bertutur Kumpulan (Calon 5 – 8)* (Bilik Ujian) | 9.25 Pagi – 9.40 Pagi* | 12.25 Tengah Hari – 12.40 Tengah Hari* | 3.55 Petang – 4.10 Petang* |
Jadual Masa Tambahan Untuk Calon Berkeperluan Pendidikan Khas
Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis Kertas Peperiksaan Bertulis.
Terdapat dua kategori masa tambahan bagi Calon Berkeperluan Pendidikan Khas iaitu Kategori A dan Kategori B.
Kategori A: Calon Masalah Pembelajaran, Kurang Upaya Penglihatan (Buta), Kurang Upaya Penglihatan (Rabun), Kurang Upaya Pelbagai dan Kurang Upaya Fizikal.
Masa Yang Diperuntukkan Dalam Jadual Waktu Peperiksaan | Masa Tambahan Yang Diberi |
---|---|
1 Jam atau kurang hingga 1 Jam 30 Minit | 30 Minit |
Lebih 1 Jam 30 Minit hingga 2 Jam 30 Minit | 1 Jam |
Lebih 2 Jam 30 Minit | 1 Jam 30 Minit |
Kategori B: Calon Kurang Upaya Pendengaran / Kurang Upaya Pertuturan.
Masa Yang Diperuntukkan Dalam Jadual Waktu Peperiksaan | Masa Tambahan Yang Diberi |
---|---|
1 Jam | 15 Minit |
1 Jam 15 Minit | 20 Minit |
1 Jam 30 Minit | 25 Minit |
1 Jam 45 Minit | 30 Minit |
2 Jam | 30 Minit |
2 Jam 15 Minit | 35 Minit |
2 Jam 30 Minit | 40 Minit |
3 Jam | 45 Minit |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan peperiksaan SPMU 2024 ini, sila rujuk Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2024 yang lebih terperinci dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!
Selamat menduduki peperiksaan SPMU 2024 bagi semua calon yang terlibat. Selamat berjaya!