SSDM SISTEM SAHSIAH DIRI MURID
SSDM SISTEM SAHSIAH DIRI MURID merupakan satu sistem yang diperkenalkan oleh KPM untuk merekod pengurusan diri murid di sekolah. Secara lebih khususnya ianya berkaitan perekodan sikap atau peribadi murid samada berunsur positif mahupun negatif.
Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) adalah salah satu modul yang berada di bawah Modul Pengurusan Murid. Ianya juga berkait rapat dengan APDM sekolah yang perlu diisi oleh para guru untuk maklumat para pelajar. Data murid dari sistem ini dihubungkan dengan data dari APDM. Oleh kerana itu pentingnya untuk guru-guru mengemaskini maklumat yang benar dan tepat ke dalam sistem APDM terlebih dahulu.
Selain dari perekodan perilaku masalah disiplin, amalan baik juga akan direkodkan ke dalam SSDM. Contoh amalan baik adalah seperti memungut sampah di dalam kelas, membantu rakan atau guru dalam kesusahan, membersihakn dan mengemas meja guru, menghormati rakan dan guru dan banyak lagi amalan murni yang boleh direkodkan.
Isi Kandungan
Objektif SSDM
Objektif utama SSDM ini dirangka adalah bertujuan untuk membentuk sahsiah dan jati diri murid dengan menggalakkan murid dalam mengamalkan nilai-nilai murni dan pekerti mulia di dalam kehidupan seharian. Ianya membantu dalam penyediaan maklumat yang perlu dikemaskini secara langsung membantu dalam mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih berkesan.
Pengenalan
SSDM pada dahulunya adalah dipanggil sebagai Sistem Salahlaku Disiplin Murid. Untuk makluman kepada yang belum tahu, panggilan SSDM telah berubah mengikut kesesuaian semasa dengan penambahbaikan yang dilakukan kepada sistem ini. Nama baharu sistem ini ialah Sistem Sahsiah Diri Murid.
Kenapa nama sistem ini telah berubah? Secara ringkasnya ada penambahbaikan yang telah dilakukan kepada sistem ini. SSDM yang sebelum ini hanya mencatat salahlaku disiplin pelajar sama ada kes ringan atau kes berat. Segala fungsi SSDM yang telah ditambahbaik dari masa ke semasa. Sekarang pihak sekolah sudah boleh mencatatkan amalan terpuji yang telah dilakukan oleh murid berbanding dengan fungsi asal iaitu dengan hanya boleh mencatat rekod salah laku bagi murid sahaja.
Dengan adanya catatan amalan terpuji dari murid-murid ini akan dapat memberi keseimbangan dan menggalakkan lagi amalan baik murid-murid serta pemarkahan dalam sistem ini menjadi lebih telus dan harmoni.
Kategori Pengguna
Sistem ini boleh diakses oleh pihak-pihak tertentu sahaja. 4 kategori pengguna yang mempunyai akses ke dalam SSDM antaranya :
- Sekolah
- Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
- Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
- Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)
Tugas Utama
Berikut merupakan tugas utama SSDM adalah:
- Merekod kes-kes salahlaku/perilaku baik murid
- Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
- Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku dan amalan baik murid
- Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap
Tujuan Sistem Diperkenalkan
Sebagaimana yang kita tahu, semua aplikasi yang dikeluarkan oleh KPM semestinya mempunyai tujuan tertentu. SSDM ini bertujuan untuk merekod salahlaku pelajar/amalan murni ketika berada di sekolah. Dengan rekod ini, semua pihak yang berkenaan dapat mengakses data salahlaku/nilai murni pelajar bagi tujuan mengawal dan mengatasi masalah disipin di kalangan murid atau sebagai rekod sahsiah diri terpuji yang dipunyai murid. SSDM yang ada sekarang ini merupakan sistem yang telah dinaiktaraf menjadi SSDM 2.0. Berikut adalah tujuan yang diperkenalkan oleh KPM :
- Menambahbaik SSDM sedia ada.
- Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
- Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
- Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
- Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin/ GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
- Sebagai satu pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.
Cara Login “SISTEM SAHSIAH DIRI MURID (SSDM)” di sini
Di sini admin kongsikan link yang akan digunapakai oleh para guru untuk mengakses portal tersebut.
Link untuk Login : https://ssdm.moe.gov.my/
Nota : Bagi ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’ oleh pengguna guru, sila rujuk pihak sekolah masing-masing.
Tindakan Yang Perlu Dilakukan Oleh Pengguna (Guru)
Bagi kategori murid, terdapat dua menu yang akan dipaparkan dan maklumat serta tindakan yang akan perlu dibuat oleh pengguna yang perlu dikemaskini.
Murid Semasa
Submenu ini untuk mengisi maklumat bagi murid yang sedang belajar dalam sekolah tersebut. Bagi kategori murid semasa, anda perlu lakukan tindakan tersebut :
- Memaparkan maklumat murid
- Mengemaskini maklumat murid
- Sila backup dan simpan rekod kes dan maklumat murid tersebut sebagai backup sekiranya murid berpindah keluar dari sekolah tersebut
- Maklumat kes bagi murid akan dipaparkan sekiranya ada, manakala tiada rekod dipaparkan sekiranya tiada maklumat kes bagi murid tersebut
- Sekiranya ingin menambah atau memasukkan kes murid, sila tekan “Tambah kes”. Perkara yang sama boleh dilakukan untuk menambah amalan baik.
- Untuk menghapuskan atau memadam kes murid, tekan butang “Hapus”. Ia juga boleh dibuat sekiranya kita tersalah masuk data maklumat berkenaan dengan murid tersebut.
Murid Baru/Yang Telah Berpindah
Bagi murid baru yang baru masuk ke sekolah, anda perlu memilih butang “Murid Baru”. Sebelum itu, anda perlu mencari maklumat murid terlebih dahulu. Maklumat murid akan diambil dari data APDM. Oleh itu pastikan maklumat murid telah ada di dalam sistem APDM sekolah semasa,
Peranan dan Tugas Individu Dalam SSDM
Sebagaimana yang kita tahu, sistem portal ini akan diakses oleh semua guru termasuk guru disiplin, GPK HEM, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pengetua dan seterusnya pegawai PPD, JPN dan KPM. Tidak lupa juga kepada para penjaga dan murid-murid sekalian mengikut pecahan tugas yang disediakan. Berikut kami kongsikan pecahan tugas mengikut individu yang terlibat :
INDIVIDU |
SENARAI DAN TUGAS |
Murid-murid |
|
Penjaga |
|
Guru-guru |
|
Ketua Guru Disiplin / GPK HEM |
|
Guru UBK |
|
Pengetua |
|
PPD |
|
JPN |
|
KPM |
|
Cara Merekod Tambah Kes/ Tambah Amalan Baik
- Pergi pada menu ‘Carian Murid’
- Masukkan maklumat murid pada ruangan ‘Cari Maklumat Murid’ dengan memasukkan nombor kad pengenalan atau nama murid
- Setelah maklumat murid yang dicari telah dijumpai, guru-guru bolehlah membuat perekodan samada ‘Tambah Kes’ bagi salahlaku murid atau ‘Tambah Amalan Baik’ bagi perilaku murni murid. Namun diingatkan juga guru-guru perlu mengemaskini dahulu maklumat murid pada sistem APDM supaya maklumat murid adalah selari.
Bagi perkara berkaitan salahlaku pelajar, terdapat beberapa kategori kes yang dapat direkodkan seperti
- Tingkahlaku tidak pentingkan masa
- Merokok
- Tingkahlaku tidak amanah
- Tingkahlaku kurang sopan/biadap
- Tingkahlaku jenayah
Guru juga perlu melengkapkan maklumat seperti perincian kes, keterangan kes, masa dan tempat kejadian kes. Guru juga perlu memilih nama guru pelapor kes sebelum boleh menyimpan data tambah kes.
Video Berkenaan Dengan Salah Laku Gangsterisme di Sekolah
Berikut kami kongsikan berkenaan dengan salah laku yang masih terkawal disebabkan adanya pemantauan dalam aplikasi ini. Menurut Timbalan Pendidikan Satu, Datuk P Kamalanathan berkata, ” Berdasarkan Sistem Sahsiah DIri Murid, hanya 0.002 peratus murid direkodkan terbabit dalam salah laku gangterisme antara 2014 hingga 2017 – Rujukan dari Astro Awani
Senarai Manual Pengguna SSDM
Disini kami kongsikan senarai manual pengguna yang boleh anda download bergantung kepada anda pengguna yang mana satu. Klik sahaja fail di bawah ini untuk muat turun;
Manual (Link Download) |
Keterangan |
Manual untuk penggunaan Sistem Sahsiah Diri Murid online bagi tahap pengguna Sekolah (pdf) |
|
Manual penggunaan SSDM online bagi tahap pengguna PPD (dalam bentuk pdf) |
|
Manual penggunaan SSDM online bagi tahap pengguna JPN (dalam bentuk pdf) |
|
Manual penggunaan SSDM online untuk tahap pengguna di Kementerian, iaitu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (dalam bentuk pdf) |
|
Slide manual penggunaan SSDM online dalam bentuk powerpoint |
Soalan Lazim
Boleh Kami Dapatkan Bantuan Meja Sekiranya Ingin Meminta Bantuan Berkenaan Dengan Sistem Ini?
Kepada yang memerlukan bantuan, anda boleh merujuk kepada detail PEGAWAI MEJA SSDM MENGIKUT NEGERI seperti yang disediakan ini.
Bagaimana Sekiranya Terlupa Kata Laluan?
Disini kami kongsikan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya terlupa kata laluan. Anda perlu memohon untuk menghubungi pegawai disiplin mengikut negeri masing-masing.
Cara Emel Aduan / Masalah :
- Nyatakan nama,nombor telefon dan dari sekolah mana
- Nyatakan butiran ‘error’ atau ralat sistem berlaku seperti (tarikh, masa, bagaimana masalah terjadi).
- ‘Print screen error’/ralat dan emelkan aduan dan dokumen tersebut ke alamat emel berikut: [email protected]
Hubungi SSDM
Jika anda ada masalah berhubung SSDM, boleh hubungi pihak SSDM pada maklumat berikut:
UNIT DISIPLIN
SEKTOR HAL EHWAL MURID
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 3 & 4, BLOK E2,
PARCEL E,
62604 PUTRAJAYA
Tel : 03-88849339 & 03-88849451
Apakah Sistem Ini Memberikan Impak Yang Positif Kepada Murid Serta Kepada Semua Individu?
Ya, semestinya sistem ini sangat membantu para murid-murid untuk membina sahsiah jati diri di alam persekolahan. Namun impak positif ini hanya akan berlaku sekiranya mendapat kerjasama dari semua pihak. Pihak sekolah, ibu bapa dan kementerian perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan objektif pembentukan sistem ini terlaksana dengan berkesan dan efisyen bagi melahirkan murid yang tinggi sahsiah diri dan perkasa jati diri.
Apakah Ciri-Ciri Pelajar Yang Cemerlang Yang Boleh Kita Teladani?
Setiap murid mempunyai keupayaan dan ciri-ciri yang boleh kita contohi. Ianya seharusnya dibentuk dari peringkat awal persekolahan lagi. Berikut merupakan ciri-ciri yang boleh dijadikan contoh teladan kepada kita semua :
- Bermoral tinggi dan berakhlak baik
- Sentiasa menumpukan perhatian yang tinggi dalam pembelajaran
- Rajin mengulangkaji pelajaran
- Sentiasa aktif dalam aktiviti kokurikulum
- Sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan
- Sentiasa belajar dari kesilapan dan tidak mudah putus asa.