SSP BSN Cara Menyimpan Sijil Simpanan Premium 2021
Disini kami kongikan Cara Menyimpan Sijil Simpanan Premium. SSP BSN atau Sijil Simpanan Premium di Bank Simpanan Nasional merupakan produk simpanan BSN yang unik sejak tahun 1978.
Berbeza dengan simpanan biasa, SSP adalah satu simpanan berbentuk pelaburan patuh syariah yang menawarkan pulangan dividen setiap tahun.
Apa yang menariknya, ramai yang menyertai Sijil Simpanan Premium BSN ini kerana ia melayakkan seseorang memenangi hadiah menarik setiap bulan serta RM1,000,000.
Berdasarkan dokumen Terma dan Syarat yang disediakan oleh pihak BSN, ia ‘dikendalikan mengikut prinsip Mudharabah serta tertakluk kepada Akta Bank Simpanan Nasional (BSN) 1974’ dan ‘menggunakan kaedah PER (Profit Equalisation Reserve) dalam menguruskan pulangan ke atas deposit akaun-akaun di bawah konsep Mudharabah.’
Isi Kandungan
Kelebihan Sijil Simpanan Premium BSN
- Merupakan produk simpanan Patuh Syariah yang menawarkan peluang kepada penyimpan untuk memenangi hadiah dalam Cabutan Bertuah.
- Simpanan Sijil Premium oleh BSN ini dijamin oleh kerajaan.
- Semua hadiah dikecualikan daripada cukai pendapatan.
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang memiliki SSP (minimum RM5,000) layak memohon Kad Kredit BSN Al-Aiman.
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang memiliki SSP (minimum RM5,300) layak untuk memohon Pembiayaan Peribadi sehingga 95% daripada jumlah BSN SSP.
Kesemua cabutan akan dibuat di Auditorium Wisma BSN Jalan Ampang.
Manakala bagi BSN SSP RM2 juta, cabutan akan dibuat pada bulan Januari 2021 nanti.
6 Cara Menyimpan Sijil Simpanan Premium
Terdapat 6 Cara Menyimpan Sijil Simpanan Premium atau SSP BSN yang boleh anda ikuti:
1. Melalui Perbankan SMS
- Daftar di mana-mana cawangan BSN.
- Taip “SSP<jarak>mpin<jarak>amaun”.
- Contoh: SSP 123456 100 dan hantarkan ke 36898.
- Balas “CONFIRM 7212” untuk pengesahan atau “CANCEL 5740” untuk pembatalan BSN SSP.
2. Melalui Mesin ATM
- Masukkan kad ATM/Debit BSN.
- Pilih bahasa.
- Masukkan nombor PIN.
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Masukkan amaun dalam gandaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
3. Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan kad ATM/Debit BSN)
- Masukkan kad ATM/Debit BSN.
- Pilih bahasa.
- Masukkan nombor PIN.
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai).
- Depositkan wang dalam gandaaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
4. Melalui Mesin Deposit Tunai
(Tanpa kad ATM/Debit BSN, hanya untuk penyimpan sedia ada sahaja)
- Pilih bahasa.
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i.
- Depositkan wang dalam gandaaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
5. Melalui Perbankan Internet myBSN
- Kunci masuk ke Laman Web BSN di www.mybsn.com.my
- Pilih ‘Simpanan BSN eSSP’.
- Pilih ‘nombor akaun’ daripada senarai.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.
NOTA PENTING:
- *Sijil SSP BSN tidak akan dikeluarkan apabila anda membeli SSP secara online.
- *Anda perlu semak dan sahkan alamat anda sebelum meneruskan pembelian SSP.
- *Jika alamat anda belum dikemas kini, jangan teruskan pembelian. Pergi ke cawangan bank dahulu untuk mengemas kini alamat anda.
6. Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB)
- Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada) kepada EB BSN.
- EB BSN akan proses simpanan BSN SSP di terminal POS.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi .
- Simpanan maksima adalah RM1,000 untuk setiap transaksi.
Cara Semakan Pemenang
Panduan Menyemak Keputusan SSP BSN adalah melalui 3 cara yang dinyatakan berikut:
1. Melalui Perbankan Internet myBSN
- Kunjungi www.mybsn.com.my
- Pergi ke Menu Perbankan Islam dan skrol ke Simpanan.
- Klik padanya. Skrol ke BSN Sijil Simpanan Premium.
- Di bawah bahagian ini, anda akan nampak submenu ‘Semak Keputusan SSP’. Klik padanya.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda atau Nombor Sijil BSN SSP dan kemudian klik ‘Hantar’.
- Anda akan menerima mesej yang menyatakan sama ada anda menang atau tidak.
2. Melalui Cawangan / Kaunter BSN
Singgah di mana-mana kaunter BSN dan semak dengan pegawai kami yang mesra.
3. Melalui Facebook BSN (FB)
Keputusan akan diumumkan melalui media sosial Facebook Rasmi BSN Malaysia.
Kunjungi www.facebook.com/bsnmalaysia dan follow untuk update terkini.
Cara Membuat Tuntutan Dividen / Jualan Balik (Pengeluaran)
Anda boleh membuat tuntutan dividen SSP ini di cawangan BSN yang berdekatan dengan mengisi borang pengeluaran.
Hanya perlu bawa Kad Pengenalan untuk pengesahan.
Maklumat Lanjut Cara Menyimpan Sijil Simpanan Premium
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai BSN di talian 03-21623222 Samb. 12620 / 15694 / 15686 / 15667.
Pertanyaan juga boleh disalurkan melalui pos atau terus berurusan di cawangan BSN terdekat atau Unit BSN SSP di alamat berikut:
Unit BSN SSP,
Bahagian Deposit & Inisiatif Kerajaan,
Jabatan Operasi Perbankan,
Tingkat 8, Wisma BSN,
117, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.