Panduan Bayaran Duti Stamps Secara Online Tahun 2024
Berikut dikongsikan mengenai panduan bayaran duti stamps LHDN secara dalam talian yang masih lagi ramai tidak tahu di luar sana.
Isi Kandungan
Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menawarkan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 pengecualian bayaran penalti ke atas duti setem bermula 6 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024.
Penghapusan penalti hanya diberikan kepada pembayar duti setem yang memohon untuk menyertai PKPS 2.0 sahaja bagi suratcara yang ditandatangan pada atau sebelum 1 Mei 2023.
Pembayar duti yang ingin menyertai PKPS 2.0 perlu
- Kemukakan permohonan taksiran duti setem secara dalam talian (melalui Menu Borang Permohonan > Penyeteman).
- Amaun duti setem ditentukan oleh Pemungut selepas permohonan taksiran dikemukakan.
- Semak maklumat duti dan penalti yang perlu di bayar dalam notis taksiran.
- Masukan permohonan rayuan penalti (Borang permohonan > Rayuan > Rayuan penalti).
- Bayar duti setem secara dalam talian tanpa penalti setelah rayuan penalti diluluskan.
Tatacara Log Masuk Kali Pertama Ke Stamps Baharu
Dimaklumkan bahawa Sistem Taksiran dan Bayaran Duti Setem (STAMPS) secara online kini telah berwajah baharu mulai 16 Julai 2017.
Format ID Pengguna STAMPS sedia ada telah ditukarkan kepada No. Pengenalan Diri bagi tujuan daftar masuk.
Untuk daftar masuk kali pertama menggunakan STAMPS baharu, sila ikuti langkah-langkah penukaran ID seperti pada jadual berikut.
Pengguna Baharu | Pengguna Sedia Ada |
---|---|
1. Layari laman sesawang STAMPS. 2. Klik Pautan Daftar Pengguna Baru. 3. Klik pautan EJEN. 4. Pendaftaran ID Pengguna baharu STAMPS hanya dibuka kepada firma guaman / bank / syarikat insurans / ejen / institusi / pertubuhan dan syarikat yang berdaftar atau mempunyai lesen perniagaan yang sah. 5. Teruskan dengan proses permohonan. | 1. Layari laman sesawang STAMPS. 2. Pilih ID Pengguna Lama di kotak Akaun Log Masuk. 3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sedia ada di ruangan yang disediakan. 4. Semak dan kemaskini maklumat seperti Jenis Pengenalan Diri, No. Pengenalan Diri dan Nama Penuh jika perlu dan klik butang Hantar. 5. Sistem akan maklumkan ID Pengguna telah dikemaskini. Klik butang OK. 6. Sistem akan kembali ke laman sesawang utama STAMPS. 7.Masukkan No. Pengenalan Diri yang telah berjaya didaftarkan dan masukkan Kata Laluan (gunakan kata laluan lama) di kotak Akuan Log Masuk. Kemudian, klik daftar masuk. 8. Laman utama akan dipaparkan setelah pengguna berjaya daftar masuk. |
Mohon Taksiran Duti Setem Secara Online
Langkah-langkah untuk memohon taksiran duti setem secara online menggunakan STAMPS baharu adalah seperti berikut:
- Log masuk ke dalam STAMPS.
- Pilih Menu Borang Permohonan Penyeteman Surat Cara.
- Pilih jenis penyeteman sama ada Pindah Milik Harta Tanah, Pindah Milik Saham, Pindah Milik Perniagaan, Sekuriti, Sewa / Pajakan, Anuiti atau Penyeteman Am.
- Isi maklumat dalam borang permohonan.
- Muat naik dokumen penjanjian dan dokumen sokongan untuk semakan pegawai penaksir LHDNM jika perlu.
- Sahkan perakuan wakil dan klik butang Hantar.
- Semak notis taksiran di tab notis selepas dokumen selesai ditaksir oleh pegawai penaksir.
- Buat pembayaran duti setem secara dalam talian atau di mana-mana Pejabat Setem yang berhampiran.
- Jika duti dikecualikan, sila cetak sijil pengecualian.
Daftar Penghantar Dokumen (Bayaran Di Kaunter)
Langkah-langkah untuk mendaftar penghantar dokumen pula adalah seperti berikut:
- Log masuk STAMPS.
- Klik Profil.
- Klik Tab Daftar Penghantar Dokumen Setem.
- Masukkan maklumat peribadi dan alamat penghantar dokumen.
- Muat naik gambar, nombor kad pengenalan dan surat kuasa lantikan penghantar dokumen.
- Klik butang daftar penghantar dokumen.
- Semak status pendaftaran di tab Senarai Penghantar Dokumen Setem.
Bayaran Duti Setem Secara Online
Buat pembayaran dalam talian melalui tab bayaran online (medium FPX) atau melalui CIMB Bizz Channel online atau Public Bank bagi kes yang telah berstatus sedia untuk bayaran duti.
Cetak sijil setem setelah pembayaran berjaya dilaksanakan.
Panduan Cetakan Sijil
Cetakan sijil boleh dibuat dengan menggunakan sistem pengoperasian Windows 7 ke atas tanpa memerlukan pemasangan perisian seperti sebelum ini. Walaubagaimanapun sila pastikan spesifikasi komputer anda adalah seperti berikut:
- Sistem Pengoperasian Windows 7 ke atas.
- Pelayar Web Internet Explorer Ver 11 ke atas atau Google Chrome.
- Adobe Reader XI Ver 11 ke atas.
- Net Framework Versi 4 ke atas.
Pastikan anda “Clear cache” atau “Delete Cookies” pada pelayar internet dan ‘Allow popup-up blocker’. Sila “Refresh” pelayar internet anda.
Sila pastikan printer dalam keadaan ready dan telah disetkan default.
Berikut adalah langkah-langkah untuk cetak sijil, iaitu
- Sila pastikan status kes adalah Duti Telah Dibayar, Duti Telah Dibayar / Dikecualikan atau Duti Dikecualikan sebelum cetakan sijil dibuat.
- Buat carian Adjudikasi. Klik tab Sijil pada borang permohonan untuk cetak sijil.
- Klik icon Pencetak dan paparan skrin Prebiu Cetakan Sijil akan dipaparkan.
- Di ruangan Tindakan, klik butang Muat turun & Cetak.
- Klik butang Run untuk lancarkan Aplikasi Cetak Sijil.
- Status sijil bertukar kepada Telah Dicetak.
Jika cetakan sijil gagal ataupun cetakan sijil berjaya tetapi sijil tersebut tidak memenuhi ciri-ciri spesifikasi yang ditetapkan, sila maklumkan kepada Meja Bantuan STAMPS seperti pada ruangan maklumat lanjut di bawah.
Pengguna berdaftar boleh merujuk Panduan Cetakan Sijil yang lebih terperinci di menu Bantuan selepas login ke STAMPS.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berhubung sistem stamps dan operasi duti setem, anda boleh ajukan melalui e-mel kepada [email protected].
Seterusnya, pertanyaan berhubung taksiran duti setem boleh dirujuk terus pada Pejabat Setem di mana permohonan taksiran dihantar.