STO 2.0: Sistem Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia
Berikut dikongsikan info terkini berkaitan Sistem Temujanji Online (STO) 2.0 Jabatan Imigresen Malaysia.
Isi Kandungan
Apa Itu STO 2.0?
Sistem Temujanji Online (STO) 2.0 menawarkan perkhidmatan terpilih yang berkaitan dengan
- Pekerja Asing.
- Perkhidmatan Ekspatriat.
- Penguatkuasaan dan Perkhidmatan Visa & Pas.
- Perkhidmatan UTC.
Pembaharuan pasport boleh dibuat secara online melalui MyOnline Passport.
Senarai Kategori Pemohon yang disediakan pada STO 2.0 adalah
- MALAYSIAN (Warganegara Malaysia).
- FOREIGNER (VALID PASSPORT) (Bukan Warganegara – Dengan Pasport yang Sah).
- EMPLOYER (Majikan).
- EXPATRIATE (Ekspatriat).
- UNIVERSITY REPRESENTATIVE (Wakil Universiti).
- ID. IMM. 13 (Sabah dan Sarawak Sahaja).
Bagaimana Mengakses STO 2.0?
STO 2.0 boleh diakses melalui pautan berikut:
>>> Sistem Temujanji Online (STO) 2.0<<<
Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lantikan.
Pemohon mesti mengisi semua maklumat dalam ruangan yang diperlukan. Maklumat termasuk
- Nama.
- No Kad Pengenalan / Pasport.
- Alamat Penuh.
- Alamat E-mel.
- Butiran Maklumat Lain.
Jabatan Imigresen berhak untuk menolak mana-mana permohonan yang didapati tidak lengkap / tidak sah.
Untuk makluman, tarikh temujanji tidak boleh diubah tetapi boleh dibatalkan. Jika pemohon terlepas temujanji yang dibuat, pemohon boleh membuat temujanji baharu.
Perkhidmatan STO 2.0
Perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat pada Sistem Temujanji Online (STO) 2.0 Jabatan Imigresen Malaysia adalah seperti berikut:
Tempah Temujanji Saya | Untuk memohon temujanji baharu, sila pastikan anda mempunyai Passport / Nombor ID yang sah jika tidak temujanji anda akan terbatal. |
Cari Temujanji Saya | Untuk mencari / mencetak butiran / slip janji temu anda, pastikan anda mempunyai rujukan dan butiran temujanji anda. |
Jadualkan Semula Temujanji Saya | Untuk menyemak sama ada temujanji anda telah dijadualkan semula atau tidak dan untuk mencetak slip temujanji baharu. Pastikan anda tahu temujanji anda sebelum ini. |
Batalkan Temujanji Saya | Untuk membatalkan temujanji anda, sila pastikan anda mengetahui butiran temujanji anda. Sesetengah transaksi tidak boleh dibatalkan dan anda perlu menghubungi Jabatan Imigresen masing-masing. |
Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) | Anda boleh mencari, menyemak dan mencetak sama ada temujanji anda telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen. Ini adalah untuk majikan di bawah program RTK. |
Manual Pengguna STO 2.0
Berikut pula adalah manual pengguna Sistem Temujanji Online (STO) 2.0 Jabatan Imigresen Malaysia.
- Pilih Menu Book My Appointment untuk mula membuat permohonan temujanji.
- Pilih Menu Search My Appointment untuk menyemak temujanji yang telah dibuat. Slip temujanji boleh dicetak.
- Pilih Menu Reschedule My Appointment untuk menyemak penjadualan semula temujanji.
- Pilih Menu Cancel My Appointment untuk membatalkan temujanji akan datang.
Cara Membuat Permohonan Temujanji
Untuk membuat temujanji, berikut merupakan langkah-langkahnya:
- Pilih Kategori Pemohon dari senarai. Kategori Pemohon akan menentukan perkhidmatan yang akan ditawarkan dan boleh dimohon oleh pemohon.
- Isi Nombor Pengenalan Diri Pemohon (Nombor MyKad untuk Warganegara dan Nombor Pasport untuk bukan Warganegara).
- Isikan Nama Penuh.
- Sila pilih Negeri bagi Jabatan Imigresen daripada senarai yang disediakan.
- Sila pilih Cawangan bagi Pejabat Imigresen daripada senarai yang disediakan.
- Pilih Perkhidmatan yang diperlukan untuk temujanji.
- Pilih Slot Pagi atau Slot Petang dari senarai mengikut Slot masa.
- Sila tunggu paparan senarai Tarikh yang ada kekosongan untuk tempoh 3 bulan akan datang.
- Pilih Tarikh dari senarai.
- Tekan butang Next untuk teruskan.
- Isi semua maklumat yang diperlukan seperti Alamat Pemohon, Bandar, Poskod, Negeri, Nombor Telefon, dan Alamat E-mel.
- Tekan butang Next untuk set temujanji.
- Sila baca Terma & Syarat, tandakan kotak untuk meneruskan proses, tekan butang Submit untuk melengkapkan permohonan temujanji.
Sila ambil perhatian! Jika pemberitahuan seperti berikut keluar!
Pemberitahuan | Maksudnya |
---|---|
Jika anda mempunyai temujanji lain. Sila batalkan sebelum anda memohon yang baru. | Berdasarkan semakan sistem, pemohon sudah mempunyai temu janji dengan jabatan pada masa hadapan. Jika pemohon perlu membuat pelantikan baharu, pemohon terpaksa membatalkan temujanji sebelumnya. |
Sila Hubungi Jabatan Imigresen Terdekat Anda untuk Maklumat Lanjut. | Berdasarkan semakan sistem, terdapat beberapa isu dengan pelantikan rekod anda sebelum ini. |
Semoga perkongsian info ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.