STR 2024: Jumlah Bayaran Bantuan & Tarikh Pembayaran
Berita baik untuk semua rakyat Malaysia! Sudahkah anda membuat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai Kerajaan ini?
Rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai permohonan STR 2024 dan tarikh pembayaran ke akaun penerima.
Isi Kandungan
Makluman Terkini Berkaitan STR 2024
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bagi tahun 2024, Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa peruntukan bagi STR akan dinaikkan sebanyak RM2 bilion menjadi RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun 2023.
Selain itu, kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula Januari 2024.
Jumlah ini merupakan sedikit peningkatan daripada jumlah RM3100 yang diberikan pada tahun 2023.
Syarat Kelayakan STR 2024
Bagi kategori isi rumah, pemohon perlu memenuhi semua syarat kelayakan berikut:
- PEMOHON
- Warganegara Malaysia.
- Ketua Keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah berjumlah RM5,000 dan ke bawah.
- PASANGAN
- Warganegara Malaysia (MyKad) ataupun memiliki pengenalan Malaysia (MyKAS / MyPR).
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyKAS / MyPR).
- ANAK
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuklah anak tidak sah taraf) ataupun anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja.
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKID / MyKad) sahaja.
- Tidak bekerja ataupun tiada punca pendapatan tidak melebihi 18 tahun atau 19 tahun sekiranya melanjutkan pengajian di IPTS atau IPTA.
Pemohon bujang pula layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
- Had umur adalah 21 hingga 59 tahun.
- Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA atau IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Manakala, untuk pemohon warga emas bujang / tiada pasangan (sebatang kara) pula perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan berjumlah RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.
Jumlah Bayaran STR 2024
Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR 2024 mengikut kategori untuk makluman semua penerima STR.
Kategori Penerima | Pendapatan | Bilangan Anak | Jumlah STR | Jumlah SARA | Jumlah Keseluruhan |
---|---|---|---|---|---|
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | 0 | RM 1,000 | RM 1,200 | RM 2,200 |
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | 1-2 | RM 1,500 | RM 1,200 | RM 2,700 |
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | 3-4 | RM 2,000 | RM 1,200 | RM 3,200 |
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | ≥ 5 | RM 2,500 | RM 1,200 | RM 3,700 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | 0 | RM 500 | RM 300 | RM 800 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | 1-2 | RM 750 | RM 300 | RM 1,050 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | 3-4 | RM 1,000 | RM 300 | RM 1,300 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | ≥ 5 | RM 1,250 | RM 300 | RM 1,550 |
Warga Emas Sebatang Kara | ≤ RM5,000 | – | RM 600 | RM 150 | RM 750 |
Bujang (21-59 Tahun) | – | – | RM 350 | RM 150 | RM 500 |
Bujang OKU (19-59 Tahun) | – | – | RM 350 | RM 150 | RM 500 |
Untuk makluman, mulai tahun 2024 penerima STR Bujang yang layak akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
Tarikh Permohonan & Pembayaran STR 2024
Penerima bantuan STR 2024 bagi kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan menerima bayaran STR 2024 dalam fasa seperti ketetapan jadual berikut.
Tarikh Hantar Borang | Tarikh Pembayaran | Kelayakan Fasa |
---|---|---|
1 November 2023 – 30 November 2023 | Februari / April / Ogos / November | Fasa 1, 2, 3 & 4 |
1 Disember 2023 – 29 Februari 2024 | April / Ogos / November | Fasa 2, 3 & 4 |
1 Mac 2024 – 30 Jun 2024 | Ogos / November | Fasa 3 & 4 |
1 Julai 2024 – 30 September 2024 | November | Fasa 4 |
Tarikh pembayaran STR 2024 ini juga tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Permohonan Baharu & Kemaskini Permohonan STR
Bagi mereka yang belum membuat permohonan atau kemaskini STR 2024, permohonan boleh dibuat pada Portal Rasmi STR 2024 dan boleh rujuk panduan pengguna untuk membuat permohonan baharu di bawah.
Sebarang maklumat lanjut atau bantuan berkaitan STR 2024 ini, sila rujuk Talian Bantuan Khas Kerajaan LHDNM dari semasa ke semasa.