STR Fasa 1 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 29 Januari 2024
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan pengkreditan STR Fasa 1 bagi tahun 2024 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.
Isi Kandungan
Pembayaran STR Fasa 1 Bagi Tahun 2024
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada 29 Januari 2024 secara berperingkat berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024.
STR pada tahun 2024 akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa kumpulan B40 dan M40.
Sila rujuk kenyataan media rasmi Kementerian Kewangan di bawah untuk dapatkan info yang lebih lanjut.
Kadar Bayaran STR Fasa 1
Kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima-penerima STR Fasa 1 bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:
Kategori | Jumlah Bayaran |
---|---|
Isi Rumah Berpendapatan <RM 2500 | RM 500 |
Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 – RM 5000 | RM 100 – RM 300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 100 |
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Jumlah Bayaran STR 2024 anda boleh rujuk DISINI.
Kaedah Pembayaran STR 2024
Pembayaran STR 2024 Fasa 1 mulai dibayar pada 29 Januari 2024 secara berperingkat.
Kaedah pembayaran adalah melalui
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan; atau
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagi yang mempunyai akaun bank, penerima akan menerima bayaran melalui pengkreditan ke akaun masing-masing mulai 29 Januari 2024 hingga 2 Februari 2024 secara berperingkat.
Bagi yang tiada akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak), bayaran secara tunai boleh dituntut di Bank Simpanan Malaysia (BSN) mulai tarikh yang sama, iaitu 29 Januari 2024. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan dan hanya wakil yang berdaftar dibenarkan untuk mewakili penerima bagi tujuan penunaian tersebut.
Penerima bayaran STR 2024 Fasa 1 merujuk kepada permohonan STR 2024 yang diterima dan berstatus Lulus.
Semakan Status Kelulusan STR 2024
Semakan status kelulusan STR bagi tahun 2024 dan jumlah bayaran yang akan diterima boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari Portal STR 2024.
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Tekan butang ‘Semakan Permohonan’.
- Status kelulusan akan dipaparkan sama ada Lulus atau Tidak Lulus.
Permohonan Rayuan STR 2024
Permohonan STR 2024 dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023 dan berikut adalah kategori permohonan yang dibuka sepanjang tempoh permohonan STR 2024, iaitu
- Pemohonan Baharu.
- Kemas Kini Permohonan.
- Permohonan Rayuan / Rayuan Tambahan.
- Perubahan Maklumat Asas Permohonan.
Justeru, kepada pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR 2024 dan ingin membuat Permohonan Semakan Semula (Rayuan), permohonan boleh dibuat mulai 29 Januari 2024 (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR 2024; atau
- Pemohon yang berstatus Lulus STR 2024 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Kaedah Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR
Terdapat 2 kaedah untuk membuat Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024, iaitu
- Secara Dalam Talian di Portal Rasmi STR; atau
- Secara Pengemukaan Borang Kertas ke Pejabat HASiL berdekatan.
Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Log Masuk Pada Menu MySTR > Permohonan Rayuan
Log masuk MySTR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MySTR bagi kaedah pendaftaran MySTR di Portal Rasmi STR.
Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.
Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam talian boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Dokumen sokongan diperlukan bergantung kepada Alasan Tidak Lulus STR 2024. Rujuk Soalan Lazim (FAQ) Rayuan MySTR di Portal Rasmi STR.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia di luar sana.