Sumber Rujukan Globalisasi Anda

STR Fasa 1 2025 Mula Dibayar Hari Ini Kepada Rakyat Malaysia

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan pengkreditan STR Fasa 1 2025 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Pembayaran STR Fasa 1 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2025 adalah pada 22 Januari 2025 (Rabu) secara berperingkat.

STR Fasa 1 2025 Mula Dibayar Hari Ini Kepada Rakyat Malaysia 1

STR dan SARA pada tahun 2025 akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa kumpulan B40 dan M40.

Kadar maksimum untuk isi rumah terima STR dan SARA naik 25% kepada RM4,600 tahun ini berbanding RM3,700 pada tahun lalu.

Manakala, kadar minimum untuk golongan bujang juga naik 20% kepada RM600 daripada RM500 pada tahun lalu.

Kadar Bayaran STR Fasa 1 2025

Kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima-penerima STR Fasa 1 bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:

KategoriJumlah Bayaran
Isi Rumah Berpendapatan <RM 2500RM 500
Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 – RM 5000RM 100 – RM 300
Warga Emas Tiada PasanganRM 150
Bujang RM 150

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Jumlah Bayaran STR 2025, anda boleh rujuk DISINI.

Kaedah Pembayaran STR 2025

Pembayaran STR Fasa 1 2025 mulai dibayar pada 22 Januari 2025 secara berperingkat.

 Kaedah pembayaran adalah melalui

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan; atau
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi yang mempunyai akaun bank, penerima akan menerima bayaran melalui pengkreditan ke akaun masing-masing mulai 22 Januari 2025 hingga 28 Januari 2025 secara berperingkat.

Bagi yang tiada akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak), bayaran secara tunai boleh dituntut di Bank Simpanan Malaysia (BSN) mulai tarikh yang sama, iaitu 22 Januari 2025. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan dan hanya wakil yang berdaftar dibenarkan untuk mewakili penerima bagi tujuan penunaian tersebut.

STR Fasa 1 2025 Mula Dibayar Hari Ini Kepada Rakyat Malaysia 2

Semakan Status Kelulusan STR 2025

Semakan status kelulusan STR bagi tahun 2025 dan jumlah bayaran yang akan diterima boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal STR.
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Tekan butang ‘Semakan Permohonan’.
  4. Status kelulusan akan dipaparkan sama ada Lulus atau Tidak Lulus.

Penerima bayaran STR Fasa 1 2025 merujuk kepada permohonan STR 2025 yang diterima dan berstatus Lulus.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan STR Fasa 1 2025 ini, sila rujuk pautan-pautan berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More