STR Fasa 2 2025 Dibayar Mulai 24 Mac Kepada Rakyat Malaysia

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan pengkreditan STR Fasa 2 2025 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.
Isi Kandungan [show]
Pembayaran STR Fasa 2 2025
Menurut siaran media Kementerian Kewangan, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 2 2025 akan dikreditkan kepada semua penerima sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, iaitu mulai 24 Mac 2025 (Isnin) secara berperingkat.

Kadar Bayaran STR Fasa 2 2025
Kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima-penerima STR Fasa 2 bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:
Kategori | Jumlah Bayaran |
---|---|
Isi Rumah Berpendapatan <RM 2500 | RM 150 – RM 650 |
Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 – RM 5000 | RM 100 – RM 300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.
Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR adalah seperti berikut:
- Bagi kategori Isi Rumah Berpendapatan <RM 2500 (Tiada Had Umur)
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|---|
0 | RM 1,000 | RM 500 | RM 150 | ** | ** |
1 – 2 | RM 1,500 | RM 500 | RM 300 | ** | ** |
3 – 4 | RM 2,000 | RM 500 | RM 500 | ** | ** |
≥5 | RM 2,500 | RM 500 | RM 650 | ** | ** |
- Bagi kategori Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 – RM 5000 (Tiada Had Umur)
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|---|
0 | RM 500 | RM 150 | RM 100 | ** | ** |
1 – 2 | RM 750 | RM 150 | RM 200 | ** | ** |
3 – 4 | RM 1,000 | RM 250 | RM 250 | ** | ** |
≥5 | RM 1,250 | RM 300 | RM 300 | ** | ** |
- Bagi kategori Bujang Berpendapatan <RM 2500 (Berumur 21 – 59 Tahun / OKU Berumur 19 – 59 Tahun)
Kelayakan Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|
RM 600 | RM 150 | RM 150 | ** | ** |
- Bagi kategori Warga Emas Tiada Pasangan <RM 5000 (Berumur 60 Tahun Dan Keatas)
Kelayakan Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|
RM 600 | RM 150 | RM 150 | ** | ** |
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jumlah Bayaran STR 2025, anda boleh rujuk DISINI.
Kaedah Pembayaran STR 2025
Pembayaran STR Fasa 2 2025 mulai dibayar pada 24 Mac 2025 secara berperingkat.
Kaedah pembayaran adalah melalui
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan; atau
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagi yang mempunyai akaun bank, penerima akan menerima bayaran melalui pengkreditan ke akaun masing-masing mulai 24 Mac 2025 secara berperingkat.
Bagi yang tiada akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak), bayaran secara tunai boleh dituntut di Bank Simpanan Malaysia (BSN) mulai tarikh yang sama, iaitu 24 Mac 2025. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan dan hanya wakil yang berdaftar dibenarkan untuk mewakili penerima bagi tujuan penunaian tersebut.

Semakan Status Kelulusan STR 2025
Semakan status kelulusan STR bagi tahun 2025 dan jumlah bayaran yang akan diterima boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari Portal STR.
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Tekan butang ‘Semakan Permohonan’.
- Status kelulusan akan dipaparkan sama ada Lulus atau Tidak Lulus.
Penerima bayaran STR Fasa 2 merujuk kepada penerima STR Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Januari 2025.
Bagi Permohonan Baharu dan Rayuan STR 2025 Fasa 2, semakan status dan pembayaran akan dilakukan pada April 2025 (tertakluk kepada pemakluman dari semasa ke semasa).
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan STR Fasa 2 2025 ini, sila rujuk pautan-pautan berikut:
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!