STR Fasa 3 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 29 Ogos 2024
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan pengkreditan STR Fasa 3 bagi tahun 2024 yang telah diumumkan untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.
Isi Kandungan
Makluman Pembayaran STR Fasa 3 Bagi Tahun 2024
Kementerian Kewangan akan membuat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mulai pada 29 Ogos 2024 kepada semua penerima yang berdaftar menerusi pangkalan data bantuan berkenaan.
Perkara ini dimaklumkan melalui siaran media rasmi yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 23 Ogos 2024 (Jumaat).
Sila rujuk kenyataan media rasmi Kementerian Kewangan di bawah untuk dapatkan info yang lebih lanjut.
Kadar Bayaran STR Fasa 3
Kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima-penerima STR Fasa 3 bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:
Kategori | Jumlah Bayaran |
---|---|
Isi Rumah Berpendapatan <RM 2500 | RM 150 – RM 650 |
Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 – RM 5000 | RM 150 – RM 300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 50 |
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Jumlah Bayaran STR 2024 anda boleh rujuk DISINI.
Kaedah Pembayaran STR Fasa 3 2024
Pembayaran STR 2024 Fasa 3 mulai dibayar pada 29 Ogos 2024 secara berperingkat.
Kaedah pembayaran adalah melalui
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan; atau
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagi penerima sedia ada, pengkreditan bayaran ke akaun masing-masing & bayaran secara tunai (termasuk di Sabah & Sarawak) adalah mulai 29 Ogos 2024 manakala bagi penerima baharu / rayuan, bayaran akan dikreditkan dan dibayar mulai 18 September 2024.
Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan dan hanya wakil yang berdaftar dibenarkan untuk mewakili penerima bagi tujuan penunaian tersebut.
Semakan Status Kelulusan STR Fasa 3 Tahun 2024
Semakan status kelulusan STR bagi tahun 2024 dan jumlah bayaran yang akan diterima boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari Portal STR 2024.
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Tekan butang ‘Semakan Permohonan’.
- Status kelulusan akan dipaparkan sama ada Lulus atau Tidak Lulus.
Penerima bayaran STR 2024 Fasa 3 merujuk kepada permohonan STR 2024 yang diterima dan berstatus Lulus.
Anda juga boleh merujuk infografik di bawah untuk membuat semakan status kelulusan STR Fasa 3 yang akan dibayar.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan STR Fasa 3 ini, sila rujuk pautan-pautan berikut:
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!