Sumber Rujukan Globalisasi Anda

STR Fasa 4 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 7 November 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan pengkreditan STR Fasa 4 bagi tahun 2024 yang telah diumumkan untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Makluman Pembayaran STR Fasa 4 Bagi Tahun 2024

Kementerian Kewangan akan membuat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 mulai pada 7 November 2024 kepada semua penerima yang berdaftar menerusi pangkalan data bantuan berkenaan.

Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri melalui Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan pada 18 Oktober baru-baru ini.

STR Fasa 4 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 7 November 2024 1
STR Fasa 4 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 7 November 2024 2
Sumber: Belanjawan 2025

Kadar Bayaran STR Fasa 4

Kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima-penerima STR Fasa 4 bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

KategoriJumlah Bayaran
Isi RumahRM 150 – RM 700
Warga Emas Tiada PasanganRM 150
Bujang RM 100

Bagi kategori isi rumah, berikut adalah jumlah bayaran yang lebih terperinci:

Isi RumahBilangan AnakJumlah Bayaran
≤ RM 2,5000RM 200
≤ RM 2,5001 – 2RM 350
≤ RM 2,5003 – 4RM 500
≤ RM 2,500≥ 5RM 700
RM 2,501 – RM 5,0000RM 150
RM 2,501 – RM 5,0001 – 2RM 200
RM 2,501 – RM 5,0003 – 4RM 250
RM 2,501 – RM 5,000≥ 5RM 350
STR Fasa 4 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 7 November 2024 3

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Jumlah Bayaran STR 2024 anda boleh rujuk DISINI.

Kaedah Pembayaran STR Fasa 4

Pembayaran STR 2024 Fasa 4 mulai dibayar pada 7 November 2024 secara berperingkat.

 Kaedah pembayaran adalah melalui

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan; atau
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan dan hanya wakil yang berdaftar dibenarkan untuk mewakili penerima bagi tujuan penunaian tersebut.

Notis terkini daripada BSN akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semakan Status Kelulusan STR Fasa 4 Tahun 2024

Semakan status kelulusan STR bagi tahun 2024 dan jumlah bayaran yang akan diterima boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal STR 2024.
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Tekan butang ‘Semakan Permohonan’.
  4. Status kelulusan akan dipaparkan sama ada Lulus atau Tidak Lulus.

Penerima bayaran STR 2024 Fasa 4 merujuk kepada permohonan STR 2024 yang diterima dan berstatus Lulus.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan STR Fasa 4 ini, sila rujuk pautan-pautan berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More