Strok Haba: 10 Info Penting Wajib Anda Tahu!
Strok haba atau heat stroke adalah keadaan badan yang panas sangat. Ia berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat (41 darjah celcius atau lebih) akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal.
Ia bertepatan dengan kita sekarang yang sedang mengalami cuaca panas luar biasa dan dijangka keadaan ini berterusan sehingga bulan Jun akan datang. Malah, ada beberapa pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 28 kes penyakit berkaitan cuaca panas membabitkan 19 kes kelesuan haba dan 9 kes strok haba serta satu kematian dilaporkan setakat 25 Mac 2024. KKM mencadangkan supaya persekolahan ditutup buat sementara waktu ekoran keadaan cuaca yang sangat panas sekarang ini. Hal ini kerana risau jika ada pelajar yang mengalami strok haba nanti.
Strok haba ini sangat bahaya kerana boleh membahayakan nyawa hingga membawa kepada kematian. Terbaharu, seorang mangsa strok haba meninggal dunia dilaporkan di negeri Pahang. Innalillahiwainnailaihirajiun.
Isi Kandungan
10 Info Penting Berkenaan Strok Haba
Apa kata jom kita tengok apakah 10 info penting yang wajib diketahui bagi mengelakkan strok haba pada musim panas kali ni yang kebanyakkannya dikongsi oleh MyHealth.my, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).
1. Maksud Strok Haba
Strok haba atau heat stroke adalah keadaan badan yang panas sangat. Ia berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat (41 darjah celcius atau lebih) akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal.
2. Punca dan Sebab
Strok haba berlaku apabila badan tidak dapat menyesuaikan diri dengan suhu persekitaran yang tinggi. Ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada suhu yang tinggi dan keadaan lembap dalam tempoh yang lama, atau apabila aktiviti fizikal yang tinggi dilakukan dalam keadaan panas yang terik. Ia mengakibatkan kekurangan air dan garam galian dalam badan dalam jumlah yang banyak.
3. Tanda dan Gejala
- Peningkatan suhu badan secara mendadak (41°C)
- Denyutan jantung menjadi cepat
- Pernafasan cepat dan pendek
- Tekanan darah menurun
- Badan kering dan panas
- Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
- Rasa kepala berpusing
- Pening
- Rasa mual
- Sawan atau pengsan
4. Rawatan
Rawatan di tempat kejadian :
- Alihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin.
- Sejukkan mangsa dengan kain yang lembap atau siram dengan air sejuk.
- Berikan udara segar, halakan kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar.
- Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.
- Dapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.
Rawatan di hospital :
- Mangsa akan diperiksa kadar denyutan nadi, tekanan darah, kadar pernafasan dan tahap kesedaran.
- Sekiranya mangsa mengalami renjatan, rawatan khusus akan diberikan.
- Penyiasatan darah dan lain-lain penyiasatan berkaitan akan dilakukan jika ada keperluan.
5. Pencegahan
- Jangan lakukan aktiviti fizikal apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan di bawah sinaran matahari yang berpanjangan.
- Banyakkan minum air kosong 3-4 liter sehari
- Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
6. Beza Kelesuan Haba dan Strok Haba
KELESUAN HABA | STROK HABA |
Suhu badan 37C hingga 40C | Suhu badan melebihi 40C |
Jantung berdegup laju | Fungsi otak terjejas |
Pening atau sakit kepala | Hilang fokus atau kekeliruan |
Loya atau muntah | Percakapan yang tidak jelas |
Letih dan lemah | Sawan |
Berpeluh | Tidak berpeluh |
Koma |
7. Tahap Pemantauan Suhu Cuaca
Ada 4 tahap pemantau suhu cuaca seperti yang tertera pada poster di bawah. Minimun atau suhu normal adalah 35C dan maksimun iaitu terlampau panas suhu boleh mencecah lebih 40C.
8. Elakkan Strok Haba
erikut adalah tips bagi mengelakkan terkena strok haba.
- Minum air kosong secukupnya. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
- Kurangkan aktiviti di luar rumah yang boleh terdedah pada cahaya matahari.
- Kurangkan pengambilan minuman berkafein, alkohol dan bergula.
- Gunakan penghawa dingin atau kipas untuk sejukkan badan. oleh juga kerapkan mandi.
- Pakai pakaian yang longgar, ringan dan berwarna terang. Juga penting untuk memakai baju jenis kain menyerap peluh.
- Jika perlu keluar rumah, pastikan lindungi diri dari cahaya matahari dengan payung atau topi.
9. Lindungi anak
Ibu bapa perlu sentiasa pastikan keadaan suhu badan anak. Ambil perhatian jika suhu badan anak tinggi, demam atau menunjukkan slaah satu gejala strok haba.
Jangan biarkan anak bermain di luar rumah pada musim panas. Pastikan anak mendapat perlindungan secukupnya agar terhindar dari strok haba. Antara tempat yang perlu dielakan anak pergi dan lakukan adalah:
- Taman permainan
- Padang bola
- berbasikal di taman
- Jogging
- Marathon
- Bersukan
10. Pastikan Lindungi Anak
Sekarang ini ramai anak-anak yang struggle kerana cuaca panas dalam bulan puasa. Anak-anak sekolah dan berpuasa pada masa yang sama dalam keadaan cuaca pastikan. Ini antara tips buat ibu ayah supaya anak sentiasa sihat.
- Bagi anak berumur di bawah 10 tahun, jangan paksa mereka puasa. Jika anak beritahu tidak larat, benarkan anak berbuka dengan minum air secukupnya dan makan.
- Sentiasa pesan pada anak untuk jaga kesihatan semasa di sekolah. Elakkan bermain di padang bersama rakan.
- ekalkan air minuman yang mencukupi pada anak. Air kosong mesti diminum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
- Sentiasa tanya keadaan anak. Pesan pada anak sekiranya badan rasa tidak selesa, tak sedap badan atau rasa nak demam, cepat-cepat beritahu ibu ayah.
- Jangan lengahkan hantar anak ke klinik atau hospital jika anak tidak sihat.