Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sujud Sajadah / Tilawah: Bacaan, Hukum & Tatacara

Berikut dikongsikan sedikit info mengenai bacaan, hukum dan tatacara untuk melakukan sujud sajadah yang mungkin ramai lagi tidak mengetahuinya.

Isi Kandungan

Apa Itu Sujud Sajadah?

Sujud sajadah atau sujud tilawah adalah merupakan sujud yang dilakukan ketika seseorang itu membaca atau mendengar ayat sajadah.

Sujud sajadah membawa definisi yang sama dengan sujud tilawah.

Akan tetapi perbezaan antara keduanya adalah sujud sajadah dilakukan di dalam solat, manakala sujud tilawah dilakukan di luar solat.

Amalan ini berdasarkan perbuatan Nabi Muhammad SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA, beliau berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ، فَيَقْرَأُ سُورَةً فِيهَا سَجْدَةٌ، فَيَسْجُدُ وَنَسْجُدُ مَعَهُ، حَتَّى مَا يَجِدُ بَعْضُنَا مَوْضِعًا لِمَكَانِ جَبْهَتِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW ketika membaca Al-Quran dan baginda membaca surah yang terdapat padanya ayat sajadah, maka Baginda bersujud dan kami turut bersujud bersamanya sehingga tiada bagi kami tempat untuk sujud.”

Hadis Riwayat Muslim

Terdapat beberapa tempat dalam Al-Quran yang diperintahkan kepada kita untuk sujud tilawah atau jika dalam solat disebut sebagai sujud sajadah. Antaranya adalah pada:

  • Surah Al-A’raf ayat 206
  • Surah Al-Ra’d, ayat 15
  • Surah Al-Nahl, ayat 49-50
  • Surah Al-Isra’, ayat 109
  • Surah Maryam, ayat 58
  • Surah Al-Hajj, ayat 18
  • Surah Al-Hajj, ayat 77
  • Surah Al-Furqan, ayat 60
  • Surah Al-Naml, ayat 25-26
  • Surah Al-Sajdah, ayat 15
  • Surah Fussilat, ayat 38
  • Surah Al-Najm, ayat 62
  • Surah Al-Insyiqaq, ayat 21
  • Surah Al-’Alaq, ayat 19
Sujud Sajadah / Tilawah: Bacaan, Hukum & Tatacara 1

Manakala dalam sujud sajadah ketika bacaan surah Al-Sajadah pada solat Subuh hari Jumaat adalah sebagai mana riwayat daripada Abu Hurairah R.A, katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الجُمُعَةِ فِي صَلاَةِ الفَجْرِ الم تَنْزِيلُ السَّجْدَةُ وَهَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَانِ

Maksudnya: “Biasanya Nabi Muhammad SAW membaca pada solat Subuh pada hari Jumaat, “الم تَنْزِيلُ” (iaitu Surah Al-Sajadah) dan “هَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَانِ” (iaitu Surah Al-Insan).”

Riwayat Al-Bukhari

Sujud Sajadah / Tilawah: Bacaan, Hukum & Tatacara 2

Bacaan Sujud Sajadah / Tilawah

Sujud tilawah adalah sunat bagi orang yang membaca ayat Al-Quran yang mengandungi perkataan sajadah sama ada semasa di dalam solat atau di luarnya.

Begitu juga bagi orang yang mendengarnya semasa di luar solat. 

Imam Al-Nawawi berkata bahawa disunatkan untuk membaca ketika sujud (tilawah dan sajadah) dengan lafaz:

سَجَدَ وَجْهِي لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ، بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ

Maksudnya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah SWT) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatan-Nya, maka Maha Berkat (serta Maha Tinggilah Kelebihan) Allah SWT, sebaik-baik Pencipta.”

Dan dia melafazkan:

اللَّهُمَّ اكْتُبْ لِي بِهَا عِنْدَكَ أَجْرًا، وَاجْعَلْهَا لِي عِنْدَكَ ذُخْرًا، وَضَعْ عَنِّي بِهَا وِزْرًا، وَاقْبَلْهَا مِنِّي، كَمَا قَبِلْتَهَا مِنْ عَبْدِكِ دَاوُدَ

Maksudnya: “Ya Allah, tuliskan bagiku dengan sujud ini pahala dan jadikanlah sujud ini berharga (di sisi-Mu) dan hindarkanlah daripadaku dosa dengannya dan terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau menerima sujud hamba-Mu Dawud.”

Sujud Sajadah / Tilawah: Bacaan, Hukum & Tatacara 3

Hukum Sujud Sajadah

Hukum melakukan sujud sajadah ini adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut.

Walau bagaimanapun, hukum mengerjakan sujud tilawah ketika membaca atau mendengar ayat sajadah adalah sunat dan tidak berdosa bagi orang yang membaca dan mendengar ayat tersebut dan tidak mengerjakan sujud berkenaan sama ada secara sengaja ataupun tidak.

Tatacara Melaksanakan Sujud Sajadah

Ketika solat, apabila selesai membaca ayat Al-Quran yang disunatkan sujud sajadah, maka disunatkan untuk terus sujud dan membaca tasbih / bacaan sujud sajadah. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Mengucapkan takbir. 
  2. Sujud sebanyak sekali dan membaca bacaan sujud sajadah 
  3. Mengucapkan takbir ketika bangun daripada sujud. 
  4. Selesai melakukan sujud, kembali berdiri tegak dan meneruskan solat. 
Sujud Sajadah / Tilawah: Bacaan, Hukum & Tatacara 4

Ketika diluar solat, anda perlu menghadap kiblat, mengucapkan takbir dan membaca niat seperti berikut:

Sujud Sajadah / Tilawah: Bacaan, Hukum & Tatacara 5
Rumi: “Nawaitu sajdata tilawati sunnatan lillahi ta’ala”
Maksudnya: “Aku berniat sujud tilawah sunnah kerana Allah Ta’ala.” 

Seterusnya, sujud sebanyak satu (1) kali seperti sujud di dalam solat. Kemudian, duduk dengan membaca takbir dan diakhiri dengan memberi salam.

Mengikut hadis Imam Bukhari, sujud ini tidak perlu didahului dengan berwuduk dan menukar pakaian yang bersih. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud:

“Bahwasanya Ibnu Umar melakukan sujud tilawah (di luar salat) tidak berwudhu lebih dahulu.”

Hadis Riwayat Bukhari 

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana.

Artikel Berkaitan: Kaedah Betul Bacaan Yasin 41.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More