Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sukan Olimpik Paris 2024: Jadual Acara & Pingat Terkini

Berikut adalah info mengenai tarikh, jadual acara, senarai atlet Malaysia dan pingat terkini yang telah dikumpulkan pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Isi Kandungan

Sukan Olimpik Paris 2024

Olimpik Musim Panas 2024, secara rasminya Sukan Olimpik XXXIII dan secara rasmi dijenamakan sebagai Paris 2024, ialah acara pelbagai sukan antarabangsa yang berlangsung dari 24 Julai 2024 sehingga 11 Ogos 2024 di Perancis, dengan majlis perasmian telah berlangsung pada 26 Julai 2024.

Paris ialah bandar tuan rumah, dengan acara diadakan di 16 bandar tambahan yang tersebar di Metropolitan Perancis, dan satu tapak kecil di Tahiti, Polinesia Perancis.

Sukan Olimpik Paris 2024: Jadual Acara & Pingat Terkini 1

Senarai Atlet Malaysia & Acara Sukan

Berikut merupakan senarai atlet-atlet Malaysia yang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 dalam pelbagai acara sukan yang akan dipertandingkan:

Atlet MalaysiaAcara Sukan
Bertrand Rhodict LisesTerjun (Men’s 10m Platform) – Debut
Nur Dhabitah SabriTerjun (Women’s 3m Springboard)
Khiew Hoe YeanRenang (Men’s 400m Freestyle) – Debut
Tan RuoxinRenang (Women’s 100m Breaststroke) – Debut
Nur Shazrin Mohamad LatifSukan Pelayaran (ILCA 6)
Khairulnizam Mohd AfendySukan Pelayaran (ILCA 7)
Jonathan WongMenembak (10m Air Pistol)
Ariana Nur DaniaMemanah (Women’s Individual and Women’s Team) – Debut
Syaqiera MashayikhMemanah (Women’s Team)
Nurul Azreena Mohamad FazilMemanah (Women’s Team) – Debut
Nur Aisyah Mohamad ZubirBerbasikal (Road) – Debut
Dato’ Azizulhasni AwangBerbasikal (Sprint and Keirin)
Muhammad Shah Firdaus SahromBerbasikal (Sprint and Keirin)
Nurul Izzah Izzati Mohd AsriBerbasikal (Sprint and Keirin)
Mohamad Aniq KasdanAngkat Berat (Men’s 61kg) – Debut
Aaron Chia and Soh Wooi YikBadminton Men’s Doubles
Pearly Tan and Thinaah MuralitharanBadminton Women’s Doubles – Debut
Chen Tang Jie and Toh Ee WeiBadminton Mixed Doubles – Debut
Goh Jin WeiBadminton Women’s Singles – Debut
Lee Zii JiaBadminton Men’s Singles
Gavin Kyle GreenMen’s Golf (Men’s Golf)
Ashley Lau Jen WenWomen’s Golf (Women’s Golf) – Debut
Azeem FahmiMen’s 100m Olahraga

Jadual Sukan Olimpik Paris 2024

Berikut adalah jadual terkini (5 & 6 Ogos 2024) bagi semua acara yang akan berlangsung pada Sukan Olimpik Paris 2024:

Sukan Olimpik Paris 2024: Jadual Acara & Pingat Terkini 2
Sukan Olimpik Paris 2024: Jadual Acara & Pingat Terkini 3
Sukan Olimpik Paris 2024: Jadual Acara & Pingat Terkini 4

Untuk dapatkan jadual terkini dan keseluruhan Sukan Olimpik Paris 2024, boleh lihat DISINI.

Keputusan & Pingat Terkini

Setakat 5 Ogos 2024, Malaysia kini berada pada tangga ke-61 pada Sukan Olimpik Paris 2024 dan terikat dengan 10 negara lain, termasuklah Indonesia dan Portugal. 

Malaysia kini telah memperoleh 1 pingat gangsa pertama daripada acara Badminton Beregu Lelaki (Aaron Chia dan Soh Wooi Yik). Tahniah, Malaysiaku!

Sukan Olimpik Paris 2024: Jadual Acara & Pingat Terkini 5
Sukan Olimpik Paris 2024: Jadual Acara & Pingat Terkini 6

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Dapatkan Liputan Secara Langsung!

Teruskan menyokong atlet Malaysia dalam semua acara yang masih dan akan berlangsung daripada liputan langsung Sukan Olimpik Paris 2024 di @sookamalaysia & @astromalaysia.

Sukan Olimpik Paris 2024: Jadual Acara & Pingat Terkini 7

Ayuh, teruskan sokongan anda untuk atlet-atlet negara kita yang sedang berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024 ini!

Dengan semangat patriotik yang sentiasa membara, ayuh kita berjuang bersama mereka. Selamat berjuang, Malaysiaku!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More