Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, YDPA Ke-17

Berikut adalah tarikh-tarikh penting istiadat pertabalan YDPA ke-17, iaitu Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar.

Isi Kandungan

Biodata Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar

Berikut adalah biodata ringkas Yang Di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar.

Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, YDPA Ke-17 1
Nama DirajaSultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar
KeputeraanDiputerakan Pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu, Johor, Malaya
Pasangan DirajaRaja Zarith Sofiah
Anak Diraja1. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar (Diputerakan Pada 30 Jun 1984)
2. Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah (Diputerakan Pada 8 April 1986)
3. Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (Diputerakan Pada 25 Disember 1987)
4. Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail (5 Julai 1990 – 5 Disember 2015)
5. Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri (Diputerakan Pada 5 Februari 1993
6. Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim (Diputerakan Pada 30 Mei 2001)
Tarikh Pemerintahan Sebagai Tunku Mahkota Johor3 Julai 1981 – 23 Januari 2010
Tarikh Pemerintahan Sebagai Sultan Johor23 Januari 2010 – Kini
Tarikh Mula Pemerintahan Sebagai YPDA ke-1731 Januari 2024
Tarikh Istiadat Pertabalan20 Julai 2024

Tarikh Penting Istiadat Pertabalan 2024

Berikut adalah tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, YDPA Ke-17 2
Tarikh / Masa / HariAktiviti
18 Julai 2024 – KhamisMajlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
19 Julai 2024 – JumaatBacaan Khutbah Jumaat khas yang memberikan penjelasan serta peringatan kepada umat Islam mengenai kepentingan Institusi Raja Berperlembagaan.
20 Julai 2024 – Sabtu
(10.00 Pagi)
Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, Kuala Lumpur.
20 Julai 2024 – Sabtu
(8.30 Malam)
Majlis Santapan Diraja di Istana Negara, Kuala Lumpur.
23 Julai 2024 – SelasaRaja Permaisuri Agong berangkat melawat Hospital Orang Asli Gombak, Selangor.
25 Julai 2024 – KhamisPameran Raja Kita di Muzium Negara, Kuala Lumpur.
27 Julai 2024 – SabtuAcara Istiadat Pertabalan akan ditutup dengan Jamuan Teh Diraja di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, YDPA Ke-17 3

Daulat Tuanku! Menjunjung kasih Tuanku. Allah Peliharakan Sultan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More