Belanjawan 2024: Sumbangan STR Dan SARA
Sumbangan STR Dan SARA bagi tahun 2024 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbentangan Belanjawan 2024 pada jumaat, baru-baru ini.
Katanya, manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluaskan kepada 700 ribu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit
Isi Kandungan
Sumbangan STR Dan SARA
Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.
Dalam Belanjawan 2023, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan SARA tambahan RM600.
Manakala dalam Belanjawan 2024, bantuan ini akan diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100 sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama, iaitu melalui MyKad.
Apakah Sumbangan STR Dan SARA?
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan akan memberikan sumbangan STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk
- Bakul Makanan, dan
- Baucer Makanan Asas bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.
Sila rujuk siaran media daripada Kementerian Kewangan di bawah untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan Sumbangan STR Dan SARA ini.
Berikut pula dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan STR Dan SARA bagi tahun 2023 serta kategori penerima yang layak.
Terkini Belanjawan 2024: Bantuan SARA 2024
Dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini, kerajaan telah memutuskan untuk meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
Sebelum ini penerima bantuan SARA hanya diberikan bantuan ini selama 6 bulan sahaja. Namun pada tahun 2024, penerima akan mendapat bantuan ini selama 12 bulan.
Bantuan ini berupa barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) dengan kadar RM100 setiap bulan kepada isi rumah penerima STR termiskin (miskin tegar) mengikut data eKasih yang disalurkan dalam MyKad bagi membeli keperluan asas di kedai runcit terpilih.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan Belanjawan 2024 mengumumkan tempoh dan kadar baharu Bantuan SARA 2024 ini mengambil kira maklum balas yang amat baik, kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
Maklumat lanjut berkaitan ini akan menyusul kemudian.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan Sumbangan STR Dan SARA ini, anda boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR dan untuk SOALAN LAZIM berkaitan sila rujuk semua pautan dibawah.
Diharapkan info terkini tentang Sumbangan STR Dan SARA ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya untuk semua rakyat Malaysia.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.