Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kelebihan Sunat Laser & Panduan Penjagaan Untuk Ibu Bapa

Berikut dikongsikan sedikit info tentang panduan mudah penjagaan sunat laser yang mungkin ramai lagi ibu bapa di luar sana yang tidak tahu.

Isi Kandungan

Apa Itu Sunat Laser?

Sunat laser ialah satu kaedah konvensional yang menggantikan pisau dan gunting dalam dunia sunat.

Sunat laser menggunakan kaedah diathermy di mana hujung kauteri dipanaskan dan memotong lebihan kulit kulup yang telah dikepit dengan “clamp” dan pada masa yang sama, laser ini juga mematikan saluran darah di zakar.

Sunat laser adalah kaedah sunat / berkhatan yang menggunakan kauteri untuk prosedur bersih, cepat dan kurang menyakitkan dan ia mempunyai kelebihan seperti masa penyembuhan yang lebih singkat, pendarahan yang minimal dan risiko yang rendah.

Kelebihan Sunat Laser & Panduan Penjagaan Untuk Ibu Bapa 1

Kelebihan Sunat Laser

Berikut adalah antara kelebihan sunat laser, iaitu:

  1. Prosedur sunat yang cepat, hanya mengambil masa sekitar 20 hingga 30 minit.
  2. Risiko pendarahan yang rendah.
  3. Kurang rasa sakit berbanding cara sunat / berkhatan tradisional.
  4. Hasil yang lebih rapi dan cantik, dan parut yang halus.
  5. Risiko jangkitan yang rendah berbanding cara sunat / berkhatan tradisional.
  6. Kos sunat yang lebih rendah berbanding kaedah sunat / berkhatan cara moden yang lain.

Cara Penjagaan Sunat Laser

Cara penjagaan sunat laser tidaklah susah kerana ibu bapa hanya perlu menitik beratkan dan menjaga luka jahitan untuk hindari daripada berlaku sebarang jangkitan pada anak anda sepanjang tempoh penyembuhan.

24 – 48 Jam Pertama Selepas Selesai Sunat Laser – Pastikan luka dan balutan tidak basah atau terkena air sepanjang 24 – 48 jam pertama.
– Berikan ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor sejurus selepas prosedur sunat. Hal ini kerana ubat bius setempat hanya bertahan sehingga setengah jam sahaja dan akan hilang.
– Galakkan anak untuk berbaring sahaja dalam tempoh 24 jam, kecuali untuk ke tandas atau solat.
– Buka balutan hanya selepas 48 jam (jika ada), walaupun kain balutan masih kering.
– Boleh mandi selepas 24 jam dan biarkan air mengalir pada kawasan luka. Keringkan sejurus selepas mandi.
– Pastikan hujung kemaluan dibasuh dengan bersih selepas kencing.
Sepanjang Tempoh Penyembuhan (1 – 7 Hari)– Anda boleh membuka balutan anak selepas 48 jam dan boleh meminta klinik atau hospital bukakan sekiranya anda tidak yakin.
– Pada hari ketiga, kebiasaannya luka sudah mula mengering dan benang jahitan sudah mula tertanggal. Tetapi ini juga bergantung pada keadaan anak anda.
– Cuci luka selepas balutan dibuka menggunakan gauze atau cotton bud dan air suam.
– Keringkan kawasan luka dengan menghalakan kipas pada kawasan luka sunat, atau menggunakan pengering rambut yang ditetapkan pada suhu biasa.
– Sapukan ubat anti-bakteria pada luka sunat anak sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sehari. Anda juga boleh menyapu ubat setiap kali selepas mandi.
– Anak anda dibenarkan mandi selepas 24 jam, namun elakkan daripada menggunakan sabun pada kawasan luka sunat sepanjang tempoh penyembuhan.
– Pakaikan pakaian yang longgar ataupun kain pelikat untuk mengurangkan tekanan di bawah, serta memberi ruang untuk penyembuhan yang cepat.
– Sekiranya luka anak berdarah, jangan risau! Itu adalah perkara yang normal. Tekap dan tekan luka tersebut dengan gauze atau cotton bud selama 10 hingga 20 minit sehingga ia berhenti. Jika darah masih mengalir, disarankan datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut.
– Bengkak di sekitar kawasan sunat atau bentan adalah normal selepas berkhatan. Tetapi, sekiranya kawasan bengkak kelihatan terlalu besar, bertukar warna merah atau diikuti rasa sakit dan demam, segeralah membawa anak anda berjumpa doktor untuk mengelakkan jangkitan.

Perkara Perlu Elak Selepas Sunat

Berikut adalah perkara-perkara yang anak anda perlu elakkan selepas bersunat, antaranya adalah:

  • Elakkan daripada melakukan aktiviti sukan seperti bola sepak dan berlari.
  • Elakkan daripada melakukan aktiviti berenang untuk biarkan luka kering sepenuhnya.
  • Jangan mudah terpedaya dengan rawatan DIY tanpa nasihat doktor, kerana ia mungkin dapat menyebabkan luka anak anda makin memburuk.

Secara umumnya, luka akan sembuh sepenuhnya dalam masa dua (2) minggu dan anak anda boleh kembali ke sekolah atau membuat aktiviti seperti biasa dalam masa 5 hingga 7 hari bergantung pada penyembuhan pada luka setiap individu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More