Surat Permohonan Beroperasi Syarikat PKP (1-14 Jun 2021)
CARA DAFTAR CIMS 3.0 & DAPATKAN SURAT PERMOHONAN BEROPERASI MITI (1-14 JUN 2021)
Berkuat kuasa 8 malam Ahad, 30 Mei, 2021 syarikat pembuatan yang telah berdaftar dengan CIMS 3.0 boleh memuat turun surat kelulusan MITI yang baharu dan mengemas kini senarai pekerja mereka.
Anda boleh membaca: Surat MITI perlu miliki kod QR
Syarikat pembuatan yang belum mendaftar dengan CIMS 3.0, boleh membuat pendaftaran bermula Isnin, 31 Mei 2021, pada 1 petang. Berikut adalah makluman terkini oleh MITI berkaitan sektor ekonomi di kawasan PKP 3.0:
Perlu diingat kan bahawa sektor swasta hanya boleh memenuhi kapasiti kakitangan sepanjang tempoh PKP 3.0 adalah dengan 60% kakitangan di premis dan 40% bekerja dari rumah
Isi Kandungan
Permohonan Beroperasi MITI: Cara Daftar & Login CIMS 3.0
Cara Daftar CIMS 3.0
- 1. Layari laman web https://www.miti.gov.my
- 2. Klik CIMS 3.0
- 3. PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) akan dipaparkan
- 4. Klik DAFTAR
- 5. Klik SENARAI SOP TERKINI untuk membantu syarikat anda diberi KELULUSAN untuk beroperasi semasa PKP 2.0
- 6. Setelah selesai membaca SOP MITI, klik ✓ pada kotak pengesahan.
- 7. Anda akan diarahkan untuk mengisi maklumat berikut:
- Isikan Nama Penuh
- Isikan Email
- Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan Kata Laluan sekali lagi
- Masukkan No Lesen Pengilang ATAU No Pendaftaran SSM dan No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
- Klik Daftar
- Setelah berjaya, anda akan menerima Pengesahan Pendaftaran Syarikat dan Kebenaran Beroperasi MITI seperti di bawah.
SOP MITI
- Majikan bertanggungjawab untuk memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran untuk membolehkan pergerakan pekerja dalam tempoh PKP.
- Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satu-satu masa adalah wajib membawa sesalinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oleh majikan bersama pas pekerja/surat pengesahan majikan.
- Ini bertujuan mempermudahkan pergerakan kenderaan komersial dan juga pergerakan pekerja antara kediaman dan tempat kerja.
- Pihak MITI telah memaklumkan kepada pihak PDRM berhubung perkara ini bagi memudahkan pergerakan di operasi sekatan jalan raya (SJR).
- Majikan yang didapati melanggar dan tidak mematuhi SOP akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan.