Syawal 2025: Tarikh Hari Raya Aidilfitri & Cuti Tambahan KPM

Berikut dikongsikan info terkini mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri dan cuti sempena Syawal 2025 untuk makluman semua rakyat Malaysia.
Isi Kandungan
Tarikh Syawal 2025
Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.
Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan pada 29 lokasi di seluruh negara pada hujung Ramadan.
Menurut Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi perayaan atau hari kebesaran Islam bagi tahun 2025 adalah seperti ketetapan berikut:

Berdasarkan tarikh-tarikh penting islam yang telah dikeluarkan oleh PPF JAKIM di atas, 1 Ramadan 1446H telah jatuh pada 2 Mac 2025, iaitu pada hari Ahad.
Menurut Kalendar Masihi, Ramadan 1446H adalah dijangka selama 29 hari dan hari terakhir Ramadan adalah pada 30 Mac 2025 (Ahad).
Justeru, tarikh jangkaan sambutan Hari Raya Aidilfitri (Hari Pertama Syawal) bagi tahun 2025 adalah pada 31 Mac 2025, iaitu pada hari Isnin.
Cuti Umum Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025
Hari Raya Aidilfitri merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi semua negeri-negeri di Malaysia.
Cuti umum sebanyak dua (2) hari telah diperuntukkan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri di seluruh Malaysia.
Tarikh cuti umum bagi Hari Raya Aidilfitri tahun ini adalah pada 31 Mac 2025 (Hari Raya Pertama) dan 1 April 2025 (Hari Raya Kedua).
Cuti Tambahan KPM Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025
Kebiasaanya pada setiap tahun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan cuti tambahan kepada pelajar dan guru bagi membuat persiapan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Pemberian cuti itu diberikan bagi memudahkan semua pelajar dan guru untuk membuat persiapan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bagi tahun 2025, cuti tambahan KPM sempena Hari Raya Aidilfitri yang telah diumumkan oleh KPM adalah seperti ketetapan berikut:
Tarikh Cuti Perayaan (Hari Raya Aidilfitri 2025) | 31 Mac 2025 (Isnin) & 1 April 2025 (Selasa) |
Tambahan Cuti Perayaan Yang Diperuntukkan Oleh KPM (Bagi Kumpulan A) | 30 Mac 2025 (Ahad), 2 April 2025 (Rabu) & 3 April 2025 (Khamis) |
Tambahan Cuti Perayaan Yang Diperuntukkan Oleh KPM (Bagi Kumpulan B) | 2 April 2025 (Rabu), 3 April 2025 (Khamis) & 4 April 2025 (Jumaat) |
Catatan | Tiga (3) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B |

Semoga perkongsian info terkini mengenai Syawal 2025 ini bermanfaat dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.