Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kerajaan Akan Bincangkan Syor Caruman KWSP Majikan Dinaikkan Kepada 20 Peratus

Syor Caruman KWSP Majikan Dinaikkan telah dicadangkan akan dibincangkan oleh Kerajaan supaya kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus ketika ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Itu (cadangan) ada dikemukakan, tetapi kita belum bawa kepada Jemaah Menteri, akan dibincangkan dahulu (kerana) keputusan dasar, ada impak (kepada) kerajaan dan majikan,” katanya.

Perdana Menteri memaklumkan, cadangan berkenaan sudah dikemukakan, tetapi belum dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.

Syor Caruman KWSP Majikan Dinaikkan

Cadangan Syor Caruman KWSP Majikan Dinaikkan

Baru-baru ini, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyenaraikan cadangan terbabit dalam 12 syor untuk dipertimbangkan kerajaan, termasuk Syor Caruman KWSP Majikan Dinaikkan kepada 20 peratus dan kajian semula umur bersara wajib.

Antara 12 cadangan dibangkitkan UNI-MLC termasuklah cadangan Syor Caruman KWSP Majikan Dinaikkan bagi memartabatkan pekerja di negara adalah:

  1. Kerajaan terutama Kementerian Sumber Manusia digesa mengadakan dialog dengan semua pemegang taruh untuk menyemak dasar dan undang-undang perburuhan supaya lebih sesuai keperluan semasa selepas pandemik COVID-19.
  2. Kerajaan dituntut menangani masalah kos sara hidup yang meningkat dengan ketara setiap hari susulan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
  3. Kerajaan didesak memastikan pekerja apabila bersara kelak mempunyai simpanan yang secukupnya dan munasabah mengikut keadaan semasa dalam KWSP. Oleh itu, Kerajaan perlu menaikkan kadar caruman KWSP bahagian majikan (Syor Caruman KWSP Majikan Dinaikkan) daripada 13 peratus kepada 20 peratus terutama bagi pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
  4. Kerajaan didesak mengkaji semula umur persaraan wajib 60 tahun kerana pada masa kini seseorang pekerja bersara apabila mencapai umur 60 tahun. Oleh itu, dasar semasa hendaklah disemak bagi membolehkan pekerja bekerja sehingga mereka lengkap 60 tahun dan bukannya ketika permulaan umur 60 tahun.
  5. Pemakaian Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) juga hendaklah dipanjangkan kepada pekerja di Sabah dan Sarawak untuk menjamin hak dan kebajikan pekerja terbela sebagai sebuah negara Persekutuan.
  6. Kerajaan didesak mengkaji semula bayaran pencen yang rendah kepada pesara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana mereka menerima pencen di bawah paras kemiskinan.
  7. Kerajaan juga digesa mengkaji status pencen bekas pekerja Bank Simpanan Nasional (BSN) susulan dasar pengkorporatan bank.
  8. Pembelaan berkait masa depan juga perlu diberikan kepada seramai 22,500 pekerja kru industri filem yang berdepan pelbagai isu termasuk tiada pengiktirafan kerajaan dan pihak bertanggungjawab, tiada akta yang melindungi mereka yang majoriti adalah pekerja bebas.
  9. Seramai 70 peratus bekerja tanpa pensijilan selain masalah kebajikan terabai yang mana 80 peratus tidak mampu memiliki rumah, upah kerja rendah, kecemasan dan soal kesihatan.
  10. Lebih banyak pekerjaan perlu diwujudkan bagi graduan tempatan serta mendesak majikan mengutamakan pekerja tempatan berbanding tenaga kerja asing dan ini memerlukan satu dasar baharu sesuai dengan keperluan semasa.
  11. Mewujudkan lebih banyak taska atau pusat penjagaan kanak-kanak di setiap tempat kerja dan keperluan ini perlu dijadikan satu dasar mandatori, sekali gus membantu menangani masalah kekurangan tenaga kerja.
  12. Parti politik juga didesak tidak bercakaran, sebaliknya tumpu beri perkhidmatan dan kesejahteraan kepada rakyat dengan mengutamakan keperluan menunaikan janji dan tawaran manifesto Pilihan Raya Umum ke-15.

Beliau berkata, UNI-MLC berharap kerajaan dan majikan mengambil tindakan tegas dengan segera bagi menyelesaikan 12 perkara digariskan termasuklah cadangan Syor Caruman KWSP Majikan Dinaikkan demi memartabatkan hak, kebajikan dan kepentingan pekerja di Malaysia.

“Selari konsep Malaysia Madani, UNI-MLC memohon pertimbangan sewajarnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi wajah baharu kepada pekerja, sektor awam dan swasta,” katanya.

Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, pihaknya mahu majikan sektor awam dan swasta serta kerajaan, memberi keutamaan kepada 12 perkara itu dengan segera serta holistik sebagai hadiah sempena sambutan Hari Pekerja tahun ini.

Ini kerana, katanya lagi, lebih 15 juta pekerja berhadapan pelbagai cabaran, ujian dan dugaan yang tidak dapat dibayangkan sama sekali, demi memastikan kelangsungan hidup mereka.

Sumber: Buletin TV3

Diharapkan semoga Syor Caruman KWSP Majikan Dinaikkan daripada 13 peratus kepada 20 peratus ini akan dipertimbangkan oleh Kerajaan secepatnya.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More