Tahiyat Akhir: Bacaan, Posisi Duduk & Amalan Doa Sebelum Salam
Berikut dikongsikan tentang tahiyat akhir, iaitu salah satu rukun solat yang wajib diketahui oleh semua umat Islam di luar sana agar solat anda lebih sempurna.
Isi Kandungan
Rukun Solat (Duduk & Baca Tahiyat Akhir)
Solat merupakan di antara ibadah yang paling agung dan ia merupakan perkara pertama yang akan disoal oleh Allah SWT kepada hamba-Nya di akhirat kelak berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW,
إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ بِصَلَاتِهِ، فَإِنْ صَلَحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ
Maksudnya: “Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab dengannya oleh seorang hamba itu adalah solatnya. Jika sempurna (solatnya) maka dia akan beruntung dan berjaya. Namun, jika rosak solatnya maka dia binasa dan rugi.”
Riwayat Al-Nasa’ie
Bacaan tahiyat akhir adalah merupakan salah satu daripada 13 rukun dalam solat dan wajib dilakukan dengan sempurna (baca dengan makhraj dan tajwid yang betul).
Duduk tahiyat akhir juga adalah merupakan salah satu daripada 13 rukun dalam solat yang wajib kita lakukan dengan betul.
Solat tidak sah jika rukun duduk dan bacaan tahiyat akhir ini tidak dilaksanakan di dalam solat.
Bahasa lain bagi tahiyat akhir adalah tasyahud akhir.
Bacaan Tahiyat Akhir
Berikut adalah bacaan tahiyat akhir dalam jawi, rumi beserta maksudnya,
Attahiyatul Mubarakatush Solawatuth Thayyibatu Lillah. Assalamu’alaika Ayyuhan Nabiyyu Warahmatullahi Wabarakatuh. Assalamu’alayna Wa ’alaa ‘ibadillahis Solihin. Asyahadu Allaa Ilaha Illallah. Wa ’asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma Solli ’alaa Muhammad Wa ’alaa Ali Muhammad. Kama Sollayta ’ala Ibrahim Wa ’alaa Ali Ibrahim. Wabarik ‘alaa Muhammad Wa ’alaa Ali Muhammad. Kama Barakta ‘alaa Ibrahim Wa ’alaa Ali Ibrahim Fil ‘alamin Innaka Hamidum-Majid.
Maksudnya: Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu Ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Cara Duduk Tahiyat Akhir
Terdapat dua jenis duduk yang boleh dilakukan ketika tahiyat akhir iaitu yang pertama adalah duduk tawaruk dan keduanya adalah duduk iftirasy.
- Duduk tawaruk bermaksud, seseorang itu duduk dalam keadaan tapak kaki kanannya berdiri tegak, dan jari jemari kaki kanannya menghadap ke arah kiblat. Manakala kaki kirinya dilipat ke arah kaki kanan, dan dia meletakkan bahagian punggungnya di atas lantai atau tanah.
- Duduk iftirasy bermaksud, seseorang itu duduk dengan meletakkan bahagian punggungnya di atas kaki kirinya. Manakala tapak kaki kanan itu ditegakkan jari jemarinya menghadap ke arah kiblat.
Duduk tawaruk adalah duduk yang disunatkan ketika tasyahud / tahiyat akhir pada solat 4 rakaat seperti Zohor dan Asar, demikian juga disunatkan pada solat 3 rakaat seperti solat Maghrib.
Manakala, duduk iftirasy adalah duduk yang disunatkan ketika duduk di antara dua sujud, ketika tasyahud / tahiyat awal bagi solat 3 rakaat dan 4 rakaat, serta ketika tasyahud akhir bagi solat 2 rakaat seperti solat subuh, solat tahiyyatul masjid, dan selainnya daripada solat-solat sunat.
Berikut adalah contoh cara duduk tawaruk dan iftirasy:
Seterusnya, sunat telapak tangan kanan digenggam dan jari telunjuk diangkat, dan mata memandang jari telunjuk ketika lafaz syahadah “Illallah”.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Posisi Duduk Ketika Tasyahud / Tahiyat Akhir ini, boleh rujuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Doa Selepas Tahiyat Akhir Sebelum Salam
Solat juga bermaksud doa dari sudut bahasa. Ini kerana, di dalam solat terdapat tempat-tempat yang dituntut untuk kita memperbanyakkan berdoa kepadanya.
Kita juga sangat dianjurkan untuk berdoa selepas membaca tahiyat akhir berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A, beliau mendengar bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda,
إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الْآخِرِ، فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ: مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya: “Apabila kamu selesai membaca tasyahud akhir, maka mohonlah berlindung dengan Allah daripada empat perkara: daripada seksaan kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan al-masih al-Dajjal.”
Riwayat Muslim
Jadi, antara doa yang boleh diamalkan sebelum kita memberi salam adalah seperti berikut:
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua umat Islam diluar sana!