Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tak Sempat Ganti Puasa 2023: Fahami Fidyah

Tak sempat ganti puasa tahun lepas? Rasa masa sekejap sahaja kan, kini tinggal kurang 20 hari sahaja lagi kita nak bertemu Ramadan Kareem. Mungkin kalau masih berbaki sehari dua lagi puasa yang belum diganti, ia masih sempat. Namun jika ada banyak, mungkin sudah tidak sempat. Jadi, mari kita sama-sama belajar tentang fidyah. Macam mana cara pengiraan dan sebagainya.

Isi Kandungan

Maksud Fidyah

Mungkin ramai yang faham fidyah itu bayaran denda kerana tak sempat ganti puasa, tapi menurut Pusat Pungutan Zakat Selangor, fidyah adalah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan.

Tak Sempat Ganti Puasa 2023: Fahami Fidyah 1

Hukum

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT menerusi surah Al-aqarah ayat 184 yang bermaksud:

Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

Golongan wajib membayar fidyah

  • Mereka yang uzur untuk berpuasa

Terdiri daripada golongan menghidapi penyakit yang tiada harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah boleh dibayar bermula masuknya Ramadan tahun semasa.

  • Perempuan Yang Mengandung Atau Sedang Menyusukan Anak Yang Khuatir Keselamatan Bayi Yang Dikandung Atau Anak Yang Sedang Disusukan.

Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini wajib membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan. Jika puasa belum digantikan sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah yang lain kerana lewat menggantikan puasa.

  • Perempuan Yang Mengandung Atau Sedang Menyusukan Anak Namun Khuatir Akan Keselamatan Dirinya Ketika Berpuasa.

Puasa yang ditinggalkan perlu digantikan. Jika masih tidak berganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.

ACID FOLIC
  • Orang Yang Telah Meninggal Dunia

Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.

  • Orang Yang Sengaja Meninggalkan Puasa Ramadan

Mereka yang melambatkan ganti puasanya (tak sempat ganti puasa sehingga tiba ramadan akan datang) hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Cara Pengiraan Fidyah Bagi Yang Tak Sempat Ganti Puasa

Untuk memahami kaedah kiraan fidyah bagi yang tak sempat ganti puasa, sebagai contoh Fatimah meninggalkan puasa selama 7 hari kerana haid pada bulan Ramadan 1438H (2017). Berikut adalah contoh kiraan berdasarkan situasi:

  • Situasi 1

Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki Ramadan berikutnya pada tahun 1443H (2023).

Cara pengiraan adalah: Bilangan Hari Tidak Berpuasa × Kadar Fidyah (7 hari x RM4 = RM28)

  • Situasi 2

Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Beliau tidak berpuasa pada Ramadan 2020 dan puasa ini masih belum berganti sehingga tahun 2023. Fatimah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.

Cara pengiraan adalah: Bilangan (Hari Tidak Berpuasa × Kadar Fidyah) x Tahun ditinggalkan (7 hari x RM4 ) x 3 (tahun)= RM84)

tak sempat ganti puasa

Penutup

Bagi yang tidak sempat ganti puasa, rajin-rajinlah rujuk kepada pihak berwajib samada di pihak zakat atau mereka yang berpengetahuan. Jika masih berbaki sedikit hari lagi yang tak sempat ganti puasa, pastikan dapat ganti sepenuhnya sebelum kita berjumpa kembali dengan Ramadan 2024 pada 11 Mac 2024 nanti.

Tak sempat ganti puasa? Jangan risau, masih ada banyak hari lagi. Cepat buat sekarang!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More