Takwim Sekolah 2025: Kalendar Akademik Sesi 2025/2026
Takwim Sekolah 2025 yang lebih terperinci ini dikongsikan untuk makluman dan rujukan semua ibu bapa, pelajar dan guru-guru di luar sana.
Isi Kandungan
Takwim Sekolah 2025
Susulan pandemik Covid-19 yang telah melanda Malaysia, terdapat sedikit perubahan dalam takwim persekolahan terkini dimana ia tidak lagi dimulakan pada 1 Januari untuk sesi persekolahan yang baharu.
Justeru, terdapat sedikit perubahan pada takwim persekolahan yang kebiasaanya bermula pada awal tahun tersebut.
Untuk makluman, Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2025/2026 ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kumpulan A
Berikut adalah senarai Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2025/2026 sekolah-sekolah KPM bagi Kumpulan A.
Kumpulan A adalah sekolah-sekolah KPM di Negeri
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Terengganu
Penggal Persekolahan Sesi 2025/2026 | Tarikh Mula Persekolahan | Tarikh Akhir Persekolahan | Jumlah Hari | Jumlah Minggu |
---|---|---|---|---|
Penggal 1 | 16 Februari 2025 | 28 Mei 2025 | 67 | 15 |
Cuti Penggal 1 | 29 Mei 2025 | 9 Jun 2025 | 12 | 1 |
Penggal 2 | 10 Jun 2025 | 11 September 2025 | 67 | 14 |
Cuti Penggal 2 | 12 September 2025 | 20 September 2025 | 9 | 1 |
Penggal 3 | 21 September 2025 | 18 Disember 2025 | 62 | 13 |
Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026 | 19 Disember 2025 | 10 Januari 2026 | 23 | 3 |
Kumpulan B
Berikut pula adalah senarai Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2025/2026 sekolah-sekolah KPM bagi Kumpulan B.
Kumpulan B adalah sekolah-sekolah KPM di Negeri
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Labuan
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
Penggal Persekolahan Sesi 2025/2026 | Tarikh Mula Persekolahan | Tarikh Akhir Persekolahan | Jumlah Hari | Jumlah Minggu |
---|---|---|---|---|
Penggal 1 | 17 Februari 2025 | 28 Mei 2025 | 66 | 15 |
Cuti Penggal 1 | 29 Mei 2025 | 9 Jun 2025 | 12 | 1 |
Penggal 2 | 10 Jun 2025 | 12 September 2025 | 66 | 14 |
Cuti Penggal 2 | 13 September 2025 | 21 September 2025 | 9 | 1 |
Penggal 3 | 22 September 2025 | 19 Disember 2025 | 62 | 13 |
Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026 | 20 Disember 2025 | 11 Januari 2026 | 23 | 3 |
Cuti Perayaan Sesi 2025/2026
Senarai tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM bagi sesi 2025/2026 yang lebih terperinci adalah seperti ketetapan berikut:
Cuti Perayaan | Kumpulan A | Kumpulan B | Catatan |
---|---|---|---|
Hari Raya Aidilfitri 31 Mac 2025 (Isnin) dan 1 April 2025 (Selasa) | 30 Mac 2025 (Ahad), 2 April 2025 (Rabu) dan 3 April 2025 (Khamis) | 2 April 2025 (Rabu), 3 April 2025 (Khamis) dan 4 April 2025 (Jumaat) | Tiga (3) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B |
Hari Deepavali 20 Oktober 2025 (Isnin) (kecuali Negeri Sarawak) | 19 Oktober 2025 (Ahad) dan 21 Oktober 2025 (Selasa) | 21 Oktober 2025 (Selasa) dan 22 Oktober 2025 (Rabu) Semua Negeri Kumpulan B kecuali Negeri Sarawak | Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B |
Hari Deepavali 20 Oktober 2025 (Isnin) | – | 20 Oktober 2025 (Isnin) Negeri Sarawak sahaja | Satu (1) Hari Cuti Peruntukan KPM |
Catatan Tambahan:
- Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2025: 29 & 30 Januari 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2024/2025)
- Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja): 30 & 31 Mei 2025 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026)
- Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja): 01 & 02 Jun 2025 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026)
- Perayaan Hari Krismas: 25 Disember 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2025/2026)
Maklumat Tambahan
Untuk makluman,
- Sesi Akademik 2026 akan bermula pada 12 Januari dan dijangka akan berakhir pada 1 Januari 2027 dengan pengurangan 2 minggu cuti semester.
- Sesi Akademik 2027 barulah akan kembali kepada takwim asal sebelum pandemik di mana cuti sekolah tahunan kembali kepada 9 minggu setahun berbanding 2 tahun kebelakangan ini yang hanya 5 minggu setahun sahaja (Sesi Akademik 2023/2024, 2024/2025 dan 2025/2026).
Semoga perkongsian takwim sekolah 2025 ini bermanfaat untuk rujukan utama semua ibu bapa, pelajar dan guru-guru di luar sana.