Program Bantuan Bakul Makanan – PEMULIH
Tambahan Dana Program Bantuan Bakul Makanan - PEMULIH
Program Bantuan Bakul Makanan adalah satu pendekatan dari pihak kerajaan untuk membantu para rakyat semasa pandemik sekarang. ianya selaras dengan perancangan Perdana Menteri untuk meringankan beban para rakyat.
Pada 28 Jun 2021, YAB Perdana Menteri telah membuat pengumuman berkaitan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang mana salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah Tambahan Dana Program Bantuan Bakul Makanan.
Isi Kandungan
Program Bantuan Bakul Makanan – PEMULIH
- Pihak kerajaan sebelum ini telah menyediakan Program Bantuan Bakul Makanan demi membantu rakyat yang terjejas dengan keadaan pandemik yang telah melanda negara kita sejak tahun lalu.
- Bantuan Bakul Makanan yang sebelum ini melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kini disalurkan terus kepada semua kawasan parlimen.
- Kerajaan yang sedar akan pentingnya barangan keperluan asas bagi rakyat yang memerlukan, telah menambah peruntukan kepada Bantuanini yang sedia ada.
- Wang peruntukan ini akan disalurkan kepada semua Parlimen dan setiap Ahli Parlimen perlu mengagihkan bantuan ini setelusnya kepada rakyat yang terjejas di kawasan masing-masing.
- Kerajaan mengambil pendekatan untuk mengetepikan perbezaan politik, dan mahukan semua Ahli Parlimen tidak kira pihak Kerajaan mahupun Pembangkang untuk bersama-sama memikul tanggungjawab untuk membantu rakyat.
Berapa Tambahan Dana Bantuan Ini?
- Peruntukan sebanyak RM 300 Ribu diberikan kepada setiap Ahli Parlimen di Malaysia termasuk Ahli Parlimen dari parti pembangkang.
- RM10 juta ringgit juga turut diperuntukkan untuk tujuan pelaksanaan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.
Bila Bantuan Ini Akan Disalurkan?
- Bantuan ini akan disalurkan bermula 1 Julai 2021
Cara Memohon Bantuan Ini Dari Ahli Parlimen?
- Biasanya setiap Ahli Parlimen akan mengagihkan bantuan kepada setiap Dun dibawah parlimen tersebut
- Anda juga boleh berhubung dengan dengan Pusat Khidmat Dun masing-masing atau pergi terus ke pusat khidmat dun yang berdekatan.
Kelebihan Bantuan Ini Kepada Rakyat?
Rakyat yang terjejas akan dibantu dari segi keperluan asas seperti beras, minyak, telur dan sebagainya bagi meneruskan kelansungan hidup semasa musim Pandemik ini. Selain itu juga rakyat juga boleh memohon pelbagai lagi bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti I-CITRA dan Geran Khas Prihatin 4.0