Tidak Peka Tarikh Akhir e-Filing 2025, Denda & Penalti Akan Dikenakan!

Berikut dikongsikan mengenai Tarikh Akhir e-Filing 2025 yang telah dikeluarkan untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.
Isi Kandungan [show]
Apa Itu e-Filing?
e-Filing adalah sistem pengisian borang cukai pendapatan secara dalam talian yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).
Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.
Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.
Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan pada setiap tahun terhadap seseorang yang menerima pendapatan bersifat hasil seperti:
- Laba / keuntungan daripada sesuatu perniagaan;
- Laba / keuntungan daripada penggajian;
- Dividen, faedah atau diskaun;
- Sewa, royalti atau premium;
- Pencen, anuiti atau bayaran berkala lain; dan
- Laba / keuntungan yang tidak termasuk dalam mana-mana butiran di atas.
Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) menguatkuasakan hal-ehwal pentadbiran dan kutipan cukai pendapatan ke atas orang dan pendapatan yang layak dikenakan cukai.
HASiL pula merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.
Cara Memfailkan Cukai Pendapatan
Mulai 1 Januari 2024, HASiL akan mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax.
Antara borang yang boleh difailkan melalui portal MyTax adalah borang seperti borang E, BE, B, BT, P, MT dan TF.
Pembayar cukai dan majikan hendaklah mengguna e-Filing untuk mengemukakan Borang Nyata (BN) yang mempunyai kemudahan e-Filing bermula 1 Mac 2025.


Kegagalan setiap individu untuk memfailkan cukai mengikut Tarikh Akhir e-Filing 2025 boleh menyebabkan anda dikenakan penalti.
Tarikh Akhir e-Filing 2025
Setiap individu haruslah peka dengan Tarikh Akhir e-Filing 2025 bagi mengelakkan anda dikenakan penalti atau denda kerana tidak memfailkan cukai pendapatan anda seperti yang tertakluk dalam undang-undang.
Berikut adalah Tarikh Akhir e-Filing 2025 bagi Borang Nyata (BN) 2024 yang telah dinyatakan oleh LHDNM untuk pelbagai kategori, iaitu:
Jenis Fail | Jenis Borang | Kategori Pembayar Cukai | Tarikh Akhir | Tambahan Masa |
---|---|---|---|---|
E | e-E | Majikan | 31 Mac 2025 | 1 Bulan |
IG | e-BE | Individu Pemastautin yang TIDAK menjalankan perniagaan | 30 April 2025 | 15 Hari |
IG | e-B | Individu Pemastautin yang TIDAK menjalankan perniagaan | 30 Jun 2025 | 15 Hari |
D | e-P | Perkongsian | – | – |
IG | e-BT | Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan / Berkepakaran / Bukan Warganegara Memegang Jawatan Utama) | Tidak menjalankan Perniagaan: 30 April 2025 Menjalankan Perniagaan: 30 Jun 2025 | – |
IG | e-M | Individu Bukan Pemastautin | Tidak menjalankan Perniagaan: 30 April 2025 Menjalankan Perniagaan: 30 Jun 2025 | – |
IG | e-MT | Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan) | Tidak menjalankan Perniagaan: 30 April 2025 Menjalankan Perniagaan: 30 Jun 2025 | – |
F | e-TF | Pertubuhan | Tidak menjalankan Perniagaan: 30 April 2025 Menjalankan Perniagaan: 30 Jun 2025 | – |
TP | e-TP | Harta Pusaka | Tidak menjalankan Perniagaan: 30 April 2025 Menjalankan Perniagaan: 30 Jun 2025 | – |
J | e-TJ | Keluarga Sekutu Hindu | Tidak menjalankan Perniagaan: 30 April 2025 Menjalankan Perniagaan: 30 Jun 2025 | – |
C | e-C | Syarikat | Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir penutupan tempoh perakaunan yang menjadi tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan | 1 Bulan |
PT | e-PT | Perkongsian Liabiliti Terhad | Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir penutupan tempoh perakaunan yang menjadi tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan | 1 Bulan |
TC | e-TC | Unit Amanah / Amanah Harta Tanah | Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir penutupan tempoh perakaunan yang menjadi tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan | 1 Bulan |
CS | e-C1 | Koperasi | Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir penutupan tempoh perakaunan yang menjadi tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan | 1 Bulan |
TA | e-TA | Badan Amanah | Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir penutupan tempoh perakaunan yang menjadi tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan | 1 Bulan |
TR | e-TR | Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta | Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir penutupan tempoh perakaunan yang menjadi tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan | 1 Bulan |
TN | TN | Amanah Perniagaan | Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir penutupan tempoh perakaunan yang menjadi tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan | 1 Bulan |
C | e-CPE | Orang yang boleh dikenakan cukai di bawah seksyen 30A Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Eksplorasi] | Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir tempoh eksplorasi | 1 Bulan |
C | e-CPP 2025 | Orang yang boleh dikenakan cukai di bawah seksyen 30A Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Produksi] | Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan | 1 Bulan |
Denda & Penalti Lewat Mengemukakan Borang Nyata
Sekiranya pembayar cukai lewat mengemukakan BN, pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 adalah berdasarkan tempoh kelewatan selepas tarikh akhir pengemukaan BN seperti yang berikut:
Tempoh Lewat | Kadar Penalti |
---|---|
Sehingga 12 Bulan | 15% |
Melebihi 12 Bulan Hingga 24 Bulan | 30% |
Melebihi 24 Bulan | 45% |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Tarikh Akhir e-Filing 2025 ini, sila hubungi Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03 – 8911 1000 / 603 – 8911 1000 (Luar Negara).
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!