Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2025 Syarikat Kurier Malaysia

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai tarikh akhir pos barang sebelum Raya 2025 sebelum penutupan operasi sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Isi Kandungan

Notis Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2025

Sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, syarikat-syarikat kurier di Malaysia telah mengeluarkan notis untuk memaklumkan kepada pelanggan mereka tentang Cut-Off Time untuk penghantaran sebelum Hari Raya dan penutupan operasi semasa musim perayaan.

Berikut adalah senarai penuh Cut-Off Dates For Deliveries (hari pengeposan terakhir untuk parcel dihantar sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025) bagi syarikat kurier di Malaysia iaitu Pos Laju, J&T Express, NinjaVan, DHL eCommerce, Flash Express, City-Link Express dan Shopee Express.

KurierSemenanjung Malaysia – Semenanjung MalaysiaSemenanjung Malaysia – Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan
Pos LajuAkan DiumumkanAkan Diumumkan
J&T Express27 Mac 202523 Mac 2025
NinjaVan25 Mac 202521 Mac 2025
DHL eCommerce25 Mac 202521 Mac 2025
Flash Express27 Mac 202523 Mac 2025
City-Link ExpressAkan DiumumkanAkan Diumumkan
Shopee ExpressAkan DiumumkanAkan Diumumkan
Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2025
Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2025 Syarikat Kurier Malaysia 1
Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2025 Syarikat Kurier Malaysia 2
Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2025 Syarikat Kurier Malaysia 3
Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2025 Syarikat Kurier Malaysia 4

Sila ambil perhatian bahawa tarikh akhir di atas adalah hari terakhir untuk pesanan dihantar keluar untuk sampai sebelum Raya.

Pesanan yang dipos selepas tarikh akhir seperti jadual di atas akan dihantar selepas Raya.

Walau bagaimanapun, jadual di atas mungkin akan berubah dan hanyalah anggaran, KELEWATAN MUNGKIN JUGA AKAN BERLAKU.

Tips Barang Sampai Pada Tepat Waktu Kepada Pembeli

Untuk memastikan pembeli dapat menerima bungkusan mereka tepat pada masanya, syarikat-syarikat kurier Malaysia amat mengesyorkan agar anda memenuhi pesanan anda secepat mungkin sebelum tarikh yang ditetapkan bagi memastikan semua bungkusan sampai ke destinasi tepat pada masanya.

Diharapkan notis yang dikeluarkan ini dapat membantu pembeli dan termasuklah para peniaga untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk membuat pengeposan barang dengan tepat sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai tarikh akhir pos barang sebelum Raya 2025 dan waktu operasi syarikat-syarikat kurier di Malaysia, anda boleh mengikuti media-media sosial mereka seperti berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More