Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19(BKC) Dibuat Mulai 6 September 2021 Ini
Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19(BKC) sudapun dikeluarkan oleh kerajaan. Untuk mengetahui tarikh yang sudah ditentukan, anda boleh membaca artikel ini.
Isi Kandungan
Bantuan Khas Covid-19
Bantuan Khas Covid-19 merupakan antara salah satu bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat dalam Pakej PEMULIH pada tahun ini. Bantuan ini melibatkan 3 kategori sahaja, iaitu:
- Kategori Miskin Tegar.
- Kategori B40.
- Kategori m40.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bantuan ini, anda bolehlah membaca artikel yang bertajuk PEMULIH 2021- Pakej Pelindungan Rakyat dan Bantuan Khas Coivd-19 PEMULIH Sehingga RM1300. Diharapakan agar perkongsian yang tidak seberapa ini mampu meringankan bebanan anda sekeluarga.
Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19(BKC)
Pembayaran ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank mana-mana rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan ini. Maka dengan itu, anda boleh membuat semakan secara atas talian dalam akaun bank anda atau pergi sahaja ke mesin ATM. Pembayaran bagi Fasa 1 adalah seperti berikut:
Tarikh Pembayaran Fasa 1
- Pembayaran bermula:
- Duit akan dikreditkan masuk ke dalam akaun penerima mulai 6 September 2021 ini pada waktu bekerja.
- Pembayaran berakhir:
- Bagi Fasa 1 ini, tarikh akhir pembayaran adalah pada tarikh 10 September 2021. Oleh itu, anda yang layak perlu bersabar dan sentiasa menyemak akaun bank anda kerana hampir jutaan rakyat Malaysia yang menerima bantuan ini.
Jadual 1: Kelayakan Penerima BKC
KATEGORI PENERIMA |
Miskin Tegar |
B40 |
M40 |
KRITERIA SEMAKAN KELAYAKAN |
Ini adalah berdasarkan kriteria kelayakan BPR pada tahun 2021 dengan jumlah pendapatan yang menepati:
|
Cukai pendapatan dengan jumlah:
|
Jadual 2: Fasa Pembayaran BKC
KATEGORIPENERIMA |
Miskin Tegar |
||||||
KATEGORI/AMAUN KELAYAKAN |
Isi Rumah / RM1 300 |
Warga |
Bujang |
||||
FASA PEMBAYARAN |
1 |
2 |
3 |
1 |
2 |
1 |
2 |
AMAUN BAYARAN(RM) |
RM500 |
RM300 |
RM200 |
RM300 |
RM200 |
RM300 |
KATEGORI PENERIMA |
B40 |
|||
KATEGORI/AMAUN KELAYAKAN |
Isi Rumah / RM800 |
Warga |
Bujang |
|
FASA PEMBAYARAN |
1
|
2 |
1 |
1 |
AMAUN BAYARAN(RM) |
RM500 |
RM300 |
RM200
|
RM200 |
KATEGORI |
M40 |
||
KATEGORI/AMAUN KELAYAKAN |
Isi Rumah / RM250 |
Warga |
Bujang |
FASA PEMBAYARAN |
1 |
1 |
1 |
AMAUN BAYARAN(RM) |
RM250
|
RM100 |
RM100 |
Kenyataan Media Perdana Menteri
Anda boleh muat turun kenyataan media rasmi yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri. Panduan ini boleh dijadikan rujukan untuk anda mendapatkan makluman lanjut.
Video Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19(BKC)
Anda juga boleh menonton video di bawah ini berkaitan tarikh pembayaran bantuan ini.
Buat Semakan Anda dengan Segera
Diharapkan agar perkongsian berkaitan tarikh bayaran bantuan khas Covid-19 ini memberikan anda nafas lega untuk membuat perancangan kewangan anda dengan lebih baik. Gunakanlah wang bantuan yang diberikan ini dengan sebaik mungkin. Lebih-lebih lagi, dengan keadaan dunia dan ekonomi kita sekarang yang tidak menentu, maka kita tidak akan tahu apa yang bakal terjadi suatu hari nanti.
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Sama-sama kita hentikan pandemik Covid-19 ini. Merdeka bakal milik kita sepenuhnya suatu hari nanti.