Tarikh Bayaran PERKESO 2024 (Mengikut Bulanan)
Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut berkaitan tarikh bayaran PERKESO 2024 untuk makluman semua di luar sana.
Isi Kandungan
Apa Itu Bayaran Faedah PERKESO?
Seperti yang kita sedia maklum, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.
Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi
- sumber terkumpul,
- perkongsian risiko, dan
- penggantian pendapatan melalui bayaran PERKESO 2021 (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).
Untuk makluman, bayaran PERKESO 2021 adalah mengikut 2 Skim Faedah Keselamatan Sosial iaitu
- Skim Bencana Pekerjaan.
- Skim Keilatan.
Skim Bencana Pekerjaan
Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami bencana kerja seperti
- kemalangan semasa menjalankan pekerjaan.
- kemalangan semasa dalam pekerjaan (commuting accident).
- kemalangan semasa kecemasan.
- penyakit khidmat.
Skim Keilatan
Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja yang menghidap keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Tarikh Bayaran PERKESO 2024
Tidak lama lagi tahun 2023 akan melabuhkan tirai dan tahun 2024 pula akan menyusul.
Oleh itu, kini pihak PERKESO telah mengeluarkan jadual terkini untuk bayaran faedah / pencen PERKESO bagi tahun 2024.
Tarikh bayaran PERKESO 2024 adalah seperti ketetapan jadual berikut:
Bulan | Tarikh Bayaran Faedah | Hari | Catatan |
Januari | 31 Januari 2024 | Rabu | – |
Februari | 1 Mac 2024 | Jumaat | – |
Mac | 1 April 2024 | Isnin | – |
April | 30 April 2024 | Selasa | – |
Mei | 24 Mei 2024 | Jumaat | 30 Mei 2024 bersamaan Pesta Keamatan 1 Jun 2024 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak |
Jun | 11 Jun 2024 | Selasa | 17 Jun 2024 bersamaan Hari Raya Qurban |
Julai | 1 Ogos 2024 | Khamis | – |
Ogos | 30 Ogos 2024 | Jumaat | – |
September | 1 Oktober 2024 | Selasa | – |
Oktober | 25 Oktober 2024 | Jumaat | 31 Oktober 2024 bersamaan Hari Deepavali |
November | 29 November 2024 | Jumaat | – |
Disember | 19 Disember 2024 | Khamis | 25 Diember 2024 bersamaan Hari Krismas |
Inisiatif Baharu PERKESO 2024
Menurut Belanjawan 2024 Malaysia MADANI, RM200 juta disalurkan ke PERKESO untuk laksanakan 6 inisiatif serta tambahan 3 inisiatif baharu.
Sembilan (9) inisiatif untuk dilaksanakan oleh PERKESO di bawah Belanjawan 2024 adalah seperti berikut:
- Siling Gaji Baharu untuk Akta 4 dan Akta 800 (Inisiatif Baharu).
- Memudahkan Integrasi Kumpulan Sasaran ke dalam Sektor Awam (Inisiatif Baharu).
- Skim Sokongan Pekerjaan di Sektor Swasta bagi Bekas Banduan, Orang Kelainan Upaya (OKU), Warga Emas dan Pesara (Inisiatif Baharu).
- Geran Padanan Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) (Inisiatif Lanjutan).
- Program Latihan Bina Kerjaya PERKESO (Inisiatif Lanjutan).
- Pembiayaan Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) (Inisiatif Lanjutan).
- Pusat Penempatan dan Penerokaan Kerjaya Kebangsaan (Inisiatif Tambahan).
- Geran Eksplorasi Kerjaya (Inisiatif Tambahan).
- Program Saringan Kesihatan PERKESO (Inisiatif Tambahan).
Inisiatif Baharu – Siling Gaji Baharu untuk Akta 4 dan Akta 800
Peningkatan siling gaji bulanan yang diinsuranskan daripada RM5,000 kepada RM6,000.
Tingkatkan faedah tunai sebanyak 20.2% bagi 1.45 juta pekerja dan orang tanggungan.
Inisiatif Baharu – Memudahkan Integrasi Kumpulan Sasaran ke Sektor Awam
Semua lantikan MYSTEP ditawarkan mengikuti program peningkatan kemahiran menerusi platform MYFutureJobs.
MYFutureJobs akan membuat padanan pekerjaan untuk membina kerjaya masa depan dan meraih pendapatan lebih tinggi.
Inisiatif ini akan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC bermula Januari 2024.
Inisiatif Baharu – Skim Sokongan Pekerjaan di Sektor Swasta bagi Bekas Banduan, Orang Kelainan Upaya (OKU), Warga Emas dan Pesara
Peruntukan berjumlah RM30 juta dengan insentif sebanyak RM1,500 sebulan untuk tempoh 6 bulan kepada majikan.
Tangani diskriminasi terhadap 3 golongan iaitu pekerja OKU, isu reintegrasi bekas banduan serta kemiskinan dalam kalangan warga emas.
Pengintegrasian semula 3,300 pencari kerja daripada kumpulan sasaran ini ke dalam pasaran buruh.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan Tarikh Bayaran PERKESO 2024 ini, boleh merujuk Tarikh Bayaran Faedah atau portal rasmi PERKESO dari semasa ke semasa.