Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2020

Setiap bulan, tarikh pembayaran gaji adalah sangat dinanti-nantikan oleh semua penjawat awam. Jika tarikh pembayaran gaji awal, maka penjawat awam pun ramai yang rasa gembira.  Kebiasaannya pembayaran gaji penjawat awam akan dibayar pada hujung bulan, yang mana akan dikreditkan terus ke akaun penerima.

Pastinya ramai penjawat awam yang masih tertanya-tanya, “Bila masuk gaji bulan ni?” “Bulan ni nak raya, gaji bila erk?” dan banyak lagi soalan-soalan antara penjawat awam ni. Tapi ini soalan sesama rakan sejawat la. (Pengalaman penulis sendiri yer)

Kadangkala, dikalangan penjawat awam ni tidak semua peka dengan tarikh pembayaran setiap bulan. Macam penulis sendiri, berapa haribulan masuk gaji pun bukan dikira sangat. Bukan maksudnya penulis ini berduit tapi penulis tidak sekecoh sesetengah rakan-rakan yang “hafal jadual pembayaran gaji penjawat”.

Selain gaji, pastinya BONUS juga antara yang dinanti-nantikan oleh penjawat awam.

Tarikh Pembayaran Gaji

TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2020

Berikut dikongsikan jadual pembayaran gaji penjawat awam bagi tahun 2020. Diharapkan dengan perkongsian jadual ini, anda sebagai penjawat awam dapat merancang perbelanjaan dengan lebih berhemah.

Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2020, diberikan selama setahun bermula Januari hingga Disember 2020. Selain itu dinyatakan juga tarikh beserta hari dan catatan dimana menerangkan ada perayaan-perayaan tertentu. Dari situ kita dapat lihat tarikh pembayaran gaji awal disebabkan adanya perayaan penting.

Dengan adanya Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2020, diharapkan semua penjawat awam dapatlah merancang perbelanjaan ya. Gunakan wang gaji secara berhemah, agar tidak mengalami kesukaran di

Bagi mendapat penyata gaji bulanan atau penyata pendapatan tahunan secara online, anda boleh masuk  Sistem ePenyata Gaji dan Laporan yang sah sahaja .

Untuk Tahun 2020, Gaji bulan Januari, Mei dan Disember dibayar lebih awal. Penulis buat andaian kenapa dibayar awal pada 3 bulan ini, disebabkan adanya 3 perayaan terbesar seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Hari Natal atau Krismas.

Walaubagaimanapun,tarikh pembayaran gaji masih tertakluk pada pindaan semasa ANM(Jabatan Akauntan Negara Malaysia) dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sumber : ANM

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More