Terkini Tarikh-Tarikh Penting PRU DUN Ke-15 Telah Diumumkan
Tarikh-Tarikh Penting PRU DUN Ke-15 bagi 6 negeri yang terlibat telah diumumkan dan mungkin sesetengah daripada rakyat Malaysia ada yang keliru mengapakah pilihan raya diadakan lagi bagi 6 negeri yang terpilih.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari Rabu, 5 Julai 2023 berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan 6 negeri.
Isi Kandungan
Kenapa PRN 2023 Diadakan Di 6 Negeri?
Pada November 2022 yang lalu, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah diadakan. Ketika PRU15 tersebut, negeri-negeri Perlis, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak dan Melaka telah mengikut kerajaan pusat untuk membubarkan Parlimen dan DUN serentak. Walau bagaimanapun, 6 negeri lain tidak bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana bimbang jika berlakunya kejadian banjir.
Untuk makluman, PRN dan PRU boleh dilakukan secara serentak kerana ia lebih menjimatkan wang negara. Dalam konteks kewangan, satu-satu pilihan raya memerlukan kos yang besar. Adalah difahamkan jika ianya dibuat secara berasingan, maka SPR terpaksa menanggung beban kewangan yang bertambah selain terpaksa melakukan kerja yang berbeza.
Namun, ada negeri yang memilih untuk mengadakan pilihan raya secara berbeza kerana mereka ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada isu yang berlaku di dalam negeri pada masa-masa tertentu. Pada masa sama, calon yang bertanding juga boleh memastikan bahawa isu yang dibawa bersifat lokal.
Justeru, 6 buah negeri yang akan terlibat dalam PRN 2023 adalah:
- Kedah
- Kelantan
- Terengganu
- Pulau Pinang
- Selangor
- Negeri Sembilan
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia selepas SPR menerima notis pembubaran DUN melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada Speaker DUN masing-masing.
Mesyuarat Khas tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang akan membincangkan Tarikh-Tarikh Penting PRU DUN Ke-15 seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.
Tarikh-Tarikh Penting PRU DUN Ke-15
Berikut dikongsikan Tarikh-Tarikh Penting PRU DUN Ke-15 yang telah ditetapkan oleh SPR.
- Tarikh Keluar Writ: 5 Julai 2023 (Rabu)
- Hari Penamaan Calon : 29 Julai 2023 (Sabtu)
- Hari Mengundi Awal : 8 Ogos 2023 (Selasa)
- Hari Mengundi : 12 Ogos 2023 (Sabtu)
Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 29 Julai 2023 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 11 Ogos 2023 (Jumaat).
Pembubaran DUN
Kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi 6 negeri tersebut sebelum ini telah bersetuju untuk membubarkan DUN masing-masing pada Jun 2023.
Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kekosongan atau kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan kekosongan tersebut.
Penulis Buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia yang juga penganalisis politik G Manimaran, sebelum ini menjangkakan PRN 6 negeri tersebut akan dilakukan selewat-lewatnya pada 12 Ogos depan.
Ia mengambil kira beberapa faktor termasuk kepulangan jemaah haji, dengan penamaan calon dijangka pada 29 Julai ini.
Bilangan Kerusi DUN Yang Akan Dipertandingkan Dalam PRN 2023
Berikut adalah kekosongan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri 2023 iaitu:
- 36 kerusi Dewan Negeri Kedah
- 43 kerusi Dewan Negeri Kelantan
- 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu
- 40 kerusi Dewan Undangan Pulau Pinang
- 56 kerusi Dewan Negeri Selangor
- 36 kerusi Dewan Negeri Negeri Sembilan
Semakan Daftar Pemilih
Para pengundi PRN 2023 boleh mula membuat semakan maklumat pengundian bermula 17 Julai 2023 (Isnin) untuk mengetahui maklumat
- Pusat mengundi
- Saluran mengundi
- Nombor bilangan mengundi
Sila rujuk langkah berikut untuk membuat semakan daftar pemilih SPR.
Anda boleh membuat semakan daftar pengundi anda melalui laman web rasmi SPR dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web MySPRSemak untuk membuat semakan mengundi.
- Klik pada “Semakan Daftar Pengundi”.
- Masukan Nombor Kad Pengenalan.
- Masukkan Captcha seperti yang tertera.
- Klik pada butang Semak.
- Hasil carian akan dipaparkan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut berkaitan Tarikh-Tarikh Penting PRU DUN Ke-15 ini, anda boleh layari portal rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Diharapkan dengan perkongsian Tarikh-Tarikh Penting PRU DUN Ke-15 ini dapat memberi persediaan kepada mereka yang akan terlibat pada PRU DUN Ke-15 nanti.
Semoga perkongsian Tarikh-Tarikh Penting PRU DUN Ke-15 ini juga dapat memberi manfaat kepada anda semua dan seterusnya, jika anda memerlukan info-info yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.