Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Taska Dibenar Beroperasi Semula Sepanjang PKPB – Menteri

TASKA dibenar beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Bagaimanapun menurutnya pembukaan taska berkenaan perlu mendapat kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada PKPB sebelum ini.

Taska dibenar beroperasi

“Tidak ada halangan untuk mereka beroperasi. Kementerian faham sektor ekonomi perlu berjalan seperti biasa dan ibu bapa perlu keluar bekerja,” katanya sambil menambah, pihak Kementerian memahami keperluan ibu bapa yang mahu taska beroperasi semasa PKPB.

Beliau berkata antara SOP yabng perlu dipatuhi di taska ialah ibu bapa perlu memandikan anak masing-masing di rumah sebelum dihantar ke taska, selain anak-anak perlu dihantar mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelak kesesakan sekiranya kesemua ibu bapa menghantar anak masing-masing ke taska pada masa yang sama.

Taska adalah pusat asuhan bagi kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah. PKPB dilaksanakan  di Semenanjung Malaysia kecuali di Kelantan, Pahang dan Perlis sehingga 6 Dis ini bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

BERNAMA

Taska Dibenar Beroperasi Selepas Kes Menurun

Pengumuman kerajaan berkaitan taska dibenar beroperasi ini adalah kerana berlaku penurunan kes yang mendadak dan peningkatan kes yang kurang. YB Menteri mengharapkan semua pihak mengamalkan SOP yang dikeluarkan agar dapat mengurangkan dan seterusnya dapat hidup dalam keaadan yang normal.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More