TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI
Semenjak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, pelbagai resepi telah rakyat Malaysia cuba, dari Dalgona kopi ,keropok lekor,roti canai, kuih-muih dan pelbagai lagi. Kali ini viral pula mengenai teh masala. Mari kita lihat apa itu teh masala dan cara hendak membuatnya.
Sebenarnya masala tea merupakan sejenis minuman berempah yg diadun dari 6-jenis herba rempah utama iaitu buah pelaga, kulit kayu manis, halia, buah pala, bunga cengkih & lada hitam. Sedap ke? mesti lah sedap. kalau tak percaya, cuba la secawan, lepas tu mesti nak lagi. Senang nak buat, rasanya yg pedas & hangat, boleh membuatkan anda terlupa pada kopi seketika. Lagi pulak lepas minum masala tea ni, segala jenis angin akan keluar, pendek kata macam-macam bunyi akan keluar bergantung pada tahap keseriusan masalah angin anda.
Menikmati secawan teh bersama keluarga diwaktu pagi tentu membuatkan waktu bersarapan menjadi lebih sempurna.
Pun begitu, jika amalkan minum air teh Masala yang dimasak bersama herba terpilih, tidak kurang hebatnya.
Antara khasiat teh herba ini dikatakan mampu panaskan badan, buang angin, bakar lemak dan mengatasi masalah peredaran darah.
Khasiat & manfaat kesihatan bahan rempah ratus dalam masala tea:-
Halia:-
- Melancarkan sistem penghadaman. Sangat berkesan utk memulih masalah sejuk badan, selesema, sakit kepala, kekembungan & sakit-sakit dalam badan. Melancarkan aliran darah.
Kulit Kayu Manis:-
- Membantu masalah penghadaman, membakar lemak, menambah tenaga, mengelak pedih ulu hati & menurunkan tekanan darah tinggi. Penawar masalah mabuk & meningkatkan kepekaan insulin (bagus utk pesakit diabetis & obesiti).
Buah Pala:-
- Bersifat hangat, berguna utk mengatasi masalah susah tidur & gangguan pernafasan. Berkesan mengatasi masalah kesakitan & kekejangan pra-haid.
Bunga Cengkih:-
- Bagus utk merawat masalah sakit sendi, asthma, batuk & sakit kepala. Juga digunakan utk mengatasi masalah penghadaman, kulit berjerawat, nafas berbau, badan berlebihan asid, sakit perut & mabuk.
Buah Pelaga:-
- Membantu masalah penghadaman & melancarkan aliran darah. Memulih masalah sejuk badan, membuang gas & asid, mengeluarkan angin, membersih buah pinggang, membuang racun dalam badan & merawat lelah.
Lada hitam:-
- Mempunyai ciri-ciri anti-bakteria & akti-oksida. Membantu masalah berkaitan sistem pernafasan, batuk-batuk, masalah sejuk badan, sembelit, ketidakhadaman makanan, kekurangan darah, masalah dingin seks & lemah-lemah badan.
Jom cuba buat sendiri Teh Masala ini menggunakan resepi yang dikongsi oleh Ravinder Kaur Joachim.
Isi Kandungan
Resepi Teh Masala
Bahan-bahan:
- Air – 2L/3L
- Daun Teh Cameron highland – 4 sudu besar
- Bunga cengkih
- Buah pelaga
- Jintan manis
- Kayu manis
- Halia
- Susu pekat
- Susu segar
- Susu tepung
- Gula
Cara-cara:
- Panaskan 2 liter atau 3 liter air di dalam periuk.
- Masukkan daun teh cameron 4 sudu besar.
- Masukkan bunga cengkih dah buah pelaga.
- Masukkan juga jintan manis.
- Masukkan kayu manis.
- Tumbukkan halia.
- Masukkan halia ke dalam periuk. Dan biarkan teh mendidih.
- Sementara itu, sediakan susu pula. 3 jenis susu perlu digunakan.
- Masukkan 4 sudu susu tepung ke dalam cawan.
- Masukkan sedikit air panas dan kacau hingga sebati.
- Kemudian masukkan satu cawan susu segar.
- Selepas itu, masukkan 3 sudu besar susu pekat.
- Tambahkan 2 sudu besar gula. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan susu ke dalam teh tadi. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.
- Kacau semua bahan.
- Tarik dulu sebelum minum macam kedai mamak buat.
- Siap untuk diminum!
Kredit: Ravinder Kaur Joachim