Teknik dan Panduan Menjawab Soalan Sejarah SPM
Teknik dan Panduan Menjawab Soalan Sejarah SPM ini disediakan untuk membantu para pelajar khususnya bagi yang akan menduduki peperiksaan SPM.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Sejarah adalah berbentuk kronologi yang membincangkan perihal kehidupan masyarakat dan negara daripada aspek politik, ekonomi dan sosial. Peristiwa sejarah disusun secara kronologi supaya murid dapat memahami proses perkembangan masyarakat dan negara yang menumpukan kepada pemahaman yang menyeluruh tentang pembinaan negara bangsa Malaysia bermula dari Zaman Prasejarah hingga kini. Ilmu tersebut membolehkan murid membuat perbandingan peradaban yang dicapai oleh negara luar dengan negara kita.
Isi Kandungan
Dapatkan “Teknik Menjawab Soalan Sejarah SPM” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
- Download : Teknik-Menjawab-Sejarah-SPM (1)
- Download : Bengkel-Menjawab-Sejarah-Spm (1)
DIpersilakan share dan semoga bermanfaat.
Teknik dan Panduan Menjawab Soalan Sejarah SPM
Perkongsian ini lebih kepada panduan menjawab soalan Sejarah kertas satu, dua dan huraiannya. Semoga panduan-panduan ini dapat membantu pelajar-pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Malaysia ( SPM ) menjawab kertas Sejarah dengan baik.
Kertas 1
- Jawab ke semua 40 soalan.
- Baca soalan sebanyak tiga kali.
- Bacaan pertama adalah bertujuan memahami soalan.
- Bacaan kedua bagi mendapatkan jawapan.
- Bacaan ketiga bertujuan mengesahkan jawapan.
- Kuasai dan fahami keseluruhan sukatan pelajaran Tingkatan 4 dan 5.
- Fahmai istilah-istilah dan konsep penting yang terdapat dalam buku teks Sejarah.
- Kuasai semua fakta, huraian fakta berserta contoh bagi setiap bab.
- Jawab soalan yang mudah diikuti soalan yang sukar.
- Peruntukan masa untuk menjawab satu soalan objektif ialah 1 minit 20 saat.
Kertas 2
- Mengandungi 2 bahagian, iaitu Bahagian A (sturktur) dan Bahagian B (esei).
- Jumlah masa yang diperuntukkan bagi Kertas dua ialah 2 jam 30 minit.
- Bahagian A (40 markah): Wajib menjawab semua soalan.
- Baca dan fahami kehendak soalan.
- Pastikan setiap jawapan adalah ringkas, padat dan tepat serta ayat tidak tergantung supaya mudah difahami pemeriksa.
- Bagi soalan KBAT, jawapan perlu dipersembahkan dalam bentuk esei ringkas yang terdiri daripada:
Ingat, Jawapan cemerlang perlu mengandungi fakta, huraian, huraian lanjutan, inferens dan penggunaan penanda wacana yang sesuai.
Dalam mengoptimunkan pelbagai bahan tersebut pelajar sendiri perlu mempunyai kaedah atau cara belajar yang lebih berkesan supaya input pelajar lebih maksimum.
14 Tip Belajar Dengan Berkesan dari Dr Fadhilah Kamsah
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- Kita ingat 10% apa yang dibaca
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.
5. Manfaatkan kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding
- Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.
8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.
12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.
14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
Penutup
Semoga kita juga mendapat manfaat jika hasil perkongsian kita yang tidak seberapa ini memberi kejayaan kepada mereka yang bakal menghadapi peperiksaan
Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Teknik Menjawab Soalan Sejarah SPM ini membantu anda..
Atikel berkaitan : Teknik Menjawab Soalan Matematik SPM